BAB 47

19.5K 673 8
                                    

"KALAU ada yang you tak boleh buat, tanya je I. Bila-bila masa je." Kata Amir sebelum berlalu ke bilik pejabatnya. Rania mengangguk faham.

Juliana terus ke tempat Rania. "Kenapa babe?" Soal Juliana apabila melihat Rania tersenyum-senyum.

Rania membulatkan matanya. "Kenapa apa?" Soalnya terpinga-pinga.

Juliana menyilangkan tangannya ke dada. "Tersenyum-senyum je aku tengok." Kata Juliana selamba lalu membelek kertas kerja di atas meja Rania. Mana la tahu ada benda yang dia tak tahu ke.

Rania tersenyum semula. "Aku teringat Encik Danial je." Kata Rania. Juliana membulatkan matanya. Nasib baik Rania tak perasan.

"Kau minat dia ke?" Tanya Juliana tiba-tiba. Terkejut Rania mendengar. Seriously, soalan di luar jangkaan.

Rania cuma teringat pasal tadi je. Yang masa Danial panggil dia ke pejabat semata-mata nak bagi tahu yang nanti ada meeting. Bukannya gelakkan benda lain. Danial tu pun mana reti buat lawak sampai orang boleh tergelak-gelak.

"Eh, tak la. Mana ada." Kata Rania ringkas. Laju aje mulut menjawab.

Juliana mengangguk faham. "Kenapa kau tak nak join sekali projek ni?" Tanya Rania. Juliana menggeleng.

"Jom la pergi kafeteria. Kita borak dekat sana." Rania mengangguk lalu mencapai telefon bimbitnya dan terus masuk ke dalam lif.

***

"WHAT, going to Manchester? Why?" Soal Doktor Ryan, abang Rania dan Hanis kepada pengarah hospital.

Pengarah hospital yang berbangsa cina itu bangun dari duduknya. Dia terus menghulurkan sehelai kertas bertulis kepada Doktor Ryan.

"Chores. You are one among of them." Kata pengarah hospital itu lalu duduk di atas sofa di pejabatnya. Doktor Ryan membulatkan matanya.

Kemudian dia menggeleng. "No, I can't. Sorry, sir." Ryan menolak. Dia memang beruntung kerana terpilih untuk ke Manchester. Dalam dua ratus lebih orang doktor, dia antara sepuluh orang yang terpilih. Bukan senang dapat pergi Manchester secara free, kerajaan tanggung.

Pengarah hospital itu memicit-micit pelipisnya. "But why?" Soalnya. Ryan menggeleng. Lama juga ni. Seminggu. Bukannya dua atau tiga hari je.

"You should go there. Please, Ryan. You are the best doctor ever in Malaysia." Doktor itu memuji-muji Doktor Ryan. Tapi hakikatnya memang pun.

Bukan apa, kalau dia pergi Manchester nanti, habis la rumah dia tu. Mesti housemate dia akan buat parti ke masa dia takde. Dah la seminggu. Lama tu. Lebih-lebih lagi, macam mana dengan Restoran H.R yang abah dia bagi tu.

Setiap minggu dia akan pergi melihat perkembangan restoran dia tu. "Let me thin..."

"Please, Ryan. Just for a week." Kata pengarah hospital itu. Kenapa mesti dia. Ramai lagi doktor dekat hospital ni.

Ryan mendengus setelah mengeluh. "Okay. I'll go." Ryan mengalah. Nak tak nak, dia tahu yang dia akan dipaksa jugak.

***

"AKU rasa macam nak berhenti kerja la." Kata Juliana ketika mereka sudah duduk di kafeteria. Rania menggeleng tidak bersetuju.

"Jangan nak mengada-ngada. Kau dah dapat kerja yang bagus tahu, tak." Kata Rania. Cukup tidak bersetuju kerana Juliana membuat keputusan untuk berhenti kerja.

Juliana membuang pandang ke arah kaunter pertanyaan. "Sebenarnya kan, suami kau mana eh. Dia pergi Norway seorang diri je ke? Dah lama aku tanya kau. Kau je yang tak jawab." Tanya Rania.

Soalan ni dah lama dia nak tanya tapi tersorok sebab Juliana macam tak mahu jawab je soalan dia ni. Juliana mendengus. "Dia bukan suami aku la." Kata Juliana. Riak wajahnya berubah.

Riak wajah Rania turut berubah. "Kenapa pulak. Bukan kau orang dah bertunang then kata nak kahwin sebelum pergi Norway ke." Balas Rania. Setahu dia, memang Juliana yang kata macam tu semasa mereka sudah menamatkan pengajian.

"Ex-fiancee. Kita orang tak jadi kahwin." Juliana senyap seketika. Menghirup milonya.

Kesiannya Juliana. Mesti dia sedih sangat. "Kenapa pulak." Rania ingin tahu lebih lanjut. Ini rupanya kesedihan yang selama ini dilindungi oleh Juliana. Patut la dia tak mahu cerita dekat Rania semasa Rania bertanya soalan yang sama.

Kelihatannya Juliana tidak menitiskan air mata langsung. Dia memang dah redha kut akan semua ni. "Rupanya, dia suka orang lain. Dia pergunakan aku je. Dia nak information pasal orang yang dia suka tu daripada aku." Rania menggeleng perlahan.

"Patut la aku rasa pelik je tau bila dia asyik tanya pasal perempuan tu. Ramai la jugak perempuan yang dia tanya kat aku." Tambah Juliana lagi.

"Teruk la dia tu. Sampai hati dia buat kau macam tu, babe." Kata Rania cuba memujuk Juliana.

"Kau tak nak tahu ke siapa perempuan tu?" Tiba-tiba je Juliana bertanyakan Rania soalan macam tu.

Rania mengangguk. "Mesti la aku nak tahu. Siapa?" Tanya Rania.

Juliana mengulum senyum. "Aku pun tak tahu siapa. Memang orang kaya, macam tu kut." Balas Juliana.

Rania turut mengulum senyum. Memang dulu, Juliana bertunang dengan orang kaya. Tak sangka pulak yang orang kaya tu sampai hati mempergunakan Juliana. Pentingkan diri sendiri betul.

"Aku nak naik dulu la. Nak sambung kerja." Kata Juliana. Rania mengangguk faham. Terus Juliana naik ke tingkat atas.

***

"KAU ni dah kenapa, packing barang tiba-tiba." Kata Raykal yang duduk menumpang di rumahnya sambil makan sebiji epal hijau. Raykal ni rendah sikit daripada Ryan. Dia ni engineer.

Raykal terus masuk ke dalam bilik Ryan dan berbaring di atas katil Ryan. "Aku kena pergi Manchester la." Kata Ryan lalu memasukkan pakaiannya ke dalam bagasi besar itu.

Ternganga terus mulut Raykal. "Kau pergi situ buat apa?" Soalnya. Lepas tu, datang pulak lagi seorang doktor, Doktor Dafi.

"Ada tugas la. Kau kena jaga rumah tau. Jangan nak buat macam rumah sendiri pulak nanti." Kata Doktor Dafi. Doktor Dafi pun turut serta juga untuk ke Manchester.

Dia memang dah tahu yang Doktor Ryan turut serta cuma dia tak mahu maklumkan dekat Ryan je. Biar pengarah hospital sendiri yang bagi tahu. Dia memang tahu yang Ryan akan menolak.

"Kau ikut sekali ke Dafi?" Soal Raykal. Dafi mengangguk. "Wow. Untung la kau orang berdua. Aku ni engineer je. Pergi Manchester pun tak pernah." Sambung Raykal, terasa jauh hati la tu.

Dafi turut masuk ke dalam bilik Ryan. Ryan masih sibuk mengemaskan pakaiannya. "Untung apanya. Pergi bukan untuk suka-suka. Untuk kerja. Kalau untuk suka-suka... Takpe la jugak, kan Ryan." Ryan tersengih-sengih.

"Nanti kita orang hantar gambar masa dekat Manchester ramai-ramai. Doktor perempuan pun ada ikut sekali. Kut la kalau-kalau ada doktor yang kau minat dalam gambar tu. Kau kan nak kahwin sebelum 28 tahun." Kata Doktor Dafi. Saja buat jenaka.

Raykal tersenyum kelat. "Perli aku eh." Raykal menjeling Ryan yang asyik menggelakkan dia.

"Seminggu je kita orang kat sana. Jangan nak ajak kawan kau melepak rumah aku pulak nanti." Kata Ryan lalu mengunci bagasinya. Malam ini mereka akan berangkat untuk ke airport.

Ryan sudah memaklumkan hal ini kepada keluarganya di Cheras. Kedua Raisya tak kesah pun dia nak pergi Manchester. Sebab si Rania belajar dekat USA. Kalau Hanis pulak belajar dekat Russia. Tu yang mereka tak hairan kalau Ryan nak pergi Manchester.

★★★

SORRY LAMA TAK UPDATE. MUNGKIN PASNI LEBIH INTERESTING SBB ADA YG BAGI IDEA UTK BAB AKAN DATANG.

Mr. Charming [C]Where stories live. Discover now