BAB 17

23.4K 890 15
                                    

Aku dan Bella serentak menoleh sebaik sahaja terdengar nama Bella diseru. Macam aku pulak yang bernama Bella. Nama Bella yang diseru, tapi aku pulak yang menoleh. Apalah salahnya kan.. Kawan aku sendiri, apa salahnya aku masuk campur sikit urusan dia.

Tapi kata ummi, tak elok jaga tepi kain orang sebab kadang-kadang diri kita jugak yang binasa. Alhamdulillah, setakat aku masuk campur urusan dia ni, takde pulak aku binasa. Nauzubillah la.

"Apa?" Kata Bella dengan kasar seraya menoleh membelakangi mamat tu. Mata Bella aku pandang. Redup je pandangan dia ni. Demam ke apa... Bella sudah berdecit geram. Lain je bunyinya. Seram pulak tu. Jangan dia nak lancarkan perang dah la. "Nah, take it." Kata encik JPJ tu lagi. Ya Allah, handsomenya la dia ni. Tinggi pun ye. Muka macam pan-Asia sikit. Tapi, abang aku lagi handsome. Kahkahkah. Eh, Hanis... Sejak bila pulak la kau fikir pasal handsome semua ni.

"Sorry.... For everything." Kata mamat tu lagi. Eh, sorry? Ok, yang hal ni aku tak pernah tahu pulak daripada Bella. Mamat ni ex dia ke? Ataupun ex-fiance ke. Eh, sedap mulut je kau ni Hanis. Pandangan mamat tu pun redup jugak. "Okay la. I have to go now." Kata mamat tu lagi lalu pergi entah ke mana.

Aku terus menoleh ke arah Bella. Dahinya terus aku sentuh dengan belakang tanganku. Tak panas tak jugak sejuk. Biasa-biasa je. Bella dah pandang aku pelik. 'Pening kepala aku dengan perangai pelik dia ni.' Mungkin ni kut apa yang Bella fikirkan.

"Kau ni dah kenapa?" Kata Bella lalu memicit-micit kepalanya. "Kau demam ke ni?" Tanyaku. Soalannya aku biarkan begitu sahaja. "Aku tak demam la. Kenapa? Kau tengok aku macam demam ke?" Tanya Bella mesra. Eh, dah okey pulak perangai dia ni. Aku terus mengangguk.

Lenganku terus dipautnya. Terbukti aku lebih tinggi daripada dia bila dia buat macam ni. Aku mana ada pakai heels. Aku ni cuma pakai sneakers je. Lain la macam Rania ke. Bella yang pakai heels ni pun nampak rendah daripada aku. Haha, berlagak sekejap tak salah kan!! "Siapa mamat tadi?" Bella seperti sudah agak apa yang aku akan tanya dia je ni.

"Nanti aku bagitau. Jom la pergi butik Gucci." Ajak Bella. Hm, takkan la nak cari handbag yang sama macam tadi. Eh, dah habis emotional ke apa!!!

*******
Aku dan Juliana keluar beriringan dari keretanya. Aku memang dah ajak Jane tadi. Tapi dia kata dia lunch dengan staf lain. Ke dia merajuk sebab tak dapat lunch dengan aku semalam. Aku dah penat tarik-tarik dia ajak dia lunch bersama tapi dia tetap jawab benda yang sama 'I lunch dengan staf lain la, Raisya. Sorry tau.' Aku dah jadi serba salah pulak.

Cara dia bercakap pun macam tegas, takut aku dibuatnya. Hm, takpe la, nanti aku nak ambil sikit tips memujuk orang yang merajuk dari internet. Kan zaman moden ni semuanya di hujung jari. Simple, no trouble.

Aku tak tau pulak pasal tempat ni. Memang aku tak pernah pun datang makan kat sini. Selalunya makan dekat restoran abah. Hihi. "Abah kau masih uruskan cawangan restoran ke?" Soal Juliana. Aku mengangguk. Perut ni sejak tadi lagi dah berkeroncong. "Masih lagi. Kenapa?" Soalku pula. Nak datang bertandang ke apa dia ni.

"Takde apa la. Just tanya je. Dah lama aku tak makan kat situ. Kau tak tolong ayah kau uruskan ke? Jadi waitress kat situ ke?" Soal Juliana.

"Sekarang aku dah kerja, macam mana nak tolong uruskan restoran tu." Balasku cuba berjenaka.

"No, I mean before you working at Danial Holdings." Balas Juliana acuh tak acuh. Muka dia pura-pura loya pulak. Ala, aku gurau sikit je dah bengang. Jangan la camni.

Aku terdiam sejenak. Hm, aku berjalan je tanpa memandang depan. Terus lenganku direntap oleh Juliana. Fuh, aku hampir dilanggar. Takut aku dibuatnya. Seketika kemudian aku bersuara. "Ada jugak aku uruskan. Tapi sementara je la. Jadi waitress, jadi cashier. Kira aku ni serba boleh la. Hehe." Kataku lalu tersenyum menampakkan gigiku yang tersusun rapi tapi tak berapa putih macam Aisy la.

Bercakap pasal Aisy, rindu la pulak kat dia. Rasa macam dah jatuh cinta dekat mata biru cantik dia tu. Maklum la, dah lama takde adik. Kat rumah pun, sometimes aku anggap Hanis adik, sometimes aku anggap dia kakak. And, she told that ways too. Juliana membalas jawapanku dengan anggukan.

"Kita cuti hari apa?" Tanyaku. Aku tak tahu la pulak kut company ni ada bagi cuti mingguan untuk staf macam guru ke. Macam ummi, Sabtu Ahad cuti. Tak tahu la kut company pun sama. Juliana di sebelah dah tergelak kecil. Aku mula memanjat anak tangga untuk ke restoran yang kelihatan mewah. Agak-agak makan kat sini bajet seorang berapa eh? Aku cuma ada RM150 je. Ni pun duit yang ummi bagi nak kena tolak duit minyak lagi.

Karang tak cukup, aku kena cuci pinggan mangkuk kat sini pulak. Mana la tahu makan nasi goreng je dah dekat lima belas ringgit ke. Eh, aku dah mula takut nak duduk kat sofa empuk ni.

Lain la kalau restoran abah, nasi goreng tak sampai lima ringgit. Tapi, yang pasti memang sedap. Kena rasa dulu baru boleh judge. Kalau datang dan rasa masakan kat situ, confirm kenyang dan puas hati. Ceh, puji melebih nampak... Kau ni, Rania. Apa salahnya puji restoran abah. Hehe. Abahku jugak. Tak gitu.

"Kita mana ada cuti la." Juliana dah pun menghenyakkan punggung dekat sofa empuk ni. "Lain la kalau kau ambil cuti or EL. Baru dikira cuti." Sambung Juliana lagi.

Aku masih tercengang-cengang dekat sini. Penat berdiri lima saat, aku terus duduk. Wow, bagus la macam ni... Menu dah memang tersedia dekat atas meja. Sekali ada bell.

Memang mewah. Aku terus membuka menu. Aku dah terlopong. Nasib baik mata aku ni tak terbeliak. "Kau belanja aku ke apa ni?" Soalku. Juliana macam dah tahu-tahu je apa aku nak tanya. Dia tidak mengangguk, tidak juga menggeleng. Aku terasa macam seseorang datang menghampiri kami.

Aku dan Juliana terus menoleh ke arah 'seseorang' itu. Jantung aku mula berdegup kencang. Haih jantung, jangan la nak buat hal time-time sekarang ni. "Hai, girls!" Kata seseorang itu. Jap, muka dia ni macam familiar la.

Juliana di sebelah aku dah terlopong. Tangannya mula menutup mulutnya. "Oh My God. Finally, you've come. Penat aku tunggu kau tahu tak. Ops, I mean.. Penat kita orang tunggu." Juliana dah mula nak berdiri. Rupa dah macam menyambut tetamu VIP pulak. Sejak bila pulak la aku tunggu dia ni. Aku tak tahu menahu pulak ada orang nak join aku dengan Juliana lunch. Salah aku jugak sebab tak tanya. Hish.

"Seriously? Korang tunggu aku? Lebih-lebih lagi Raisya yang tunggu." Katanya lalu memandang ke arahku. Ish, nak aje aku luku kepala dia ni. Perasan gila. Kenal pun tidak, tapi dia tahu nama aku. Ish, dah start seram sejuk dah ni. Jantung yang tadi berdegup kencang, makin kencang ada la. Rasanya keadaan aku ni dah kritikal.

*****
CUBA TEKA SIAPA 'SESEORANG' YANG SAYA NAK CERITAKAN TU.... COMMENT LA JUGAK KAT CERITA NI. KALAU ADA KESALAHAN AYAT, TOLONG LA BAGITAU KE.... SAYA APPRECIATE SANGAT KEPADA YANG VOTE DAN TAMBAH DALAM LIBRARY KE.... THANKS A LOT... MUAH CIKEDDD... (chuckle)

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang