"JOM lah. Kau tunggu apa lagi." Kata Dafi, rakan sekerja Ryan. Dafi menepuk peha Ryan kerana dari tadi Ryan asyik termenung sehinggakan pengumuman yang diberikan entah dengar atau tidak.
Sebentar lagi mereka akan bertolak ke Manchester. Walaupun seminggu, bagi Ryan, seminggu tu macam setahun lamanya.
Banyak benda yang dia risaukan di sini. Rumah dia. Keluarga dia. Semoga perjalanan mereka untuk ke Manchester selamat. Dia pergi pun kerana kerja. Bukannya untuk melancong. Tapi mungkin, sambil bekerja sambil bercuti.
Ryan yang sedang termenung mengangkat muka. Segera dia bangun dan menarik bagasinya untuk mengejar langkah Dafi yang sudah berada jauh. Doktor-doktor yang turut berangkat juga sudah berada di hadapan.
Di dalam kapal terbang, Ryan tidak habis-habis ke tandas. Nak kata dia minum air banyak, tak pun. "Kau ni dah kenapa?" Tanya doktor Dafi yang duduk di sebelahnya. Dia nak tidur pun tak senang sebab si Ryan ni asyik ke tandas.
"Kau kencing manis ke apa. Kalau orang yang kencing manis ni, kuat nak buang air, kuat dahaga.. Lupa ke." Sambung doktor Dafi lagi. Tak pasal-pasal perut dia jadi mangsa tumbukan.
Buatnya Ryan ada kencing manis, susah hidup dia nanti. "Aku tak kencing manis la. Ada kau tengok aku asyik nak minum? Takde kan. Aku risau je la. Ni pun sebab terpaksa ikut, tahu tak." Ryan terus bersandar dan cuba untuk melelapkan matanya.
Dafi merenung Ryan. "Terpaksa? Kira okey apa kita dapat pergi Manchester. Semua perbelanjaan kita kat sana ditanggung tahu tak.. Lupa ke." Itu part yang paling best. Perbelanjaan ditanggung. Makan minum. Tempat tinggal. Kenderaan. Best tu.
Ryan menjentik dahi doktor Dafi. "Diam la. Aku nak tidur. Tak pasal-pasal, aku pergi tandas lagi pulak nanti." Kata doktor Ryan. Doktor Dafi menyatukan ibu jari dan jari telunjuknya kemudian dia letakkan di mulut. Dari penjuru kiri ke penjuru kanan. Tanda nak zip mulut. Faham² lah ye.
***
"NAIK kematu punggung aku asyik duduk dekat situ je." Bebel doktor Dafi setibanya mereka di lapangan terbang Manchester. Doktor Ryan tidak habis-habis mengucap syukur kerana selamat tiba. Risau juga dia kalau apa-apa terjadi sepanjang perjalanan.
Kan sebelum ni ada berita tentang kapal terbang Manchester terhempas sewaktu dalam perjalanan untuk ke Malaysia. "Ingat kau sorang je ke. Aku pun la." Kata Ryan lalu menolak troli berisi bagasi-bagasinya dan doktor Dafi.
Mereka dijemput oleh beberapa buah kereta mewah untuk ke tempat tinggal mereka selama seminggu di situ. "Nasib baik aku ada bawa coat lebih. Tak sangka cuaca sejuk dekat sini lebih sejuk daripada yang aku bayangkan." Tak tamat-tamat lagi bebelan doktor Dafi. Telinga doktor Ryan pun dah malas nak dengar bebelan doktor Dafi yang mengalahkan bebelan orang tua.
Dah mula memerah telinga doktor Ryan kerana cuaca di Manchester ini. "Kenapa tempat duduk dia ke...." Dengan pantas doktor Ryan menekup mulut doktor Dafi.
Tak habis-habis lagi bebelan dia ni. Kenapa la aku naik satu kereta dengan insan bernama Dafi ni. Siapa yang minat lelaki yang peramah, saya cadangkan doktor Dafi. Ryan mengejek rakan sekerjanya itu di dalam hati.
"Diam la. Aku nak jet lag pun tak tenang." Alasan ni je la yang doktor Ryan boleh berikan. Tak tahu dah alasan apa lagi boleh pakai untuk tutup mulut doktor yang seorang ni.
Harap-harap la nanti aku tak sebilik dengan Dafi. Masa dekat KL, takde la pulak dia membebel teruk macam ni. Yang si Ryan ni pulak tak habis-habis nak memburukkan doktor Dafi. Haa, elok sangat la dua orang ni serumah.
Doktor Dafi senyap. "Nanti, aku nak satu bilik dengan kau tau." Kata doktor Dafi. Doktor Ryan menjerit di dalam hati. See, baru je lepas cakap pasal ni. Masin betul la mulut kau ni, Ryan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...