BAB 15

24.8K 873 1
                                    

Sampai je di mejaku, aku terus on-kan komputer Dell yang memang dah tersedia di atas meja kerjaku. Semerta Google Image aku bukak. Saje, nak tengok contoh pelan konsep Green City. Selalunya aku lukis yang berkonsepkan 'Flower Garden', 'Village'. Selalunya konsep ni la yang selalu diguna pakai.

Hm, tak sempat nak tengok gambar pelan satu per satu terus ada mentol menyala dekat atas kepala. Ting. Haha. Ada idea pulak secara tiba-tiba ni. Aku terus bangun. Aku pergi ke tempat intern yang lain.

Curi tengok sikit la pelan dia orang. Sebenarnya aku dah ada idea macam mana nak lukis pelan Green City. Cuma, nak tengok dulu dia orang punya idea. Kut-kut la idea aku sama dengan salah satu daripada dia orang. Jam Swiss Polo di pergelangan tangan aku kerling. 11:04. Lagi berapa jam je lagi lunch hour.

Aku terus ke meja salah seorang intern. Aik, dia ni takde buat apa-apa lagi ke? Dah la kerusi kosong, takde orang ke? Tak sampai tiga saat, ada seseorang menyapaku. "Excuse me. Ni tempat I okey!" Kata gadis itu. "Hm. Sorry. You staf baru ke?" Soal aku yang memang tak suka dengan cara gadis ni menyapaku.
Dia mendongak dan memandangku tajam. Atas bawah atas bawah dia memandangku. Eh, dah kenapa pulak dia ni. Terus dia mengangguk. Dekat atas meja dia ada segulung kertas putih. Aku tak pasti la kertas apa. Kertas untuk lukis pelan la tu. Mana taknya, kertas bukan main besar. Aku pun dah tak ingat saiz kertas tu. Maklum la, dah lama tak pegang kertas dengan pensel. Tak tahu la kemahiran melukis ni masih terbaik atau tak.

"Sorry ganggu. But, you lukis pelan apa eh?" Tanyaku baik-baik.

Dia masih leka dengan lukisan pelannya. Entah dia dengar atau tak aku punya pertanyaan ni.

"Green City." Bukan main panjang lebar aku fikir nak karang ayat. Sepatah je yang dia jawab. Ish, geramnya. Aku kena jadi macam dia la. Jauh dengan gaya angkuh sikit. "Oh, siapa yang suruh?" Tanyaku lagi. Kali ni aku dah tak berlembut. Aku kawal la jugak suara aku biar nampak tegas sikit.

"Raihan." Balasnya sepatah lagi. Raihan mana pulak la. Mamat yang sembang dengan aku pagi tadi tu ke? "Yang kau tercegat kat sini lagi kenapa? Takde kerja? Dah, pergi balik tempat kau la. Menyemak je." Laju je ayat tu meluncur keluar dari mulut gadis itu. Eh, sedap je nak menghalau. Kau fikir kau tu siapa haa!! "Nak curi idea orang la tu." Tempelaknya lagi. Eh, ni lagi la tak. Sedap mulut dia..main cakap je.

Aku mengalih pandang ke sebuah fail tebal di sebelahnya. Asya. Oh, so nama gadis ni Asya rupanya. Aku terus ke mejaku semula. Ok, ni lagi la aku tak kenal. Raihan? Raihan mana pulak la. Aduhai, ramai sungguh tokoh company ni. Takpe, nanti aku tanya dekat Juliana la. Juliana ni kan Astro Awani.

Aku masuk ke dalam lif. Tak sampai seminit, aku dah berada di tingkat 8. Aku mendekati TV 56 inci itu. Eh, cerita apa ni? Aku macam ternampak seseorang yang cukup aku kenali. Setelah pengacara selesai mengajukan soalan, orang yang cukup aku kenal itu pula bersuara. "Actually, saya ni gemuruh sikit. Hm, as you all know, saya Danial Wazal. CEO Danial Holdings." Ceh, Danial Wazal mula perkenalkan diri. Sejak bila pulak Danial Wazal masuk TV ni.

Semua staf di tingkat 8 terus datang dan mula berada di hadapan TV 56 inci ini. "Okay. First and foremost, saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi invite saya dalam rancangan ni." Makin ramai la pulak yang ada kat sini. Baru nak alih siaran. Haha. Aku terus memandang TV. Betul la ni Danial Wazal. Tengok tu, CEO aku masuk TV. Wow. Hebat la. "Saya sebenarnya tak berapa lama sangat jadi CEO, baru empat tahun." Kedengaran lagi suara Danial Wazal.

Confirm dia memang diberikan skrip. "Lagipun Danial ni memang famous sekarang. Asyik keluar magazine je. Kalah artis tau." Kata pengacara itu lagi cuba berjenaka. Danial Wazal kulihat tertawa kecil. Terkejut jugak aku tengok dia. Lagi handsome kalau dia senyum. Ketawa lagi la. Staf lain juga turut tersenyum-senyum. Pantang nampak orang handsome!!!

Tak sempat aku nak dengar apa yang akan dijawab oleh Danial, aku dah terdengar dia orang bercakap sesama sendiri. Haa, pantang tengok orang handsome la dia orang ni. "Biar betul weh tu CEO kita?!" Ada la jugak ayat yang aku curi dengar dari mulut staf-staf kat sini. "Handsomenya. Mata dia menawan la. Look, warna biru muda. So charming." Aku masih lagi memasang telinga. Si Asya pun ada sekali dekat sini.

Sempat la jugak aku curi dengar perbualan Asya dengan rakan dia tu. Mula la tu nak mereka-reka cerita. "Dia tu la boyfriend I." Kata Asya. "Girl yang tak tahu malu je berani cakap macam tu." Entah macam mana, laju je ayat tu meluncur keluar dari mulutku. Haha. Rasakan. Dah keluar dah skill tazkirah aku ni.
Asya menjeling tajam ke arahku. Aku cuma buat muka selamba je. Eh eh dia ni. Dah kenapa!? Tiba-tiba je pandang orang macam tu. Ingat aku takut la.

Aku terus ke mejaku semula. Sambung kerja semula la. Confirm dia orang semua ni tak pernah tengok muka Danial Wazal... Ops, CEO... secara depan-depan. Kiranya aku ni beruntung la sebab dah pernah jumpa CEO secara depan-depan. Memang aku akui, CEO aku handsome sungguh. Uish, Rania. Jaga sikit bahasa tu.

*********
Danial terus keluar daripada keretanya. Kini dia ada betul-betul di hadapan companynya. Belum sempat nak melangkah masuk ke dalam office, Iphonenya pula menjerit minta diangkat. Nama yang tertera di skrin Iphonenya diamatinya. "Hello. Kenapa along call?" Tanya Danial setelah Iphone ditekup ke telinganya.

"Hello, Danial. Kau kat mana ni?" Tanya seseorang yang berada di corong telefon. Along? Hm, si Danial Raiyan la tu. "Danial dekat depan office ni. Baru nak masuk pejabat. Kenapa, along?" Tanya Danial lagi penuh prihatin.

"Nanti kau ambil Aisy boleh tak? Along busy la. Memang takde masa nak ambil Aisy. Along ada meeting lepas ni." Kata Danial Raiyan lagi. Danial menekup mukanya. Ya Allah, aku pun terlupa juga pasal Aisy. Kata hati Danial. "Hm." Danial masih berfikir. Kaki masih meneruskan kerja. Terus dia masuk ke dalam lif setelah pintu lif terbuka.

"Ambil Aisy tau. Along memang ada meeting la. Urgent you know!" Tegas Danial Raiyan. Wuish, rilek la. Ni bukan dekat luar pejabat. Tak usah la nak tegas-tegas sangat. "Okey then. Danial boleh je ambil Aisy. Dah lama tak ajak Aisy jalan-jalan." Balas Danial lagi. Terus panggilan dimatikan. Akhirnya sampai jugak di tingkat 17. Okey, tingkat 17 ni pulak khas untuk CEO, Pemegang Saham and Pegawai yang bekerja di company ni sahaja.

Danial menapak keluar dari lif. Dia terus ke ruang rehat. Penat, baru balik dari KLIA 2. Dengan jalan yang jam. Terasa sejuk di tingkat 17. Dia terus masuk ke dalam pejabat besarnya. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi kerjanya. Telefon di atas mejanya ditekan lama. "Jane, come in." Terus arahan itu yang Danial berikan. Tak sampai tiga minit, Jane dah mengetuk pintu pejabat Danial. "Masuk je." Arah Danial lagi.

Jane terus masuk tanpa sebarang bantahan. "Yes, anything bos?" Tanya Jane. Danial terus menguap dengan soalan yang diajukan oleh Jane. "I ada apa-apa appointment tak?" Tanya Danial. Jane terus membuka fail yang dipegangnya. Belum sempat dia berkata apa-apa, Danial memyambung lagi kata-katanya. "Kalau ada, cancelkan semuanya."

Jane dah tercengang-cengang. "Kalau ikutkan, ada tiga je. First, bos ada lunch date dengan anak kepada pemilik syarikat Steel & Co. Yang kedua, appointment dengan owner Mine. Yang ketiga pulak, bos kena train seorang intern ni. But, I don't know who." Terang Jane satu per satu. Danial dah bagi isyarat dekat Jane supaya dia keluar. Jane akur. Danial terus bangun dari duduknya. Pintu pejabat dikunci. "Penatnya. Tidur sekejap dalam sejam pun okey jugak."

Mr. Charming [C]Where stories live. Discover now