"HELLO. Ibu, Am dah ada dekat lapangan terbang Manchester ni. Kejap lagi flight Am. Am naik kapal terbang Emirates tau ibu." Kata Danial Amsyar menerusi telefon bimbitnya. Panggilan antarabangsa gitu.
"Okey. Pukul berapa Am sampai?" Soal Datin Daniya. Masih mamai. Tiba-tiba je telefon bimbitnya tadi berbunyi.
"9 pagi lusa." Kata Danial Amsyar. Terbuntang mata Datin Daniya mendengar. Bukan 9 pagi esok ke. Rindu tahap gaban dekat anak dia ni.
"Sekarang dekat Malaysia pukul berapa ibu?" Soal Danial Amsyar pula.
Datin Daniya melihat jam loceng di atas meja lampu di sebelah kirinya. "Pukul 2 la, sayang ibu."
"Ibu mesti ingat Am sampai pagi esok. Ibu, Manchester dengan Malaysia jauh beribu-ribu batu la ibu. Sedangkan perjalanan dari Malaysia nak ke Milan pun 16 jam. Inikan pula dari UK ke Malaysia, kan ibu. Ibu tunggu la kepulangan Am ya. Am rindu sangat dekat ibu, daddy, and abang-abang kesayangan Am. Lagi-lagi anak saudara seorang tu." Kata Danial Amsyar dengan riang. Datin Daniya mula mengulum senyum.
"Iye la. Ibu dengan yang lain pun rindu dia sangat-sangat." Kata Datin Daniya. Suaminya di sebelah pun tersedar. Mungkin kerana suaranya yang terlampau gembira ni agaknya.
Senyap seketika. "Ibu, dengar tak pengumuman tadi. Lagi tujuh minit je sebelum penerbangannya." Kata Amsyar. Dia terus meraba-raba dirinya. Mencari barang yang perlu sebelum masuk ke dalam kapal terbang mungkin.
Datin Daniya menggeleng. Bukannya anaknya itu nampak pun dia menggeleng. "Awak ni menggeleng dah kenapa?" Soal suaminya di sebelah.
Datin Daniya menjauhkan telefon bimbit daripada telinganya. "Am call. Flight dia lepas ni." Maklum Datin Daniya. Dah la, shuh shuh. Orang tua ni.
"Ibu tak dengar pun pengumuman tu. Ibu dengar suara Am je. Am dah sediakan semuanya? Tak ada tertinggal apa-apa kan?" Soal Datin Daniya kelam-kabut. Mesti anaknya ni dah bersedia nak naik kapal terbang. Nanti tertinggal barang, susah.
"Tak ada la. Am dah check semuanya tadi. Am bukannya clumsy.... Ibu, Am nak minta maaf dekat ibu atas kesalahan Am dekat ibu selama ni. Minta maaf zahir dan batin ibu. Dengan daddy pun. Am minta maaf zahir dan batin juga. Dekat semua. Ibu sampaikan dekat dia orang semua tau." Pesan Amsyar.
Datin Daniya sebak. "Apa Am ni. Jangan la cakap macam tu. Buat ibu nak menangis tau. Ibu dengan yang lain harap semoga perjalanan yang memakan masa yang lama tu tiba dengan selamat. Ibu cuma harap itu je." Harap Datin Daniya.Dia tak nak la kalau jadi apa-apa dekat anaknya itu. Dia cuma mampu berdoa dan berharap. Siapa lah dia untuk menentukan.
"Mana la tahu ibu. Apa-apa je boleh terjadi dalam jangka masa ni. Am minta maaf dulu. Kalau jadi apa-apa, at least, Am dah minta maaf atas kesalahan Am." Balas Amsyar. Dia pun sebak nak sampaikan maaf dia dekat ibunya.Dia pun risau kalau terjadi apa-apa. Dia terus bangkit dan menuju ke entrance. "Okey la ibu. Am dah tak ada masa ni. Ibu jangan lupa sampaikan tau. Sampaikan jugak maaf Am dekat semua orang yang pernah kenal Am dan kepada semua orang yang Am pernah kenal. Pasal tu, ibu tanya Alang je."
"Oh ya, ibu. Jangan lupa cakap dekat along, bila la dia nak dapat isteri kedua. Sampaikan dekat angah pulak yang Am nak sangat tengok dia tu beristeri. Dekat alang pulak, tak payah la nak busy sangat. Nanti tak jumpa jodoh pulak." Sakat Amsyar. Datin Daniya ketawa hambar. Rasa sebaknya masih ada.
"Ye la. Nanti ibu sampaikan." Kata Datin Daniya.
"Okey lah ibu. Am nak putuskan panggilan. Lagi satu, ibu... Am sayang ibu sangat-sangat. Am sayang ibu lebih daripada segalanya tau. Ibu la penyebab kenapa Am takde kekasih hati sampai sekarang sebab ibu la kekasih hati Am." Amboi pick-up line dia.
![](https://img.wattpad.com/cover/66351987-288-k312854.jpg)
YOU ARE READING
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...