"TAPI ada slide ke?" Rania masih ingin memberikan alasan. Dia tak nak buat presentation. Arahan siapa la yang suruh dia present pasal lukisan Green City tu. Tapi bagus juga kalau takde silde, tak perlu la dia buat presentation, kan!
Tapi kalau takde slide pun, tetap kena present juga. Tapi mungkin sukar. "Ada je. Don't worry la." Jawab Mia. Rania mula gelabah.
Danial dan Amir pun masuk ke dalam kereta. Dapat la Mia dengan Amir merasa naik Mercedes. "Amir dah bersusah payah siapkan slide for you, Rania." Kata Mia. Rania mula rasa bersalah.
Apa pulak kata Amir kalau Rania menolak. Bersusah payah? Takkan la. Mesti bagi Amir, nak buat slide ni senang je. Dia kan dah berpengalaman dalam bidang ni. Senang kacang je.
Rania memandang Mia. Pandangan Mia kepada Rania penuh berharap. "So sweet of you, Amir." Kata Rania ikhlas. Amir tersenyum.
"No problem la. Sim... I bersusah payah tau siapkan." Amir hampir tersasul kata. Nanti dia kata 'Simple je', Rania menolak pulak. Rania tersenyum nipis.
Mia senyum beraja. Nampak suka benar bila Rania terima nak buat presentation tu. Entah-entah Mia yang kena present, tapi dia pass dekat aku. Haih, think positive Rania. Tapi kan, mesti la Mia pun kena bentangkan hasil kerja sendiri. Apa la kau ni Rania.
Tapi, Rania terima juga arahan itu. "Thank you, Amir." Ucap Rania ikhlas.
"Ucap dekat Amir je?" Soal Danial tiba-tiba. Eh, dari tadi Danial elok senyap je, bila masa pulak nak menyibuk ni? Mia dan Amir terkejut kerana Danial tiba-tiba mencelah entah dari celah mana.
Rania menggigit bibir bawahnya. "Hm, thanks, booooss." Ucap Rania ikhlas. Lama betul dia sebut 'boss' tadi. Memerli Danial ke apa.
Danial mengangguk. "I trust you, Rania. Don't ruin my trust. Do well in this presentation, okay!" Kata Danial. Rania mengangguk faham.
"Okey. InShaaAllah." Balas Rania. Danial fokus dengan pemanduan.
***
DARI tadi Rania tidak senang duduk. Asyik membetulkan duduknya aje dari tadi. Mia yang berada di sebelahnya takde pulak macam dia. Danial yang melihat dia berkelakuan begitu pun naik rimas.
"What's going on with you Rania. Cuba relax sikit. Rimas aku tengok kau macam ni. Get ready, after Mia is your turn." Bisik Danial. Mata memandang ke arah Amir yang tekun membentangkan hasil kerjanya.
Relaks dia kata. Amboi, senang la dia cakap. Aku punya tangan ni dah sejuk semacam je. Bebel Rania dalam hati.
"Saya risau la, Encik Danial." Rania berterus-terang.
Danial memandang Rania tepat ke anak matanya. Rania terus tundukkan kepalanya. "Kau boleh buat punya. Aku yakin kau boleh." Danial memberi Rania kata-kata semangat yang tak berapa nak memberi semangat buat Rania. Amir terus menunduk sembilan puluh darjah dan kembali ke tempatnya. Mia pula terus bangun dan menuju ke hadapan. Nampak yakin benar.
Rania tersenyum manis. Memang Danial tak nampak punya senyuman dia tu. Rania terus mematikan senyumannya lalu mengangkat muka. "Macam mana kalau saya malukan Danial Holdings?" Soal Rania.
Memang itu la pun yang dia risaukan dari tadi. Kalau dia buat salah nanti tak pasal-pasal Rania dimarahi Danial, kehilangan kepercayaan Danial, dibuang kerja. Dia tak nak semua ni berlaku.
Dia memang tak yakin. Itu pun ingat-ingat lupa hasil tangan dia sendiri. Tadi pun sempat check sikit slide yang disediakan oleh Amir. Seronok betul ada rakan sekerja yang banyak membantu.
"Express your idea. Kau cerita la pasal pelan yang kau lukis. Kenapa kau rasa pelan kau tu sesuai untuk Nature City. Kau fikir la sebab apa kau punya design ni boleh terpilih." Dengan penuh keyakinan Danial berkata. Nampak charming betul. Sempat pulak dia betulkan blazer kelabu dia tu.
Rania mula bersemangat setelah mendengar tips yang Danial berikan. Rania terus memandang ke hadapan. Melihat cara pembentangan Mia. Ditelitinya dan diamatinya apa butir bicara yang keluar daripada mulut Mia. Nampak berbakat betul Mia ni. Buat Rania punya semakin jadi berkobar-kobar.
Apabila melihat Mia meluru ke tempatnya, Rania tahu yang sekarang gilirannya. Rania bangun dari duduknya. "I trust you, Rania. Do well, okay. Good luck." Sempat Danial menutup bicara. Rania mengangguk.
"Good luck." Bibir Amir dan Mia menyebut perkataan tersebut. Tapi takde bunyi pun. Nasib la Rania faham apa yang mereka berdua katakan.
***
LEGA Rania apabila semuanya selesai. Lima lukisan terbaik telah pun dipilih. Ketiga-tiga lukisan daripada Danial Holdings terpilih. Ternganga Rania mendengar. Terkejut la weh. Baru first time present, tapi terpilih. Miracle ke apa ni.
Itu pun lukisannya diubah sedikit supaya nampak lebih terperinci dan teratur. Semua ni Amir la yang bantu. Memang betul la Amir bersusah-payah.
Suka betul Danial tengok Rania gembira. First time rasanya dia tengok Rania gembira macam ni. Mia turut kagum kerana ini merupakan kali pertama buat Rania. Dan kali pertama inilah Rania berjaya.
Memang ini kali pertamanya pun. Masa dekat USA, dia takde pulak nak kena buat presentation. Sebab lukisan dia tak okey pada mata orang dekat USA tu kut.
"Danial Wazal. Congratulation. I memang dah tahu yang lukisan daripada Danial Holdings akan terpilih. Dah empat kali Danial Holdings berjaya." Kata Dato' Aizam sambil berjabat tangan dengan Danial.
"Thanks, Dato'. Kami pun tak sangka yang kali ni kami berjaya."
"You worth it, Danial. I'm impress. Sejak bila pulak you tukar arkitek ni." Kata Dato' Aizam. Matanya melirik Rania atas bawah.
Rania senyum memandang Dato' Aizam. Kemudian Rania memandang Danial. Danial menoleh memandang Rania. Rania tertunduk. "New architect in my company. Saja I nak dia mencuba projek besar." Jawab Danial.
Dato' Aizam mengangguk. "Very talented. Quite beautiful. Dah berpunya ke?" Geli telinga Rania mendengar. Rania senyap dulu. Fikirkan jawapan.
Kemudian dia menggeleng. "Not yet." Rania kemudian memandang Mia. Takut tengok pandangan orang tua kaya-raya depan dia ni.
Danial berdehem. "Tapi dah bertunang." Danial mencelah. Dia memang perasan pun yang Dato' Aizam ni dari tadi lagi asyik memandang Rania atas bawah.
Rania kemudian memandang Danial. Mia dan Amir yang sedang bercakap di talian turut memandang Danial. Biar betul dia ni. Aku dah bertunang. Weh, I'm not old enough to have a fiance. Rania bermonolog sendiri. Tapi dia tahu untuk kebaikan dia juga. Dari tadi orang tua depan dia ni asyik pandang je.
"Boss, kita kena balik dah ni. I baru dapat panggilan...." Amir tak habis cakap lagi Danial dah memotong. Nasib baik la dia tu bos.
"Bye, Dato'. Thanks sebab pilih kami." Ucap Danial dan berjabat tangan dengan Dato' Aizam. Mereka terus melangkah keluar dari pejabat besar itu. Lega Rania rasa.
★★★
MAAF LA LAMBAT UPDATE. JGN LUPA TERUSKAN MEMBACA DAN TINGGALKAN KOMEN.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...