BAB 3

41.9K 1.2K 5
                                    

"Jane, bagi I semua resume pekerja yang datang interviuw hari tu." Kata Danial Wazal, CEO Danial Holdings. Jane akur lalu kembali ke tempatnya untuk mencari fail yang mengandungi resume pekerja bagi tahun ini.

Kemudian Jane kembali bersama sebuah fail lalu menghulurkan fail itu kepada bosnya. "Bos, here you go." Danial menyambut fail itu lalu dibeleknya. "Jane, you boleh sambung kerja. Eh, hari ni I ada apa-apa appointment, tak?" Kata Danial lagi. Jane menggeleng. "Takde pun. Bos, kenapa you nak fail ni?" Jane menyoal Danial pula.

"Saje je. I cuma nak tahu je siapa pekerja baru kita. Sebab hari tu I bukannya interview mereka. Patut la hari ni I macam ada nampak wajah baru. Sejak bila pulak ada pekerja kita yang bertudung ni." Kata Danial sengaja mengubah topik. Bukan apa, nanti makin banyak pulak yang si Jane ni akan tanya. Jane hanya mengangguk. "Kenapa, bos? Bos tak nak pekerja bertudung ke? Bos nak buang dia ke?" Baru Jane teringat pasal Rania.

Danial memandang Jane dengan penuh tanda tanya. "Dia?" Tanya Danial lalu sambung memeriksa resume. "Rania kalau I tak silap. I tak ingat nama penuh dia. Dia cantik bos, lembut je I tengok." Kemudian Danial memandang Jane lagi dengan tanda tanya. Jane tersengih. Tangan Jane memegang fail tadi lalu diselaknya satu per satu. Muncul je resume Rania, terus tangan Jane berhenti menyelak. "Ni la Rania." Terkejut jugak muka Danial bila tengok gambar yang melekat dekat resume tu.

"Oh ya, bos. Behave, I tahu la dia cantik. Nanti bos terpikat, lari pulak bos punya girlfriend." Kata Jane spontan. Jane pun keluar dari pejabat Danial. Danial hanya mendiamkan diri. Malas nak balas apa-apa. Satu per satu Danial periksa. Hm, stay Cheras. Lahir.... Terlopong biji mata Danial. 1993. Wow, . Danial pulak lahir 1989. Beza 4 tahun. Aik, patut la macam pernah tengok je budak ni. Budak yang buat muka masam dekat lif tadi. Aku yang buat phone dia retak. Kemudian Danial ketawa kecil. Terus Danial bangun dan keluar dari pejabatnya. Budak ni tahu ke dia punya tempat.

*********

"Woi, nah!" Kata seseorang yang datang ke tempatku lalu mencampakkan 5 buah fail kepadaku. "Bos suruh kau susun paperwork dalam fail ni mengikut tarikh. Ikut tertib menaik." Kata gadis tadi lalu pergi ke tempat lain. Aku mengerling jam Bonia yang abang berikan. 12:59. Kemudian Jane pula lalu di hadapanku. Aku menegah Jane. "Jane, lunch hour pejabat ni bila?" Tanyaku.

"Oh, lunch hour!? Pukul 1:05 until 1:45. Rania, you lunch dengan I je la." Ajak Jane. Aku memandang Jane kemudian fail yang berada di atas mejaku secara berturut-turut. "I can't Jane. Banyak kerja. I kena arrange semua ni. 5 buah fail pulak tu. I tak rasa yang I dapat lunch hari ni. Rasa nak menangis tau." Kataku lagi. Kemudian, Iphone ku berdering. Aku terus mencapai Iphone ku. Tertera nama abang.

Punat answer aku sweep. Hodohnya Iphone aku bila skrin retak. "Hello, assalamualaikum. Kenapa abang call ni ?" Kataku. "Waalaikumusalam. Macam mana kerja... Okey?" Tanya abang pula. Tak okey. Tapi takkan la nak kata tak okey. Nanti apa la abang bagitau ummi. Apa la yang ummi cakap nanti. Pagi tadi cakap kat ummi, okey je. Sekarang ni tak okey. "Hm, okey je. Masih hidup lagi ni, masih bernafas lagi." Kataku lagi sambil itu aku menyusun kertas yang berselerak di atas mejaku.

Aku terdengar abang ketawa terbahak-bahak. Apehal dia ni. Buat tebiat!! "Mesti dapat bos yang dah tua, kan. Mana la taknya, company dah maju. Entah sejak tahun bila. Confirm...bos adik dah tua. Mana la tau bos dia miang. Hati-hati la adik abang. Bye, assalamualaikum." Salam aku jawab dalam hati. Eii, geramnya. Tak sempat nak cerita pasal Iphone, abang dah tutup panggilan. Lagi satu, abang kata bos aku dah tua. Entah la, ada betulnya kata abang. Miang. Tu yang aku tak suka. Geli bakhang. Harap sangat la bos aku tu tak miang. Kalau tak memang aku dah siapkan surat letak jawatan.

"Raisya. Skrin you retak, ke? Oh My God. Macam mana boleh retak?" Tanya Jane. "I tak tahu la, tadi masa dekat lif ada someone langgar I. Then phone I jatuh. Jane, bos kita tu dah tua ke?" Kataku lagi. Malas la nak cakap pasal ni. Macam mana ni. Memang terlepas la lunch hour aku.

Jane tidak memberi apa-apa jawapan. Entah la. Dia tak nak bagi tau kut. "Entah la. You rasa? Okey la I nak lunch. Bye." Kata Jane dengan nada bergurau. Aku serius, dia main-main pulak. Padahal dia yang selalu ada dengan bos.

********

"Okey, perlahan-lahan lepaskan clash lepas pijak pedal minyak. Kata pegawai JPJ tu. Naik bernanah telinga aku dengar. Bising la dia tu. Rimas aku." Cerita aku kepada Bella. "Kau ni pun satu. Dia yang ajar kau. Tapi kan, tak pernah-pernah pegawai JPJ bantu kita mengenai benda ni. Selalunya, kita kena tahu-tahu sendiri. Untung la kau. So, kau lepas tak ujian tu?" Kata Bella tertanya-tanya.

Aku tersengih. "Mesti la aku lepas. Aku memang geram betul dengan pegawai tu. Ada ke patut, asyik membebel je. Aku dah tahu camne nak pandu kereta. Waktu dah parkir tu, aku pandang pegawai tu. Memang aku bagi jelingan maut kat dia. Terus pegawai tu senyap. Dia terus stop membebel." Kataku lagi. Semakin teruja.

Bella tersenyum. Dia je la yang faham aku. "Entah-entah dia senyap tu tanda dia terpikat dengan mata cantik kau tu. Ye la, mana la nak jumpa gadis bermata cantik selain kau dengan kembar kau." Sakat Bella. Ni yang aku geram. Aku paling tak suka bila ada orang cuba menyakat aku dengan perkara mengenai cinta ni. Rimas. Aku mencuit betis Bella.

Bella mengaduh kesakitan. Lantak situ, biar kau kesakitan. Aku tertawa kecil. "Auch!? Mana la tau betul ke apa yang aku cakap ni." Katanya.

Aku mencebik. "Setakat kerja JPJ, tak nak aku. Lebih-lebih lagi yang asyik membebel aje. Lagi la aku tak nak." Balasku. Giliran Bella pulak mencebik. Betis aku pulak yang jadi mangsa. Aku menggosok-gosok betis yang sakit. "Kau ni Bella. Dah la kalau cubit tu mengalahkan ketam punya penyepit. Sakit tau." Kata aku semula. Kami pun bangun lalu terus menuju ke kelas.

"Kau ni pun satu tau." Aku memandang Bella. Satu? Aku bukannya ada satu. Aku ada kembar la. "Maksud aku, takkan la yang kerja JPJ tu kau tak nak. Abang JPJ tu handsome tak?" Tanya Bella. "Eh, macam tau-tau je yang pegawai tadi lelaki. Entah la. Mana la aku tau handsome ke tak." Balasku. Malas nak layan.

"Ish kau ni. Tak yah la nak ikutkan ego kau tu. Just jujur je la." Kata Bella lagi. Aku terdiam. Sejujurnya, memang handsome. Handsome gila. Ya Allah, handsome dia tu susah aku nak ungkapkan. Masa pandang dia tu, hati aku berdebar gila. Aku je yang tak nak cakap. Aku menjongket bahu. "Boleh la. Tapi tak se-handsome abang aku. Wajah abang aku kan pan-Asia sikit. Kau adaaa?" Aku terangkan sipi-sipi dekat Bella. Kalau Bella dengan abang JPJ tadi, memang padan. Bella dah la cantik, abang JPJ tadi pun handsome. Malas nak terangkan dah. Aku pun tukar topik perbualan.

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang