BAB 34

20.3K 725 13
                                    

RANIA melangkah keluar daripada bilik pejabat Juliana. Tiba-tiba Jane datang meluru ke arahnya. "Raisya, bos panggil." Kata Jane.

Rania tertanya-tanya. Tiba-tiba je bos panggil. "Bos panggil? Why?" Soal Rania kehairanan. Jangan dia nak bising, mengungkit pasal luka dia tu dah la.

"Entah la. You tanya la bos sendiri kenapa dia panggil you nanti." Kata Jane lagi. Rania kehairanan. Bos mana pulak ya yang panggil. Macam la tak tahu bos dalam office ni ada berapa. Yang pertama, Danial Tyler. Yang kedua, Danial Raiyan. Yang ketiga Danial Wazal kut. Yang keempat Danial Firash. Entah la betul ke tidak. Entah lepas ni ada lagi bos ke tidak.

Rania mengangguk. "You tahu tak bos yang mana?" Soal Jane. Mesti la aku tak tahu. Bagi la tahu aku. Ish, Jane ni. Memang nak kena la.

Rania menggeleng. "Danial Raiyan. OMG. You ni lucky la Raisya. Sebelum ni takde pulak bos nak panggil siapa-siapa. Kecuali I, Irene dengan Nur je la yang pernah masuk menghadap dia. Maklum la, kami sama-sama PA." Kata Jane.

Rania tersenyum manis. Lucky apanya. Entah kerja apa dia nak bagi dekat aku. Fikir Rania.

"Okey la. You patut jumpa dia sekarang. I ada kerja ni. Bye Raisya." Kata Jane sambil melambai tangan, Rania membalas lambaiannya. Rania pun terus meluru ke arah lif.

Sebaik sahaja tiba di tingkat 20, dia terus menuju ke bilik pejabat Danial Raiyan. Ni kali ketiga dia naik ke sini. Kali pertama, Danial seru sebab replika runtuh. Kali kedua, minta dibuat kopi. Kali ketiga, hari ni la.

Rania terus mengetuk pintu pejabat Raiyan. Terus Raiyan mengizinkannya masuk. Tapi Rania tak masuk pun, dia berdiri dekat luar pintu je sebab tingkat 20 ni sunyi sikit. Hanya orang tertentu je yang ada. "Ada apa encik nak jumpa saya ni?" Soal Rania ingin tahu. Dia ni tiba-tiba je seru aku. Fikirnya.

"Glad you're here. Pasal pelan ni, pelan pembinaan bangunan di UK, kan?" Soal Raiyan lalu mengangkat muka. Ingatkan bercakap dengan komputer la.

Rania hairan. Raiyan ni bercakap dengan dia ke? Dia tak pernah pulak lukis pelan pembinaan bangunan dia UK. Lukis pelan pembinaan pun tak pernah. Pernah melihat je pelan tu masa dekat site tengah hari tadi.

Terus Raiyan mengeluh. "Awak buat apa dekat sini." Soal Raiyan. Rania pulak yang hairan sebab Raiyan menyoal dia begitu. Eh, dia yang panggil kita, dia pulak yang tanya kita apa kita buat dekat sini.

"Encik yang panggil saya, kan?" Soal Rania. Raiyan mengerutkan dahinya. Ish, apa la Jane ni. Sengaja usik aku ke apa?

"Eh, saya tak panggil awak pun." Kata Raiyan lalu ketawa kecil. Dah kenapa mamat ni.

"Tapi tadi, Jane kata encik panggil saya." Kata Rania lagi. Jane ni memang nak kena la.

Raiyan menggeleng. "Saya nak jumpa dengan Rai'a la. Bukan Raisya." Kata Raiyan lalu menyambung tawanya. Dah nak dekat dah nama tu. Tapi mana pulak si Raiyan ni tahu namanya. Cuma ada dua faktor macam mana dia tahu. Satu daripada Aisy atau Danial. Satu lagi dia stalk aku. Ceh. Macam la kau tu diminati, NurRaisya Rania.

Rania mengangguk. "Kalau tak ada apa-apa... Saya turun dulu la encik. Saya nak sambung kerja sikit. Lagi pun dah nak balik dah ni. Assalamualaikum." Pamit Rania. Raiyan menjawab salam. Rania terus meluru ke lif dan turun ke aras 16.

Jane ni memang nak kena. Macam mana la boleh tersilap nama Rai'a dengan Raisya ni. Nak senang sebut Rania je la. Bebel Rania. Dia masih lagi pening sebenarnya. Hebat betul effect akibat besi jatuh tadi.

******

DATIN Daniya terus keluar dari butiknya dan menuju ke Mercedes Benznya. Pemandunya sudah menunggunya dari tadi. Gembira bukan kepalang setelah mendapat panggilan daripada anak bongsunya itu.

Katanya pesawat dari Manchester akan berlepas mungkin kalau waktu Malaysia, pukul 1:00 pagi. Pagi-pagi buta. Kalau waktu Manchester mungkin waktu pagi atau tengah hari.

Tapi katanya lagi, mungkin akan tiba pada pukul 9:00 pagi. Lebih kurang la. Itu yang dia nak pergi ke tempat kerja suaminya. Terus iPhone dikeluarkan. Serta-merta nama suaminya ditekan dan didailnya.

"Hello, abang. Anak kita nak balik dah." Maklumnya kepada suaminya. Masih kedengaran lagi suara riangnya itu. Selalunya memang Danial Amsyar akan maklumkan kepada ibunya terlebih dahulu. Ibu didahulukan, Allah diutamakan.

"Alhamdulillah. Pukul berapa sampainya tu?" Soal Dato' Danial Tyler. Pendekkan je la nama dia ni. Panggil Dato' Tyler je la.

"Amsyar kata pukul 9:00 pagi. Dia kata ada lagi sembilan jam je masa yang dia ada untuk tinggalkan Manchester tu. Suka betul dia duduk dekat Manchester tu, bang." Masih lagi dengan lagak gembiranya, Datin Daniya memberitahu suaminya.

"Oh, awak tak tanya ke dia tengah buat apa tadi." Soal Dato' Tyler. Siapa la yang tak ambil berat dekat anak oi. Lagi-lagi Danial Amsyar tu anak bongsu. Memang sayang lebih la. Sayang ketat sendat padat gitu. Maaf la ye Kak Janna Nick, saya ambil slogan awaa pulak.

"Saya tak tanya pun, dia memang dah maklumkan dekat saya terlebih dahulu dah. Dia tengah packing barang dia." Kata Datin Daniya lagi.

Pemandunya ada juga curi dengar sikit perbualannya. Dah Datin Daniya takde nak bersembang dengan dia. Selalunya Datin Daniya yang mengajaknya berbual.

"Awak tak minta dia belikan apa-apa ke dekat sana?" Soal Dato' Tyler. Datin Daniya menggeleng. Macam la suaminya itu nampak dia menggeleng. "Tak pun. Saya cuma minta dia bawa balik coklat daripada Manchester je." Jawab Datin Daniya.

Dato' Tyler mengeluh. "Awak ni, minta la dia bawa balik pemain bola sepak terkenal dekat Manchester tu." Dato' Tyler bergurau. Suka buat lawak tak bertempat betul orang tua ni.

"Ish, abang ni. Nanti macam mana la Manchester nak menang bola sepak kalau Amsyar tu bawak balik pemain bola sepaknya." Balas Datin Daniya spontan.

"Okey la. Doakan dia selamat sampai dah la kan. Semoga takde apa-apa halangan la semasa hendak pulang." Terus panggilan dimatikan. Datin Dewi terus bersembang dengan pemandunya dalam perjalanan pulang. Niatnya untuk pergi ke Danial Holdings tak jadi kerana tangannya ini tak sabar betul nak menelefon suaminya tadi.

★★★★★

SIAPA YG TAK TAHU ATAU TAK INGAT PASAL ANAK BONGSU DATIN DANIYA DGN DATO' DANIAL TYLER POSEY 😂 BOLEH LA RUJUK BAB 8.

Mr. Charming [C]Where stories live. Discover now