BAB 8

33.5K 1.1K 45
                                        

Aku terus menapak keluar dari kereta ummi setelah tiba di rumah. Alaa, abah takde tak syok la. Kena makan bertiga je. Abah takde, abang pun takde. Aku terus menapak masuk ke dalam rumah dengan lemah. Agak-agak berjaya tak lakonan aku yang ni. Pura-pura lemah sebab kerja. Biar si Hanis percaya. Hahaha. Salam kuberi. Aku dengar suara Hanis menjawab salam dari arah dapur. Dapur aku tengok berasap. Ya Allah. Aku terus menuju ke dapur.

Baru je nak jadi pelakon sekejap. Hahaha. Perasan je la kau ni Rania. "Hanis mesti jerang air tapi lupa nak tutup api, kan! Tu la. Tak tau nak jerang la tu. Confirm Hanis isi air penuh." Tekaku. Tengok gaya je dah tahu. Memang Hanis tipu la kalau dia kata tak.

"Diam la. Jangan bagitau ummi." Katanya. Dia ni memang reti je nak tutup kesalahan. Betul la tu yang dia isi air penuh. "Ummi confirm tau punya. Rania tak bagitau pun ummi dah tahu." Kataku lagi. "Memang takde yang nak buat bini la dia ni." Sakatku. Macam la aku tak tahu yang Hanis memang tak suka kalau aku mention pasal kahwin la, husband la, bini la. Pinggangku yang ramping dicubitnya.

Dia memandang tajam ke arahku. Dah agak. Nak marah la tu. "Ish, malas aku nak dengar kau cakap pasal ni. Baik aku tengok drama Jepun je." Katanya lagi. Apa nak jadi la. Exam nak dekat, masih fikir lagi pasal Jepun. Giliranku membalas. Siapa la yang tak tau cubitan aku ni paling sakit kat rumah ni. Abang dah pernah rasa. Si Hanis ni. Dah banyak kali rasa. Lengan Hanis aku cubit. Dia mengaduh kesakitan.

Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Eh, dah macam nak lintas jalan pulak. "Mana ummi?" Katanya. Aku menjongket bahu. "Tadi ummi kata nak jumpa mak cik yang meniaga laksa tu." Balasku.

Dia mengangguk lalu terus mengisi air dari cerek ke termos. Aku terus masuk ke dalam bilik. Niat di hati nak makan, tapi oleh kerana tiada makanan yang ada. Mandi je la dulu.

********

Sebuah Porsche 911 terus memarkir kereta di garaj. Si kecil Aisy segera keluar apabila terdengar bunyi enjin kereta mewah itu. "Nenek, papa dah balik." Kata Danial Aisy. Budak cilik yang petah berkata-kata. "Papa yang mana satu ni?" Tanya seorang wanita dalam lingkungan 50-an.

"Papa yang mana satu ni, Aisy?" Tanya wanita yang bergelar 'nenek' itu sekali lagi. "Papa kedua Aisy la." Balas budak kecil itu lagi. Danial Aisy ni ada ramai papa. First, the one and only papa is his daddy, Danial Raiyan. Papa kedua mesti la Danial Wazal. Papa ketiga Danial Firash. And the last one Danial Amsyar.

Ni yang rasa macam nak cerita satu per satu ni. Danial Aisy sekarang anak piatu. Tiada ibu disisinya. Dia cuma ada nenek, atuk, daddy and bibik kat rumah yang jaga dia je. Ayahnya pulak selalu sibuk. Begitu juga dengan papanya yang lain.

Yang si Danial Wazal. Usah ditanya. Memang sibuk benar. CEO la katakan. Kadang-kadang ada masa terluang, baru dia keluar dengan Aisy. Tapi Aisy paling sayang dekat si Danial Wazal la. Tapi, daddy yang the one and only tu still nombor satu dalam hati Aisy. Danial Wazal ni handsome sangat. Paling charming among the other siblings. Tapi kalau yang paling handsome tu mesti la daddy Aisy, Danial Raiyan. Paling handsome among the other siblings. Mata dia ni paling menawan. Like father, like son gittuw.

Yang papa ketiga pulak si Danial Firash. Nak kata sibuk, entah la. Tengok dia ni selalu ada banyak masa terluang. Tu yang nak kategorikan sibuk tu susah sikit. Bila dia sibuk, nampak sibuk sangat. Tapi antara papa yang lain, dia ni paling sweet. Paling sayang dekat Aisy sampai Aisy rimas. Tapi Aisy sayang je semua papa dia.

Haa, yang ni papa terakhir. Danial Amsyar namanya. Seorang yang busy dan charming. Tapi dia ni berkarisma. Sungguh. He's masculine among other siblings. Kalah si Danial Raiyan. Dia ni still belajar dekat Manchester. Dalam jurusan engineering. Still single lagi. Semua papa Danial Aisy single kecuali daddy je. Daddy duda, bukan single. Rasanya daddy Aisy yang ni akan balik Malaysia bulan depan kut.

Danial Wazal keluar dari garaj lalu masuk ke dalam rumah mewah tiga tingkat tu. Bukan takde rumah sendiri, cuma dia lebih suka duduk dengan yang tersayang. Salam diberi. Aisy la orang pertama yang menjawab salam. Dia terus mendapatkan papa keduanya itu. Danial Wazal mengangkat anak kecil itu.

"Papa ada belikan Aisy cheese cake. Nak tak?" Tanya Danial Wazal lalu mendekati ibunya. Tangan ibunya dikucup. "Mesti la nak." Balas anak kecil itu. Bibik yang tadinya bersembang dengan Datin Daniya terus bangun dan ke dapur untuk mengambil piring.

Danial Wazal mencium dahi anak kecil itu. "Kalau nak cake, kena kiss papa." Kata Danial Wazal. Dia tak sempat pun nak jumpa Aisy masa Danial Raiyan membawa anak kecil itu ke company dia. Pipi kanan Danial dicium budak kecil itu. Budak itu tersengih selepas mencium pipi kanan Danial Wazal.

"How school?" Tanya Danial Wazal lagi. Kalau ikutkan dekat tadika Aisy ada perjumpaan ibu bapa. "Good. Papa, tadi kan... Aisy ada jumpa sorang kakak ni. Dekat company papa. Kakak tu comel. Dia bagi Aisy kinder chocolate. Sedap." Kata Aisy lagi. Danial hanya membalas apa yang dikatakan oleh Aisy tadi dengan senyuman manis je la.

"Oh ya ibu. Tadi Danial terserempak dengan ummi." Kata Danial. Baru dia teringat yang ummi suruh kirim salam dekat ibu dan papanya. "Ummi yang mana? Rubiah ke?" Tanya ibunya. Ye la, dah semakin tua, semakin lupa. Datin Daniya berhenti membelek majalah. Aisy minta diturunkan dari dukungan Danial. Bukan apa, budak ni nak duduk sebelah neneknya.

Danial mengangguk. "Haah. Ummi kirim salam dekat ibu dengan papa. Danial nak mandi dulu la. Badan dah melekit-lekit ni ibu. Aisy makan je la cake tu. Makan puas-puas." Kata Danial lagi. Baru nampak kelibat bibik bersama piring kaca serta sudu. Lama betul dekat dapur. Cari piring ke cuci piring.

Aisy makan cake yang diberikan itu. "Homework Aisy dah siap ke?" Tanya neneknya. Aisy mengangguk. Cake di dalam piringnya dimakannya sehingga habis. Lepas sepotong, sepotong lagi yang dimintanya.

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang