BAB 7

33.1K 1.1K 7
                                    

Aku terus bangun setelah jam di tangan kiriku tepat pukul 5:30. Lambat betul hari ni berlalu. Aku dah penat kat sini. Semua staf memandangku aneh. Aku menjongket kening. Seketika kemudian, Jane lalu di hadapanku. Aku memaut erat lengan Jane. Dia terus berhenti berjalan. Langkah kakinya terhenti. "Yes, anything Raisya?" Tanya Jane yang sedang membaca sesuatu pada fail di tangannya lalu memandangku. Fail di tangannya ditutup.

"Bila boleh balik, ya?" Tanyaku. "Selalunya pukul 5:30 dah boleh balik, kan!" Sambungku lagi. Memang itu yang aku tahu. Macam ummi, dah boleh keluar pukul 5:30. Tu yang aku rasa, habis waktu kerja mesti pukul 5:30. Jane kulihat menjongketkan kening. Aku dah lapar dah ni. Tak sabar nak balik.

Jane mengangguk lalu jam di tangannya dikerling sekilas. "Eh, betul la. Dah boleh balik." Balasnya. "Tapi, masa I bangun tadi, staf-staf pandang I dengan muka pelik je." Tanyaku lagi ingin kepastian. Jane terkejut. "Oh, haah. Sebab mereka tu kena denda. That's why la they can't leave yet." Baruku mengerti.

Aku mengangguk. "Okey la. Kalau macam tu, I balik dulu la. You tak balik lagi ke?" Tanyaku. Haa, mula la kau ni Rania... Nak balik ke nak ajak Jane berbual. Penat la si Juliana menunggu. Jane menggeleng.

"I balik lambat, macam biasa la. Kena catat dulu appointment, schedule bos. I ni kan busy orangnya. Hihi." Aku lihat Jane sudah berpeluh. Aik, duduk dalam company berpenghawa dingin. Takkan la boleh berpeluh. Aku yang duduk dari tadi tak berpeluh pun. Peluh tu ada la jugak. Tapi takde la sampai lencun baju. Nanti tak berpeluh, kata NurRaisya Rania ni alien pulak sebab tak berpeluh langsung. Aku turut sama ketawa.

Jane ni time penat pun still boleh bergelak ketawa. "Okey la, I have to go. Banyak kerja lagi. You balik la dulu. Bye Raisya." Kata Jane lalu pergi meninggalkanku.

Aku terus menuju ke lif untuk ke tingkat 16. Aku kena check dulu sama ada si Juliana tu dah habis kerja atau belum. Biasa la, dia kan sekarang ni arkitek berjaya. Bangga dapat kawan yang berjaya sejak belajar dulu. U.S.A. Aku rindu U.S.A. Lama dah aku tak terbang ke situ. Roommatesku dulu amat baik dan peramah. Entah apa la khabar mereka sekarang. Mungkin ada yang berumah tangga dan mungkin ada yang belum.

Setelah pintu lif terbuka, aku terus menapak keluar. Lengang. Takde orang langsung. Aku berjalan perlahan menuju ke pejabat Juliana yang dia tunjuk tadi. Aku terus menapak dengan perlahan. Dah macam pencuri pulak. Aku berhenti menapak apabila aku terlihat Juliana bersama dengan seorang lelaki yang sepertiku kenal.

Aku ingin menghampiri mereka tetapi kakiku kaku, tidak mahu melangkah. Iphoneku berdering. Haah la. Lupa nak bagitau ummi aku balik dengan Juliana. Takpe la. Aku balik dengan ummi je la. Dengan Juliana, bila-bila pun boleh. Panggilan ummiku jawab.

"Assalamualaikum. Rania kat mana ni. Ummi dah sampai ni." Kata ummi. Salamku jawab. Dah agak. Mesti ummi dah sampai. "Waalaikumusalam. Rania nak turun la ni. Ummi tunggu tau." Kataku. Kakiku terus melangkah masuk ke dalam perut lif. Ummi terus mematikan panggilan. Aku hantar SMS ringkas je untuk Juliana.

Assalam. Weh, aku balik dengan ummi la. Lupa tadi nak bagitau ummi yang kau nak hantar aku balik. Takpe la, lain kali je la kita borak panjang.

Aku menapak keluar dari perut lif. Iphoneku simpan ke dalam beg. Aku berjalan terus ke arah pintu keluar. Tiba-tiba Iphoneku berbunyi tanda mesej masuk. Juliana la ni. Aku terus keluarkan handphone. Memang betul la dia mesej.

Oh, yeke. Em, takpe la. Aku pun ada banyak lagi kerja. Memang aku sibuk gila sekarang ni. Lain kali je la kita borak panjang. Take care tau.

Aku teruskan menapak. Sibuk gila sekarang ni? Sibuk dengan lelaki la tu. Cakap tak serupa bikin langsung. Tapi kan, lelaki yang dengan dia tadi tu memang tinggi la. Macam handsome je aku tengok. Ish, apa kau merepek ni Rania. Aku memperingatkan diri.

Keluar je dari situ aku mencari banyangan kereta ummi. Takde pun. Mana ummi ni. Handphone aku keluarkan dari handbag. Cuba mendail nombor ummi. "Assalamualaikum. Ummi, Rania tengok ummi takde pun. Ummi tinggalkan Rania eh." Kataku setelah ummi menjawab panggilanku.

"Waalaikumusalam. Ummi tak tinggalkan Rania pun. Ummi tengah bersembang dengan anak murid ummi ni dekat depan pintu masuk." Balas ummi. Eh, company ni ada berapa banyak pintu ni. "Hah, pintu mana ni ummi. Rania tengok ummi takde pun." Kataku lagi. Memang ummi takde pun. Mana ummi ni.
"Ya Allah budak ni. Pintu yang dekat dengan ruang rehat la." Kata ummi lagi. Aku ada terdengar sikit perbualan ummi dengan 'anak murid'nya itu. Aku pun tertanya jugak siapa la anak murid ummi tu.

Baru aku teringat, masa nak pergi surau, memang aku ada ternampak pintu masuk kat ruang rehat yang luas gila tu. Aku terus menuju ke situ. Betul la, ummi memang parkir betul-betul di hadapan pintu masuk. Hebat la ummi, hebat macam abah. Aku juga ada ternampak figura seorang lelaki. Tinggi lampai, kedua-dua belah tangan lelaki itu dimasukkan ke dalam poket. Baru ada gaya gittuw.

Aku terus menghampiri mereka. Jantung aku dah berdegup laju. Memang aku tak tahu apa dah berlaku. Tiba-tiba je jantung nak buat hal. Sama je macam yang terjadi kat dalam lif tu. Jantung aku memang berdegup laju. Hard to describe how I feel. Aku mendongak untuk memandang wajah lelaki itu. Terlopong aku seketika. Eh, ni lelaki dalam lif tu. Aku terus menunduk. Aku dah boleh terbau haruman pewangi dia pakai. Bau yang menenangkan.

Tangan ummi kukucup. "Assalamualaikum, ummi." Kataku. Ummi jawab salamku. Aku terus ingin masuk ke kereta tetapi ummi pulak masih nak berborak dengan anak muridnya itu. "Apa khabar Datin Daniya sekarang? Lama dah ummi tak jumpa dia." Kata ummi. Lelaki itu memandang aku sebelum memandang ummi semula. "Alhamdulillah, sihat je ummi." Katanya. Eh, sedap je bahasakan ummi orang, ummi dia. Orang tanya khabar, bukan tanya sihat ke tak sihat. Aku masih lagi berdiri di sebelah lelaki itu sambil wajah kutunduk. Haa, mesti musykil macam mana aku tau dia pandang aku. Sebab aku perasan melalui tingkap seat belakang ummi la.

"Alhamdulillah. Bagus la kalau sihat. Danial makin tinggi je ni. Dulu comot aje, tie pun tak reti nak pakai. Sekarang dah reti, ya. Bagus la." Kata ummi lagi. Ummi, jom la. Orang dah lapar ni.

Dia tersengih-sengih. Macam kerang busuk. Hihi. Kemudian dia memandang ke arahku lagi. Ish, asyik pandang anak dara orang aje. "Tie ni pun, mama yang pakaikan. Danial masih tak reti lagi la nak pakai tie. Hihi. Balasnya. Eyy, tak tahu malu. Dah besar, tapi tak reti pakai tie. Tapi aku tengok dia ni macam dalam lingkungan lewat 20-an. Betul ke dia ni anak murid ummi.

"Oh, ya. Ni anak ummi. Tak sangka pulak dia kerja satu bumbung dengan kamu. Namanya NurRaisya Rania." Kata ummi. Aku tersipu-sipu. Ish, kau ni dah kenapa Rania. Time ni la nak malu-malu bagai. Aku mengangkat wajah sedikit. Aku mendongak lagi sebab nak pandang dia. Ish, kenapa la dia ni tinggi lampai, boleh sakit tengkuk aku kalau nak pandang dia ni. Senyuman manis aku berikan.

"Oh, saya Danial Wazal." Katanya lagi. Kemudian dia memandang ke arah ummi. "Ummi, Danial pergi dulu lah, ya! Assalamualaikum. Kirim salam dekat abah tau." Katanya lagi lalu terus pergi ke lot parkir kereta VVIP AND VIP. Aku terus masuk ke dalam kereta. Yes. Dia dah pergi. Aku dah lapar ni. Penat sangat. Sehari tak makan. Kereta ummi pun terus bergerak meninggalkan company ni.

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang