16K. WAAA, SAYANG KORANG SEMUA YG SUDI BACA JE LA 💞 YG TAK SUDI BACA, TAK SAYANG LAH YE 😂.. OK.. RAMAI YG MINTA SIS UPDATE NEXT BAB. TAKPE LA. SESIBUK MANA PUN, SIS AKAN UPDATE JUGAK. TAPI KALAU SIS TAK DAPAT A. SIS SALAHKAN KORANG TAU 😂 OK, JUST KIDDING... SORRY LA SBB BANYAK TYPO SEBELUM NI.
*******
"EH babe, kau minum kopi lagi ke?" Soal Juliana yang sampai di meja Rania. Dia nampak ada cawan kopi la kut. Rania tak letak lagi cawan kopi ni dekat pantri. Tapi nasib baik la takde semut atas meja dia.
Rania mengangkat muka. Juliana rupanya. "Eh, tak la. Aku dah jarang minum kopi." Balas Rania.
"Then ni apa?" Soal Juliana. Jari telunjuknya menunjuk kepada sebuah objek. Cawan kopi la tu. Rania tengah sibuk periksa fail ni. Juliana pulak yang datang kacau dia."Itu cawan Encik Danial la." Jawab Rania. Pantas je mulut dia tu menjawab. Matanya masih lagi pada fail di hadapannya.
Juliana terkejut. Eh, nanti dia ingat aku ni bini Danial pulak sebab tadi Danial minum kopi di tempatnya. Rungut Rania dalam hati. "Hah? What do you mean Raisya?" Soal Juliana lagi. Haaa, kan. See. Dah agak, mesti la dia akan tanya.
Haih teman. Kau ni memang busybody la. Terlebih mengambil berat.
"Nanti aku terangkan la. Sekarang ni aku busy la." Balas Rania. Kerjanya tinggal sikit je lagi. Seketika kemudian Rania menguap. Terus mulutnya ditekup.
"Busy nak tidur la tu. Nanti lunch sama-sama tau." Pelawa Juliana. Rania mengangguk. Takpe la jugak kalau Juliana yang belanja. Tapi rasanya ni, Rania support diri sendiri.
Juliana pun terus kembali ke bilik pejabatnya semula. Syok la Juliana. Ada tempat sendiri. Nak tidur pun boleh. Lain la kalau Rania. Meja dia memang semua orang boleh nampak. CCTV pun boleh nampak. Jadi kalau dia nak tidur, memang bos boleh nampak la.
******
"EH, papa nak beli handphone baru ke?" Soal Aisy apabila Danial berhenti dan melangkah masuk ke dalam kedai telefon. Aisy masih lagi dalam dukungannya. Aisy ingatkan yang papa dia ni bawa dia ke sini adalah untuk membelikannya ais krim, baskin robbins, coklat, KFC dengan Secret Recipe.
Aisy melentokkan kepalanya pada bahu Danial. "Papa, I want ice cream." Pinta Aisy. Danial terus meletakkan Aisy di kerusi yang disediakan di dalam kedai telefon tersebut.
"Not now, please. Papa belikan Aisy cake next time ya." Pujuk Danial. Aisy menggeleng. Jangan la budak ni buat hal dah la.
"No. I want ice cream. Right now." Rengek Aisy. Rasanya Danial terpaksa membatalkan niatnya untuk membelikan Rania telefon bimbit rasanya hari ini. Danial segera meminta maaf dengan penjual telefon itu lalu mengendong Aisy lalu melangkah keluar.
Danial terus berjalan tanpa memandang depan. "Auch." Kata seorang gadis di hadapan Danial. Danial terlanggar gadis ini rasanya. Terus Danial mengalihkan pandangan memandang gadis di hadapannya kini.
Raisya. "Apa kau buat kat sini? Patutnya kau ada dekat pejabat. Kau slacking ya." Tuduh Danial. Gadis di hadapannya itu turut mengepal penumbuk.
"Slacking? Kau merepek apa haa!" Marah Hanis. Kembar NurRaisya Rania. Namanya NurRaisya Hanis.
Danial memberikan pandangan tajam kepada Hanis. Begitu juga dengan Hanis, dia turut memandang tajam ke arah Danial. Matanya tepat ke arah mata Danial yang kebiruan itu. Geram sebab tiba-tiba ada mamat gila yang tak dikenali tuduh dia pemalas. Tapi hakikatnya, di rumah... Memang dia ni seorang yang pemalas pun.
Aisy terus memusingkan tubuhnya. "Eh, kakak. Kakak tak kerja ke?" Soal Aisy pula. Aisy masih ingat kut dekat Rania.Hanis mengerutkan dahi. Dia memandang Aisy dengan pandangan yang pelik. "Kakak? Aku bukan kakak kau la." Kata Hanis lalu mengepal penumbuknya semula.
Geram pulak Danial melihat. Ada ke perempuan rupa macam ni. Lebih-lebih lagi Rania. Berani betul dia nak mengepal penumbuk dekat Danial. Lepas tu pandang Danial dengan pandangan tajam. Siap bahasakan diri kau-aku lagi dekat Danial.
"Apa kena dengan kau ni. Dah la keluar time lunch, lepas tu siap boleh shopping lagi." Bebel Danial. Hanis menutup telinga. Pelik dia dengan mamat ni. Apa kena la dengan mamat ni. Ke mamat ni cakap sorang-sorang. Dah la tak kenal, tiba-tiba je kata dia keluar time lunch siap boleh shopping lagi.
"Kau balik rumah ke tadi? Apa hal baju kau lain? Bukan kau pakai dress labuh warna mint green ke tadi?" Soal Danial. Semakin hairan Hanis jadinya. Ni mesti rakan sekerja Rania, kembarnya.
Alamak, dah la tadi mulut dia lancang dengan mamat depan dia ni."Ish, diam la." Marah Hanis. Dia terus berlari menuju ke tempat lain. Macam mana ni. Danial pun pelik tiba-tiba Rania macam tu. Pagi tadi okey je. Siap buatkan dia kopi. Bukan main prihatin lagi tadi.
"Papa, my ice cream." Kata Aisy lalu menampar pipi Danial perlahan. Sekali lagi Aisy menampar pipi Danial perlahan. Terus Danial mengalihkan pandangannya memandang Aisy.
"I want my ice cream. Now." Rengek Aisy. Danial baru teringat yang Aisy nak ais krim. Dia terus melangkah menuju ke tempat tutti frutti.******
"AISY kenal ke kakak tadi?" Soal Danial lalu makan sesudu lagi tutti frutti. Aisy mengangguk. Mulutnya comot kerana ais krim yang dimakannya itu. Danial terus mengelap wajah Aisy yang comot itu dengan tisu.
"Macam mana pulak Aisy boleh kenal kakak tu?" Soal Danial lagi.
Aisy masih lagi sibuk dengan ais krimnya. "Hari tu kan daddy datang pejabat lepas ambil Aisy daripada tadika. Aisy pun merayau pergi mana, Aisy tak ingat. Then, Aisy terjumpa kakak tu. Sebab kakak tu cantik la Aisy tegur kakak tu." Kata Aisy lalu tersengih-sengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.
"Time tu kakak tu bagi Aisy coklat." Kata Aisy lagi. Danial mengangguk tanda faham. Terus mereka menghabiskan ais krim mereka. Danial pun kemudiannya pergi semula ke kedai telefon tadi. Sekali lagi Aisy buat hal. Katanya nak secret recipe pulak.
Lepas habis makan secret recipe, mereka kembali semula ke kedai telefon tadi. Dan sekali lagi Aisy buat hal. Katanya nak KFC pulak. Lepas Danial belanja Aisy KFC, mereka terus pulang. Lain kali je la Danial beli telefon. Tak sangka perut sekecil Aisy boleh muatkan tutti frutti sebanyak 250 gram. Makan cake lagi. KFC lagi. Gemuk la Aisy nanti.
Terbit senyuman beraja di bibir Aisy ketika Danial menuju keluar dari shopping mall itu. Suka la tu dapat bermain-main dengan papa kedua dia.
★★★★★
SO FAR MCM MANA? OKEY KE. OKEY LA. HARI NI TIBA-TIBA JE RAJIN UPDATE UNTUK DUA-DUA BUAH CERITA. BTW, JANGAN LUPA BACA MR. TENGKU I LOVE YOU.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Charming [C]
Storie d'amoreScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...