ALHAMDULILLAH, DENGAN IZIN-NYA, SAYA DAPAT PUBLISH SATU LAGI CERITA IAITU Mr. Tengku I Love You. SILA BACA DAN VOTE. BAGI LA POSITIVE KOMEN KALAU BOLEH. JADI, AYUH SAMBUNG.
NAK TAHU X APA YG DANIAL BUAT MASA WAKTU SOLAT JUMAAT TADI? AYUH KITA MENGUNGKAI APA YG DILAKUKAN OLEH DANIAL.
Flashback....
DANIAL terus menuju ke tandas. Rania pula ke ruang solat wanita. Dia ke tandas untuk membuang air kecil. Banyak sangat minum air dekat kondo Nana tadi. Dia ingat nak search mengenai solat dekat telefon. Tapi telefon pulak tertinggal dekat kereta.
Selesai membuang air, dia terus ke sinki untuk mencuci tangan. Jam di pergelangan tangan dipandang. Para jemaah dah mula solat agaknya ni. Getus hati Danial.
Dia pun terus menuju ke keretanya. Cara wudhuk pun dia tak ingat urutannya. Yang dia tahu, basuh tangan, berkumur, cuci muka dan basuh kaki. Nanti salah buat, tak sah la solatnya.
Kembali sahaja ke kereta, dia terus search pasal solat dan cara berwudhuk. Tanpa sedar dia sudah terlelap seketika sebelum Rania datang ke kereta.
*******
"Betul ke ada yang tawarkan nak bagi kereta dekat kau?" Soal Danial apabila mereka masuk ke dalam kereta. Haa, kan tengok la ni. Aku dah agak dah, mesti dia akan tanya.Tak payah nak jaga tepi kain orang la. Bebel Rania dalam hati. Dalam hati je la yang dia mampu. Nanti cakap depan-depan tak ke naya. Tak pasal-pasal dapat jelingan maut. Rania sekadar mengangguk.
"Then, kenapa kau tak terima je? Zaman sekarang ni, mana ada orang nak bagi benda free." Rania hanya menadah telinga.
"Eh, yang encik nak over pulak kenapa? Bukan orang bagi dekat encik pun." Kata Rania selamba. Tak pasal-pasal Rania dapat jelingan maut.
Aku cabut jugak la biji mata dia tu. Getus Rania geram. "Ke kau nak tunggu future husband bagi?" Soal Danial. Pipi Rania sudah merona merah. Nak buat modal berbual dengan aku la tu. Rungut Rania lagi.
"Haah. Memang pun. Tu yang saya tengah tunggu Prince Charming saya datang." Balas Rania selamba. Danial di sebelah sudah tergelak besar. Cis, dia gelakkan aku.
"Tunggu la kau sampai Prince Charming kau datang. Tunggu sampai rambut tu beruban." Kata Danial selamba. Kali ni giliran Rania pulak hadiahkan jelingan maut khas buat Danial.
"Jangan la cakap macam tu!" Kata Rania geram. Sekali lagi Danial tergelak besar. "What's your dream car?" Soal Danial mula serius.
"Hm... Apa ek? Saya lagi suka kereta yang sesuai untuk perempuan. Like ummi's car. Honda Jazz." Danial mengangguk.
Terus suasana menjadi senyap. Takde modal nak buat bersembang dah. "Tapi, saya lagi minat Audi. Audi punya model, semua cantik-cantik. Bestnya kalau ada Audi." Kata Rania lagi.
"Nanti aku suruh Jane siapkan meja kau kat aras 16 tu. Apa-apa hal, aku ada dekat aras 20." Kata Danial. Rania sekadar mengangguk.
"Encik, kenapa orang panggil encik, Danial. Bukan Wazal?" Soal Rania. Kali ni dia pulak yang cari modal nak berbual dengan Danial.
"Hm, aku lagi suka orang panggil aku Danial. Sebab kalau panggil Wazal, macam tak sesuai la dengan muka handsome aku." Kata Danial lagi. Rania mencebik. Danial pun tak tahu kenapa dia dipanggil Danial, sedangkan panggilan Wazal pun sedap didengar.
********
"Kau pergi mana tadi?" Terkejut aku dengan sapaan mengejut Juliana. Aku terus duduk lalu membuka komputer Dell. Sepatutnya aku hantar lukisan pelan Green City dekat Ju.Nak hantar semalam tapi dia pulak takde, pergi site dekat Seremban. Untung la Juliana, dapat la dia bergerak ke mana je. Macam mana kalau aku kena pergi site sorang-sorang. Dah la aku takde kereta. Abah, Rania menyesal la tolak tawaran abah hari tu. Itu la. Kan orang kata rezeki jangan ditolak, Lawan jangan dicari. Ruginya. Sebab mulut badan binasa.
Eleh Rania, macam la mamat muka ketat tu nak bagi kau uruskan projek. Jangan nak perasan la. Memang tak la mamat tu nak bagi kau. Baru sembang beberapa jam, dah acah-acah kenal. Tak payah nak pasang angan-angan la Rania oi.
"Weh, Raisya!" Kata Juliana dengan kuat. Eh, aku mengelamun pulak. Tak perasan Juliana yang dah lama ada dekat meja aku. Aku hanya tersenyum manis ke arahnya. "Sorry, aku mengelamun tadi." Kataku lalu mengeluarkan kertas pelan itu.
Dengan segera aku menyiapkan apa yang belum lengkap. "I'm done. Weh Ju, sorry la sebab aku tak hantar semalam. Aku punya la tunggu dekat bilik pejabat kau, rupanya kau pergi site." Kataku lalu menggulung kertas lukisan pelan Green City lalu aku hulurkan kepada Ju.
Juliana mengambil huluran pelan lukisanku. "Kau pergi mana tadi? Aku risau tahu tak. Baru je nak ajak kau lunch tadi. Tapi kau pulak takde." Kata Juliana dengan nada lembut.
Aku hanya menghadiahkan senyuman manis kepadanya. "Pergi somewhere." Jawabku. Kira okey la jawapan aku. Daripada aku tak jawab langsung. Juliana mengeluh.
"Yes, I know somewhere. But, where?" Soal Ju. Aik, kau ni kerja part-time ke? Kut la jadi reporter part-time. Dah banyak kali dia tanya. Agaknya jawapan aku kurang memuaskan. "Aku tak tahu apa nama tempat tu sebab Encik Danial yang bawa aku. Aku cuma ikut je." Balasku. Juliana terus mengangguk.
"Hm, nasib baik bos tak buat mesyuarat lagi tau. Sebab pelan Green City ni akan dibentangkan. Anyway, thanks." Kata Juliana lalu menepuk bahuku. Aku sekadar tersenyum manis ke arahnya.
"Aku cuma nak membantu kau je. Tu yang aku minta kau lukis pelan Green City ni." Kata Juliana.
"Tolong? Tolong macam mana?" Soalku. Juliana mengangkat pelan lukisanku. "Aku boleh bagi kau punya pelan lukisan ni dekat bos waktu mesyuarat, then bos akan pilih la mana satu yang dia nak ambil untuk dibawa berbincang dengan syarikat lain." Kata Juliana lagi lalu mengukir senyuman paksa.
Aku sekadar tersenyum. Dalam hati hanya berdoa semoga dipermudahkan segalanya. Ada la jugak selit sikit, mudah-mudahan lukisan aku dipilih nanti. InShaaAllah.
**********
SAYA ADA PUBLISH CERITA BARU. ALHAMDULILLAH, DIPERMUDAHKAN SEGALANYA. SAYA DAPAT JUGAK PUBLISH SEBUAH LAGI CERITA IAITU 'Mr. Tengku I Love You' JANGAN LUPA BACA DAN VOTE SEKALI. SORRY LA KALAU BAB NI X BEST. NANTI BAB AKAN DATANG AKAN JADI LEBIH BEST KUT. InShaaAllah.SO, APA TUNGGU LAGI. BAB 30 AKAN DIUPDATE KEMUDIAN. SILA LA BACA Mr. Tengku I Love You dulu. Hehe. SORRY KALAU X BEST. JGN LUPA VOTE TAU. BAGI SAYA SEMANGAT UTK TERUS BERKARYA.
YOU ARE READING
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...