SEDARI tadi Rania sekadar bermain dengan telefonnya. Tak tahu nak buat apa. Jejaka tampan sebelah kiri dan kanan dia tak sudah-sudah lagi menguis nasi di dalam pinggan tu.
Mata jejaka tampan tu tak lepas daripada memandang antara satu sama lain. Bukan pandangan biasa atau pandangan redup. Tapi pandangan tajam. Dah kenapa lah mereka ni.
Rania menghentak meja makan dengan kuat. Terkejut Danial dan Firash mendengar bunyi daripada hentakan yang terhasil. Tangan Rania turut mendapat habuannya.
Sakit betul. Berdenyut-denyut tangan kanan dia.
Padan muka. Siapa suruh hentak meja. Terus Danial dan Firash berhenti mencerlung satu sama lain. "Encik berdua ni memang tak nak makan eh." Kata Rania apabila Danial dan Firash memandangnya.
"Kalau tak nak makan, saya balik pejabat dulu lah. Buang masa saya je teman encik berdua ni makan." Sambung Rania lagi. Danial dan Firash dijelingnya.
Balik dengan teksi la nampaknya. Tadi pun dia, Danial dan Firash datang restoran ni naik Mercedes Danial. Sibuk je Firash tu nak ikut sekali. Tapi nak buat macam mana, dia yang ajak lunch dulu.
RANIA tidak bersuara. Takut tengok Danial dengan Firash bertentang mata. Eceh. Padahal dah mencerlung satu sama lain. Kecut perut Rania. Rasa lapar yang mengganggu puasanya tadi terus hilang.
Ajaib penangan pandangan tajam daripada jejaka handsome Danial Holdings. "Rash yang ajak dia lunch dulu. Angah lepaskan lengan dia sekarang!!" Arah Firash yang sudah merapati Danial.
Rania menghela nafas. Apakah ini. Dua orang lelaki tengah berebutkan dia ke macam mana ni.
Rasa macam famous pulak. Aduh. Gumam Rania. Malu sebenarnya sebab staf Danial Holdings sedang memandang mereka. Tak rasa malu ke. Dah la hari tu Danial dan Rania jadi perbualan hangat.
Tak pasal-pasal nanti mereka bertiga pulak yang jadi perbualan hangat minggu ini. "Encik berdua ni boleh lepaskan lengan saya tak? Sakit tahu tak encik berdua cengkam lengan saya." Kata Rania. Dia mengangkat wajah memandang Firash yang sudah menjuihkan bibir ke arah Danial.
Firash masih belum melepaskan pegangannya pada lengan Rania. Tapi dia tak cengkam pun. Berlapik eh. Jangan ingat tak berlapik pulak. Tak pasal-pasal nanti ada pulak readers yang makan kasut tumit tinggi Rania.
Jangan main-main dengan hakak!
Rania menghela nafas dan menoleh memandang Danial. "Encik Danial, kalau encik marah sekali pun, perlu ke encik cengkam lengan saya? Sakit tahu tak!" Marah Rania.
Danial memandang Firash yang betul-betul tengah berdiri rapat dengan dia. "Lunch dengan aku dulu, baru aku lepaskan lengan kau." Selamba cucur badak Danial mengarah.
Dia tak tahu ke yang Rania berpuasa. Ye la. Dia mana tahu. Apa yang dia tahu ialah, mengarah, mengarah dan mengarah.
Rania menghela nafas. "Rash yang ajak dia dulu." Firash yang lebih rendah daripada Danial cuba untuk mencekak kolar leher Danial tapi Danial cepat tepis.
Ini lawak.
Lawak luar otak.
Lawak la Firash ni.
Tak sedar diri tu pendek daripada Danial ke. "Fine. Aku keluar dengan kau orang berdua." Ambik kau. Rania tak gelar encik dah. Kau-aku terus.
Geram pulak rasa. Tak perlu agaknya nak bertekak hanya disebabkan lunch. Tsk tsk tsk. Orang dewasa kini. Ehhh. Bukan... Sebetulnya Danial dan Firash kini...
Dan sebab tu lah Rania boleh berada di restoran ni dengan dua orang gila ni. Ehhh. Kalau Danial dan Firash tahu yang aku gelar mereka orang gila, mahu aku kena pelangkung.
"Tunggu." Langkah Rania terhenti. Danial suruh tunggu la pulak. Haaa tengok. Kan dah kata. Danial hanya tahu, mengarah, mengarah dan mengarah.
Kuatkan la fizikal dan mental kalau anda semua nak bekerja dengan Danial di Danial Holdings ni. Pesanan khidmat masyarakat ini daripada saya, NurRaisya Rania binti Abdul Haqq.
Rania menoleh memandang Danial. Firash tengah bercakap dalam telefon nampaknya. Lepas tu Firash bangun dari kerusi. Sempat dia hadiahkan pandangan tajam kepada Danial sebelum berlalu pergi.
"I got to go. See you later, Raisya." Firash sempat mengenyitkan matanya kepada Rania sebelum dia berlalu pergi. Sekurang-kurangnya dia tak la pergi macam tu je kan.
Rania tersenyum manis apabila Firash mengenyitkan mata ke arahnya. Danial dari tadi tak habis-habis cari oksigen. Melampau pulak adik dia nak bertentang mata dengan bakal kakak ipar dia di hadapan dia. Eceh.
Danial turut bangun dan menderpa ke arah Rania. Lengan Rania ditarik sekali lagi. Nasib baik berlapik. Makin melampau la pulak Danial ni.
Mereka berjalan keluar dari restoran sebelum seorang pelayan menggamit lengan Danial. "Encik belum bayar bil lagi." Katanya.
Danial dah tebalkan muka. Malu la tu. Tu la. Berlagak sangat kan nak berdrama. Tarik lengan heroin dengan kasar dan berjalan hingga ke kereta dan bergerak semula ke tempat kerja. Eleh. Ni pengaruh drama TV3 la ni. Rania mengejek Danial di dalam hati.
***
DANIAL mengerling Rania yang sedang mengekek ketawa. "Apa hal kau gelakkan aku!" Panas telinga dia dengar Rania tak habis-habis gelakkan dia.
Rania kembali semula ke alam realiti. Asyik teringat je hal yang berlaku di restoran tadi. "Sorry. Yang encik nak marah-marah ni dah kenapa!" Rania pulak yang memarahi Danial.
Rania mengalihkan pandangan memandang tasik yang terbentang luas di hadapannya. Makin panas telinga Danial mendengar Rania memarahinya. Dia pulak yang marah kita balik. Ceit. Mana boleh macam ni.
Rania dah tarik muka. "Dah kau gelakkan aku. Memang aku marah la." Danial menoleh Rania. Mulutnya sibuk terkumat-kamit. Mengajuk kata-kata Danial la tu.
Rania mengangkat muka. Oh. Dah habis marah rupanya Danial ni. Danial dah pandang dia dengan pandangan tajam. Danial nampak agaknya mulut dia tengah bergerak-gerak tadi.
Mengajuk Danial la apa lagi. Baru Rania teringat. Dia tengah berpuasa. Tsk tsk tsk. Gangguan betul. Tak pasal-pasal dia kumpul dosa kering hari ni.
"Encik ni asyik marah je. Tak boleh la nak buat suami kalau macam ni." Rania beriak selamba. Nak test Danial sebenarnya. Tapi dia pun terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut dia sendiri.
Terus pandangan Danial berubah redup. Rania tersenyum sumbing. Gurau sikit je. Hek eleh. "Kau terima ke pinangan tu?" Rania memandang Danial semula.
Kedua-dua bahunya dijongketkan tanda tidak tahu. "Cuba la serious dengan aku, Raisya. Aku tengah serious ni." Pandangan mata Rania bertaut pada pandangan redup Danial.
Okay. Danial betul-betul tengah serious sekarang ni.
Danial mengulum senyum. "Kau terima pinangan tu ke?" Soalan yang sama diulang kembali. Rania mengangguk. Tidak pulak suara nak terkeluar.
Baru Rania sedar yang dia tengah mengangguk. Apa yang dia tengah buat ni. Weh. Aku dipukau ke. Dipukau oleh pemukau handsome, Danial Wazal.
Terus anggukan terhenti. "Kalau macam tu, minggu depan kita bertunang." Rania terkejut mendengar pernyataan Danial.
"Hah?"
"Aku ajak kau kahwin la. And kau baru je angguk tadi." Muka Danial kelihatan selamba. Maknanya dia tak serious la kan. Weh. Apa ni.
Rania memang betul-betul dipukau ke. Dipukau oleh pandangan redup Danial Wazal.
This man drive me crazy.
★★★
Nak tamat dah. Nak special chapter ke? Kalau nak, boleh je. Kalau tak nak, sis memang takkan buat. Sebab nak tamatkan secepatnya.
YOU ARE READING
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...