PISTOL diacukan di leher Rania. Rania sudah berpeluh-peluh kerana takut. "Buat macam biasa je. Duduk tegak. Mulut jangan buka. Gerak sekarang." Arah orang yang berada di belakang Rania.
Rania akur lalu mula menghidupkan enjin keretanya. Cermin pandang belakang cuba dibetulkan tetapi sekali lagi pistol diacukan di lehernya.
"Jangan betulkan. Aku tahu kau nak tengok muka aku!" Katanya lagi dengan nada sedikit marah. Suaranya naik satu oktaf. Marah nampaknya. Rania terpaksa akur kalau tak nak leher dia berlubang.
Macam mana orang belakang tahu yang Rania memang nak tengok rupa dia. "Kau buat apa lagi tu. Gerak la!!" Rania akur lalu menggerakkan keretanya. Tali pinggang tidak dipakai kerana terlalu kalut.
Telefon pun dia tak sempat nak keluarkan daripada handbag. "Berhenti tepi." Rania tidak berhenti. Kakinya masih memijak pada pedal minyak. Dia nak ke balai polis secepat mungkin.
"Aku cakap berhenti tepi sekarang jugak kalau kau tak nak leher kau berlubang!" Arah orang dibelakangnya dengan lantang. Mulut Rania masih lagi terkumat-kamit membaca ayat-ayat al-Quran.
Rania terpaksa akur lalu menghentikan kereta barunya di tepi jalan. Dengan pantas Rania mencapai tas tangan dan membuka pintu kereta lalu keluar dan berlari sepantas mungkin.
Tetapi dia dikejar. Tas tangannya direntap. Pistol itu diacukan pula pada kepalanya. "Tolong la jangan bunuh saya. Kalau nak duit, saya boleh bagi." Rania berhenti melangkah.
"Kau pusing perlahan-lahan." Pujuk rayu Rania tidak diendahkan. Rania akur. Air matanya bergenang laju. Kalau dia ditembak macam mana.
Rania berjalan sehingga sampai di keretanya. Kereta yang lalu-lalang hanya mampu melihat. Mereka pun penat jugak sebab kerja seharian. Hari pulak dah nak gelap. Takde sesiapa nak call polis ke. Tolong la prihatin sikit.
Rania masuk ke dalam kereta sebelah tempat duduk pemandu apabila tubuhnya yang kecil di tolak sehingga masuk ke dalam kereta. Rania menelan liur.
Orang perempuan rupanya yang tengah acukan pistol pada dia tadi. Tapi perempuan tu pakai niqab. Perempuan tu bertudung. Rania ada buat salah ke dekat orang ni.
"Kau duduk diam." Arah perempuan itu. Handbagnya kini ada pada perempuan itu. Macam mana dia nak call Danial ni. Makin kuat Rania menangis.
Rania menoleh memandang wajah perempuan itu tetapi perempuan itu terlebih dahulu mengacukan pistol pada leher Rania. "Cengeng betul kau kan." Kata perempuan itu.
Keretanya berhenti pada satu tempat yang sangat gelap. Sunyi. Gudang lama ke ni. Kepala Rania terus ditolak kasar menyebabkan kepala Rania terhantuk pada cermin keretanya.
Terus Rania terjaga dari tidurnya. Ceit. Macam mana dia boleh tertidur ni. Macam mana dia nak tahu dia dekat mana sekarang ni.
"Bangun la. Woi, uruskan minah ni." Arah perempuan itu kepada beberapa orang lelaki bertubuh sasa yang sudah menanti mereka di hadapan pintu gudang tersebut.
Lelaki-lelaki tersebut menerpa ke arahnya membuatkan Rania cuak. Pintu kereta dibuka oleh salah seorang lelaki. "Tolong jangan apa-apakan saya." Rayu Rania. Air matanya sekali lagi berguguran. Apa salah dia.
Apa yang dia dah buat.
Salah dia sebab dia rahsiakan semuanya daripada suami dia ke.
Salah seorang daripada lelaki bertubuh sasa itu tersenyum sinis. "You're quite beautiful." Meremang habis bulu roma Rania. Menakutkan je la lelaki ni. Lelaki itu terus menarik lengan Rania dan dia bawa masuk ke dalam gudang itu.
YOU ARE READING
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...