Kelihatan seorang gadis sibuk membetulkan shawl cream 'cakenis'nya. Memang padan la, kulit cerah, pakai lagi tudung berwarna cream..... Nampak sangat cantik dengan memakai baju kurung moden berwarna hijau.
"Amboi anak abah ni.... Dah bersiap lawa-lawa. Pergi interview je pun." Kata Encik Haqq yang lalu di hadapan bilik anaknya. "Abang ni pun, mesti la siap lawa-lawa. Takkan la pergi interview selekeh." Jawab Puan Rubiah yang juga lalu di hadapan bilik anaknya itu.
"Betul cakap ummi tu abah." Balas NurRaisya Rania. Dia terus ke arah ummi dan abahnya. "Ummi, abah, Rania pergi dulu, ye. Em... ummi.... Pinjam kereta." Kata Rania sambil tersegih-sengih.
Puan Rubiah mengangkat keningnya. "Tu la, abah nak belikan kereta untuk dia, dia pulak menolak." Haaa, mula la ummi nak berleter. Datang pulak si NurRaisya Hanis ke bilik kembarnya.
Rania hanya tersengih-sengih. "Awak ni pun, tak usah la nak ungkit. Katanya tak nak menyusahkan abah, last-last dia yang menyusahkan ummi dia." Abah pulak nak tambah cili ke dalam kicap.
Rania terdiam. "Boleh ke tak ummi ?" Kata Rania meminta kepastian. "Rania ni suka betul tanya semula kalau dah tahu jawapan." Balas umminya lagi.
Kemudian, Rania mengukir senyuman. "Jadi, boleh la ni, ye! Syukran ummi." Balas dia kegembiraan. Lalu tangan ummi dan abahnya dikucup sebelum berlalu pergi. Kunci 'Honda Jazz' umminya diangkut dari peti kunci.
"Hati-hati, sayang." Kata Puan Rubiah dan Encik Haqq. Mereka terus ke pintu rumah, menghantar kepergian anaknya. "Tak sangka Rania dah nak bekerja. Yang si Hanis ni entah bila la nak dapat surat tawaran bekerja. Yang si Hammad tu memang dah bekerja. Tak sia-sia kita hantar anak kita belajar jauh-jauh kan Sayang." Kata Encik Haqq. Puan Rubiah hanya mengangguk mengiyakan kata-kata suaminya.
******************************
Bunyi Iphone 6 kedengaran. Si pemilik meneliti nama yang tertera di skrin telefonnya. Lalu panggilan itu diangkatnya.
"Assalamualaikum. Kenapa daddy call Danial ni ?" Kata suara garau itu.
"Waalaikumusalam. Daddy call anak sendiri pun tak boleh ke? Ni daddy nak tanya.... Bila Danial nak buat interview pekerja baru tu? Kalau Danial tak boleh, daddy boleh je. Daddy tak sibuk sekarang ni." Kata seorang lelaki di corong telefon.
Lelaki yang bersuara garau itu segera menjawab. "Eh, tak perlu daddy. Interview tu sekarang. Daddy tak perlu la bersusah payah. Daddy, dah nak start ni. Bye, daddy." Panggilan dimatikan.
Lelaki itu terus bergerak ke arah lif. Begitu juga dengan Rania. Pintu lif itu hampir tertutup. "Eh, sekejap. Saya nak naik sekali."
Lelaki tadi pun segera menekan punat yang membuka semula pintu lif. Rania hanya melihat ke dalam lif, cuma lelaki tu saja yang berada di dalam lif itu.
"Miss, are you coming in ?" Kata lelaki yang berada di dalam lif itu. Rania hanya tersengih. Dia kemudian menggeleng. Naik lif yang lain je la.
Rania terus ke kaunter. Nak naik lif, tapi tak tau nak pergi kat tingkat berapa. Lawak la kau ni Rania. "Hai, saya datang ni sebab tawaran kerja. Saya nak kena naik tingkat berapa, ya?" Kata Rania setelah mendekati pekerja yang berada di kaunter.
"Ouh, nak datang interview ke. Cik pergi dekat tingkat 17. Then, cik cari la Jane. Jane tu p.a boss." Kata pekerja di kaunter itu.
Rania terus bergegas ke lif. Punat naik ditekan. Tak sampai 15 saat, pintu lif terbuka. Rania menekan punat 17 setelah pintu lif tertutup. Sampai sahaja di tingkat 17, Rania ternganga, mula la nak takjub. Besar jugak pejabat ni. Kalah rumah abah. Kata Rania dalam hati.
Mana Jane ni. Macam mana la agaknya wajah Jane. Rania berjalan secara lambat. Bukan apa, kalau cepat nanti terlepas pandang pulak insan yang memakai tag nama tertulis 'Jane'. Senang sikit kalau macam tu. Rania menoleh ke kiri dan ke kanan. Takde langsung ke orang Melayu perempuan yang kerja dekat company mewah ni. Ke Rania orang Melayu pertama dan terakhir di sini ? Mula la Rania nak perasan.
Dia terus ke meja hadapan. Nampak wajah dia macam orang Melayu. Takkan la dia tak pakai tudung. Kalau dapat je dekat ummi, memang akan bertudung je pekerja ni. "Assalamualaikum. Boleh tanya sesuatu tak?" Rania menegur pekerja yang dari tadi termenung jauh. Pekerja itu hanya memandang Rania sekilas. Salam tak berjawab, bukan Islam la kut dia ni. "Entah la. Jangan kacau aku boleh tak. Aku banyak kerja." Balas pekerja itu tadi. Fasih je dia cakap bahasa Melayu tadi. Suka hati dia je la. Tengok dia tak sibuk pun tapi kata sibuk.
Toleh je ke kanan terlanggar seseorang yang membawa kertas yang terlampau banyak. Bila dah terlanggar je, terus kertas-kertas tu bertaburan. Apa la nasib. Rania turun untuk membantu mengutip kesemua kertas-kertas yang bertaburan tadi. "Maaf, saya tak perasan tadi. Maaf sangat-sangat." Kata Rania lalu memandang tag nama gadis di hadapannya tadi. 'JANE'. Gadis di hadapannya asyik mengutip kertas itu tanpa memandang ke hadapan. "It's okay." Kata gadis tadi. Tak sia-sia terlanggar tadi. "Awak Jane?" Tanya Rania.Gadis itu berhenti mengutip kertas lalu memandang ke hadapan. Seketika kemudian, senyumannya terukir. "Ya, saya Jane. Kenapa ya?" Balas Jane. "Saya datang untuk interview." Balas Rania. "Ouh, datang untuk interview ke. Good timing. Memang boss tengah buat interview pun." Selasai mengutip kertas, Jane pun bangun lalu bergerak ke tempat lain. Rania hanya mengikut ke mana Jane pergi.
Sampai je dekat depan bilik mesyuarat, Jane terus masuk. Nasib la pintu tak berkunci. Tiba-tiba seorang gadis bertudung seperti Rania keluar dari bilik mesyuarat sambil menangis. Eh, kenapa dia menangis. Takkan la ditolak mentah-mentah. Gadis itu memandang Rania sekilas lalu beredar dari situ.
"Next" Kata suara seseorang yang berada di dalam bilik mesyuarat itu. Jane pun keluar dari bilik mesyuarat. "Your turn. Masuk la." Kata Jane lalu bergerak ke tempat lain. Rania pun masuk ke dalam bilik mesyuarat.
YOU ARE READING
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...