BAB 35

21.1K 740 18
                                    

DANIAL Raiyan, Danial Wazal, Danial Firash dan Danial Aisy segera turun ke bawah dan menuju ke ruang makan. Seperti biasa, Aisy akan digendong oleh papa kesayangannya, Danial Wazal. Jadi senang la. Tak payah la Aisy nak gerakkan otot kaki dia untuk turun tangga. Tapi kali ni Firash yang gendong dia. Kan lengan kanan Danial cedera.

Tiba-tiba je Datin Daniya menelefon Danial Wazal dan Danial Firash untuk makan di rumahnya. Pelik mereka dibuatnya. Maklum la, mereka semua ni belum tahu lagi mengenai kepulangan adik-beradik kesayangan mereka yang menyambung pengajian di Manchester itu.

Bukannya Danial Raiyan takde rumah sendiri. Ada. Villa pulak tu. Penthousenya sudah dijual sebelum dia membeli villa.

Tapi disebabkan Datin Daniya, dia relakan dirinya untuk tinggal bersama ibunya itu. Lagi pun Datin Daniya tiada sesiapa di rumah. Menyendiri lagi. Itu yang dia minta Raiyan untuk tinggal bersamanya. Ada la dia kerenah dan celoteh Aisy.

Mereka terus mengambil tempat masing-masing. Sewaktu turun tadi mereka sibuk berbual-bual mengenai perlawanan bola sepak di kaca televisyen lewat pagi tadi. Sampai kat meja makan pun, masih sibuk lagi bualkan pasal bola. Hai LELAKI. Bola aje topiknya.

Datin Daniya terus menepuk meja. Tersentak Raiyan, Danial dan Firash. Aisy pula terangkat keningnya. Manakala ayah mereka hanya mendiamkan diri. Dah kenal sangat sikap isteri jadi dah tak terkejut la.

"Dah-dah la tu. Tak habis-habis lagi ke Ronaldo, Messi semua ni." Kata Datin Daniya setelah menghentak meja dengan tangannya tadi. Pedih pun ada sebab rasanya dia hentak kuat sangat.

Kenapa la aku tak bagi nama anak-anak aku ni Messi ke Ronaldo ke atau semua pemain bola sepak tu. Bebel Datin Daniya. Mana taknya, kalau anak-anaknya ni semua berkumpul di rumahnya, tak lain dan tak bukan.. Pasti akan bersembang topik BOLA.

Lain la kalau dekat tempat kerja. Baru la bercakap pasal kerja je. Macam dulu-dulu, anak-anaknya ni jarang bersembang pasal bola. Tapi lepas berpisah, duduk rumah sendiri, jarang bersembang. Kali ni, nampak macam paling meriah. Bola, bola, bola. Makan bola, tidur bola, mandi bola. Ish ish ish. Nak tergelak pun ada Datin Daniya memikirkan semua ini.

"Sebenarnya belum habis lagi la ibu. Topik hot ni ibu. Captain Ronaldo bersama pasukan dia pasukan bola sepak Portugal, Champion dalam Euro2016." Kata Danial Firash dengan riangnya. Danial dan Raiyan mengangguk menyokong pernyataan Firash.

Siap angkat tangan ke atas lagi. Nampak sangat gembiranya tu bila sebut pasal bola. Lagi-lagi Captain Ronaldo dan pasukan Portugal Champion dalam Euro2016. Memang Datin Daniya tak tahu menahu pun pasal bola sepak ni. Memang dia tunggu anak-anak dia cerita je. Tak perlu la dia bersengkang mata menonton bola.

Ni nanti bila Amsyar balik ni, mesti mereka akan mula buka lampu ruang makan, berkumpul dan mulakan topik pasal bola. Hai anak-anakku. Ruang tamu ada banyak, ruang makan jugak la yang kau orang nak.

"Ye la. Kan memang Rash pun yang jadi Coach mereka." Usik Datin Daniya. Ni kalau bersembang pasal bola, entah bila la mereka dapat menjamah makanan.

Firash tersengih-sengih. "Ish, ibu ni. Along la Coach dia orang. Rash ni Manager Captain Ronaldo." Firash makin bangga nak menyambung usikan ibunya.
Raiyan menendang kaki Firash. Mereka duduk bertentangan takpe la. Nasib baik la Firash tak duduk di sebelah Raiyan, kalau tak memang dah rasa cubitan dia la. Firash mengetap gigi. Sakitnya. Lelaki tendang mesti la sakit.

"Ish, ada ke macam tu. Dah elok-elok jadi CO. Boleh pulak jadi Manager dia. Nak sangat ke jadi Manager tu." Kata Datin Daniya. Firash menggeleng.

Datin Daniya mula menyendukkan nasi ke pinggan suaminya kemudian ke pinggan anak sulungnya dan cucu tunggalnya. Haa, anak-anak yang lain tu ambil sendiri lah ya. Ada tangan kan. Kalau malas sangat nak senduk sendiri, minta la bibik yang sendukkan ya.

Mereka pun mula makan. "Ibu, kenapa tiba-tiba je call Danial suruh balik rumah. Kan Danial kata yang Danial akan balik lusa. Memang selalunya Danial balik hari Sabtu pun." Maklum Danial. Dia memang rasa pelik tiba-tiba sebab ibunya ini telefon suruh balik. Bunyi macam urgent.

Takkan la ibu kesayangannya ini lupa hari apa dia akan pulang ke rumah. Kalau bukan saja-saja ibunya menelefon suruh balik, pasti ada urgent matter. Danial nak makan pun susah sikit. Tapi dia usahakan jugak tangan kanan tu untuk bergerak dan makan. Takkan la nak minta ibu, daddy, Raiyan atau Firash yang suapkan. So childish.

Datin Daniya menguyah perlahan-lahan. Dia melihat wajah anak keduanya. Kemudian matanya beralih pula kepada bahagian atas lengan kanan Danial. Nampak besar sikit bahagian tu. "Kenapa dengan lengan kamu tu Danial?" Soal Datin Daniya.

Danial mengangkat muka. Kalau boleh, dia tak nak Datin Daniya tahu. Dia tak nak ibunya itu tahu. Nanti risau, terlampau risau pulak. "Danial selalu workout la ibu. Otot pun makin banyak la. Nampak badan Danial tough kan ibu." Kata Danial. Tak tahu macam mana nak jawab. Ni pun dia jawab spontan je.

Sangkanya ibunya ini takkan perasan. Tu yang dia tak sediakan jawapan siap-siap. Danial pun tak tahu macam mana istilah tipu sunat. Kalau alasannya ini dia kategorikan dalam tipu sunat macam mana ya?

Datin Daniya menjongket bahu. "Anak ibu la. Mesti la badan tough-tough semuanya." Kata Datin Daniya. Mana tak toughnya. Satu bilik memang disediakan khas untuk anak-anaknya. Gym gitu. Lagi-lagi anak-anaknya semua lelaki. Kalau anaknya ada yang perempuan rasanya dia akan sediakan satu bilik untuk gimnastik kut. Sebab dulu Datin Daniya ni fit and slim. Rajin exercise. Tapi sekarang ni rajin aerobik je. Memang sesuai la untuk orang tua.

"Tapi along lagi tough, kan ibu." Raiyan masih tidak mahu kalah. Memang betul pun yang Raiyan lebih tough daripada adiknya yang lain. Dah dia yang duduk dengan ibunya. Tapi tak tahu la Amsyar tu macam mana sebab mesti dia jarang workout. Sebab sebelum ni, memang Amsyar la paling tough pun antara mereka semua. Tapi kini gym tu memang Raiyan la yang conquer. Kira gym tu dia punya sorang la. Siapa yang nak exercise kat situ kena bayar la. Ha ha.

Dari tadi ayah mereka diam sahaja. Tak berkata apa-apa. Seolah-olah dia itu halimunan je. Ni yang susah ni bila anak-anak asyik sembang antara satu sama lain. Pasti akan melibatkan Datin Daniya sekali. Tapi tak pulak nak ajak dia berbual sama. Tabah la wahai bapa. Cia cia cia.

"Eh, Am lagi maskulin tau. Tu jangan dilupakan." Firash mencelah. Singkatan nama Amsyar ialah Am. Memang mereka gelar Amsyar, Am je. Malas la nak panggil adik ni. Nanti manja pulak jadinya. Jadi musuh dekat abang-abang yang lain pulak. Susah nanti.

Tapi memang betul pun Danial Amsyar tu maskulin. Berkarisma pulak tu. Bila Firash mention je pasal Amsyar. Baru la Datin Daniya ingat apa tujuan dia menelefon Firash dan Danial suruh pulang.

Bukannya suruh pulang untuk bersembang pasal bola. "Ibu baru teringat."

"Hai, baru nak ingat. Itu la, sembang dengan anak sampai tak ingat suami." Perli Danial Tyler. Amboi ayat. Memang boleh buat orang sentap.

"Haah. Saya bersembang dengan anak-anak sampai lupa suami." Direct Datin Daniya membalas dengan selamba. Terus suaminya itu terdiam lagi sekali. Melampau ke apa yang dia cakap tu. Tapi dah tua, tak payah nak sentap la.

"Amsyar balik esok. Dia sampai KL pukul 9:00 pagi. Jadi, ibu nak kamu semua kena ada dekat KLIA 2 pukul 9. Faham. Rash, tak payah nak sibuk sangat ya. Ibu nak Rash yang sampai dulu sebelum mereka sampai." Arah Datin Daniya. Selalunya memang Firash ni selalu sibuk.

Firash mengangguk. Tapi bukan dia je yang kena ada dulu. Mesti la dia akan tarik Danial sekali. Bukan apa nak membazir minyak. Kita naik dengan abang je la. Jimat fuel. Fikir Firash.

Dan sekali lagi Danial Tyler senyap. Kesian dia. Anak-anak sibuk dengan bola dan ibunya. Isteri pulak sibuk dengan anak bongsu sampai tak ajak suami bersembang. Rasanya inilah padahnya isteri bagitahu dia yang anak bongsu mereka akan balik terlebih dahulu. Kekal tabah ya orang tua. Hihi

★★★★★

SO FAR MACAM MANA? PART NI TAKDE WATAK JAHAT. TAPI NANTI ADA INSIDEN. SIAPA BOLEH TEKA APA YG JADI NANTI. KAN SEBELUM NI SAYA ADA KATA YG SAYA NAK BUANG SATU WATAK, WATAK HERO. TEKA LA SIAPA... HAIH, BANYAK PULAK YG NAK KENA TEKA NI KAN.

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang