"Jane. Siapa yang letak fail ni dekat meja I?" Tanya Danial Firash kepada Jane. "Fail? Fail yang mana bos?" Soal Jane kepada Firash. Eh eh dia ni. Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Firash berkata sendiri.
"Sorry bos. Saya tak dengar la bos cakap apa tadi!" Kata Jane. Firash terus menjawab dengan pantas. "I tanya you but you tanya I balik. Apa ni. Takkan la you tak periksa apa yang ada dekat atas meja I. Ni ada fail dekat meja I. Entah fail apa pun I tak tahu." Kata Firash merengus geram.
"Oh, fail ni. Yesterday Raisya ada tanya I office bos dekat mana. Then, I bagi la tahu dia." Balas Jane lembut. Risau si bos ni tak berpuas hati pulak dengan jawapannya. Firash sudah mengerutkan dahi. "Raisya!" Katanya.
Jane mengangguk. "Whatever. Tapi macam mana fail ni boleh ada dekat meja I. Woah, jangan kata yang dia main masuk office I." Firash sudah mula naik angin. Eh, tiba-tiba je encik bos nak naik angin tak tentu pasal ni dah kenapa.
"Hish. No la. Secretary bos sendiri yang letak. Raisya yang bagi tahu I dia bagi dekat secretary bos." Kata Jane. Terpaksa la dia berbohong. Raisya tak cakap apa-apa pun yang dia letak atau bagi fail tu.
"Semalam kan bos takde kat office. Tu yang bos tak dapat meet Raisya. She's so damn gorgeous." Kata Jane. Puji menggunung pulak si Jane ni. Firash sudah melepaskan keluhan. "Danial mana?" Tanya Firash. "You mean big boss?" Tanya Jane dengan nada perlahan. Terlepas cakap. Dia tahu yang soalan dia tu memang soalan 'bodoh'. Firash sudah memandang Jane tajam.
Jane melarikan pandangan. "Bos, relaks la. Jangan la nak marah pulak." Kata Jane. Firash terus memeriksa fail yang diletakkan oleh 'secretary'nya. "Encik Danial pergi ambil Aisy." Balas Jane.
"Bagus." Kata Firash. Jane menjongketkan keningnya. Firash puji dia kut. "Apa yang bagusnya bos?" Tanya Jane. Firash mengangkat mukanya. "Paper work ni. Cantik susunan dia. Memang betul susunan mengikut tertib menaik. Sebenarnya ni kerja yang leceh. Tapi bagus la. Kerja yang bagus." Kata Firash. Laa, dia puji Raisya rupanya. Wajah Jane sudah bertukar hambar.
"I tak pernah pulak bagi Raisya susun paper work ni. Raisya pun I tak kenal. Macam mana la dia boleh susun paper work ni. I tak suruh dia pun. Kalau I tak silap I suruh Lia." Balas Firash lalu menutup fail yang dibeleknya tadi. Kemudian dia beralih kepada fail yang lain. "Lia yang suruh Raisya susun. Raisya percaya bulat-bulat yang bos sendiri yang suruh dia susun." Laju ayat itu meluncur keluar.
Firash hanya mengangguk. "Okey, simpan la semua fail ni. I nak periksa semua pekerja baru. Susah jugak jadi CO ni. I pun kena dengar cakap CEO." Kata Firash. Berjenaka. Jane tergelak kecil. Firash ni dalam tegas ada lucunya.
******
"Hai, Ryan." Tegur salah seorang jururawat yang baru keluar dari wad kecemasan. Ryan memberikan senyuman manis lalu beredar dari situ. Jururawat tadi terus mengikut langkah Ryan."Tunggu la. Eh, Ryan. Tunggu!" Kata jururawat itu lagi. Ryan terus berhenti lalu menoleh ke belakang. "Nak apa ni Rin?" Soal Ryan cuba mengawal suara.
"I'm sorry, I'm busy." Kata Ryan lagi lalu ke wad yang lain. Rin terus menghentakkan kaki. "Ish, jual mahal pulak." Kata Rin dengan nada geram.
Ketua jururawat mendekati Rin. "You got the wrong person, Rin." Kata ketua jururawat dengan nada sinis lalu menepuk bahu Rin sebelum berlalu pergi. Sekali lagi Rin menghentakkan kakinya. "Ish, menyibuk je orang tua tu." Katanya dengan nada marah.
Dia terus ke wad yang dimasuki oleh Dr. Ryan. Ryan sedang bergelak ketawa dengan seorang tua dalam lingkungan lewat 50-an. 'Dengan orang tua jugak la dia nak bersenda gurau. Aku ni dari dulu nak ambil perhatian dia. Ish, geramnya!' Rin merengus geram.
Rin terus mendekati Ryan. "Doktor panggil saya ke?" Soal Rin mula bermanis mulut. Senyuman manis dilemparkan buat Dr. Ryan. Dr. Ryan memang dah masak dengan perangai gedik Rin ni. Kalau boleh, memang dia nak elak daripada bertembung dengan Rin.
"Ini isteri doktor ke? Kamu berdua memang sweet. Suami doktor, isteri jururawat. Kerja satu hospital pula tu." Kata orang tua itu. Rin sudah kembang setaman. "Tak la. Dia ni rakan sekerja saya." Balas Dr. Ryan cuba membetulkan kesalah fahaman.
Orang tua itu sudah tersengih-sengih. Si Rin yang tak bertudung ni nak jadi isteri aku? Sorry la. Rin memang cantik cuma dia tak bertudung je. Dr. Ryan cuma pandang orang yang elok perangai, bertudung. Muslimah la kalau boleh. Dah nama pun anak ustazah kan. "Oh, mak cik ingat dia ni isteri doktor." Kata orang tua itu.
Dr. Ryan hanya tersenyum manis. "Rin, enough. Jangan asyik nak mengganggu kerja saya. Please." Kata Dr. Ryan lembut. Dia sudah penat dengan Rin. Perangai adik dia sendiri pun tak mengada-ngada sampai macam ni sekali. Memang adik dia tak mengada-ngada pun.
"Okey. But, you kena lunch dengan I." Kata Rin. Ryan melihat jam di pergelangan tangannya. Jam ni la jam yang dihadiahkan oleh adik kembarnya. Mereka bersusah payah kumpul duit semata-mata nak belikan dia jam ni. Padahal dia boleh je beli jam sendiri.
"Saya tak lunch hari ni." Kata Ryan. Rin menghentakkan kakinya sekali lagi. "Tipu. Entah-entah nanti you lunch dengan..... Ketua jururawat tu." Balas Rin.
Dr. Ryan memandang sekeliling. Rin memang sudah mengganggu kerjanya. "Saya busy. Apa kaitannya dengan awak kalau saya nak lunch dengan dia." Balas Dr. Ryan. "Dah, keluar dari sini. Sila sambung kerja awak." Sambung Dr. Ryan lagi. Kali ni dia sudah tidak berlembut. Rin terus keluar dari wad lalu menyambung kerjanya kembali.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Charming [C]
Lãng mạnScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...