RANIA memberikan mug berisi kopi kepada Danial setelah dia selesai membancuh. Ini bukan kopi 3 in 1 ya. Si Danial ni cerewet betul. Mula-mula Rania buatkan dia kopi 3 in 1, dia dah tahu yang kopi Rania buatkan ni 3 in 1 punya.
Katanya, kopi 3 in 1 ni bukan taste dia. Dia takkan minum. Cerewet betul. Kali kedua pulak Rania buatkan kopi tempatan. Entah macam mana boleh ada dekat pantri tu pun tak tahu la. Hebat betul si Danial ni sampai boleh tahu yang kopi Rania buat ni kopi tempatan dan senang sangat nak bancuh.
Memang Danial bising la. Yang kali ni, terus Danial senyap. Dia hirup sekali je dah licin mug tu. Siap puji-puji lagi kopi yang Rania bancuhkan. Kau adaaa.
"Reti pun buat kopi. Ingatkan tak reti." Sinis Danial. Ish, rasa nak bagi pelempang je tau. Ini kerja yang melecehkan. Rania terpaksa berulang-alik turun naik dari tingkat 16 ke ground floor. Memenatkan sangat. Ini pun kopi Danial hampir sejuk sebab Rania berjalan lambat-lambat. Penat sangat la weh.
Rasa macam lari marathon je penatnya tu. Si Danial punya pasal la. Kopi dia je yang penting. Orang dah bagi kopi 3 in 1, bukan reti nak bersyukur.
Bukannya dekat tingkat 16 ni tak ada pantri. Ada okey. Cuma tak ada mesin bru kopi. Kalau nak bancuh kopi, haa kau kacau la sampai lebam. Kalau dekat pantri ground floor ada la. Itulah yang membuatkan kopi anda sedap dan sangat lazat. Kopi yang dibru segar is the best.
"Mesti la saya reti buat Encik Danial. Kalau tak reti, macam mana la setiap restoran nak maju." Rania mula menaikkan saham. Bukan selalu dapat naikkan saham di depan Danial. Selalu si Danial ni asyik nak merendahkan martabat Rania je.
Danial tersenyum sinis. "Dah la, ambik la mug ni. Pantang dipuji betul. Keluar dan basuh mug ni." Arah Danial. Amboi dia ni. Terus Rania mencapai mug yang terletak di tepi MacBook Apple Danial. Terus dia menoleh dan berjalan laju. Makin berleluasa aku tengok. Rungut Rania.
"I can hear you." Kata Danial. Padahal dia tak dengar pun apa yang Rania cakapkan. Tapi dia rasa memang Rania akan merungut. Tu yang dia selamba cakap je.
******
"RANIA, I tengok bos dengan you tu bukan main ya. I rasa kan yang bos tu su..."
"Ish, apa la yang you merepek ni Jane. You ni takde kerja eh. Oh, you makan gaji buta ya. I report dekat bos." Sengaja Rania menukar topik perbualan. Nak tutup mulut Jane. Entah nanti apa pulak yang dia merapu.
"Eh, ada. I lupa nak bagi kopi dekat Encik Firash. Nanti bising pulak dia tu. Dia tu serious orangnya. Kalau sekali buat silap, habis la. Kalau you tengok dia, memang you tak boleh nak baca diri dia. Susah nak tahu personaliti dia." Kata Jane sebelum berlalu pergi.
Rania tidak ada kerja langsung sekarang ni. Dia tak tahu nak buat apa. Si Mia dengan Amir sibuk uruskan sesuatu. Juliana pulak entah lesap ke mana. Takde pulak dia nak khabarkan dekat Rania.
Rania terus memakai earphone sambil mendengar lagu yang didownloadnya kelmarin. Semalam sibuk sampai tak dapat nak download lagu.
"Ikut aku sekarang." Hanya itu yang diucap Danial ketika melalui meja Rania.
Danial tidak melihat respons daripada Rania, terus dia mengetuk meja Rania pula. Terus Rania tersedar dari lamunannya. Terus dia menutup lagu dan menanggalkan earphone.
"Ada apa encik?" Soal Rania semula. Maklumlah. Orang tengah blur.
Danial mendengus. "Ikut aku sekarang." Danial mengulang semula lalu melangkah.
Ikut dia? Pergi mana? Rania tertanya-tanya, namun dia bangun juga dari duduknya. Pantas kaki melangkah mengejar Danial yang dah jauh.
Huh. Tahulah kaki tu sama panjang macam galah. Kalau ya pun, kurangkan la kelajuan tu. Lumba jalan paling laju ke apa? Sempat Rania merugut.
Rania pelik bila melihat Danial menuju ke arah lif. Namun diikut juga menuju ke lif.
"Kita nak pergi mana, Encik Danial?" Soal Rania. Ingatkan si Danial ni nak minta dia tunjukkan macam mana cara nak buat kopi. Takde la dia suruh Rania buatkan kopi lagi sekali untuk dia.
"Ikut je la. Tak payah banyak mulut la." Bukannya reti nak jawab pertanyaan Rania.
"Saya perlu tahu jugak kita nak ke mana." Rania cuba menjawab dengan baik. Sekali lagi kemukakan soalan yang sama untuk orang yang tak faham bahasa melayu ni. Malas nak lancarkan perang.
"Keluar? Tapi dah dekat waktu lunch hour." Rania tak puas hati. Danial ni dari tadi nak arahkan dia aje. Siapa la tak geram weh.
"Kerja ke atau lunch kau yang lebih penting?" Haih, soalan kbat ni. Macam mana Rania nak jawab kalau macam ni.
Nanti kalau lepaskan lunch, kebulur pulak dia. Dah la pagi tadi sempat minum milo. Dekat pantri pulak kehabisan biskut, roti dan jem.
Nanti kalau tak pilih kerja, dia ingat Rania ni jenis yang campur adukkan kerja dengan peribadi pulak. Susah dapat bos perangai pelik macam ni. Tak pasal-pasal meletus pulak perang mulut.
"Mesti la lunch saya." Jawab Rania selamba. Dia berpeluk tubuh. Muka dia langsung tak beriak.
Danial dah memandang Rania tajam. Rania hanya mengetap gigi. Tak berani nak melawan. Datang pulak idea dia.
"Nanti kalau saya tak lunch, tiba-tiba je gastrik. Encik nak tanggung ke kalau staf encik ni sakit semasa dengan encik. Tiba-tiba je encik dapat surat saman. Saya dah la tak breakfast pagi tadi." Entah dari mana kekuatan nak menjawab tu pun tak tahu la.
Terus Danial tersenyum sinis. Dia terus melangkah ke parkir VIP. Rania hanya mengikut.
"Kita nak pergi mana?" Soal Rania lagi. Ni dah kali ketiga dia tanya.
"Lawat project site."
Hah? Biar betul mamat ni nak bawak aku lawat project site. Rania pandang Danial pelik. Gila la mamat ni. Betul ke dia ni Danial. Kau siapa haa? Dah la aku berkasut tumit tinggi. Takde sneakers pulak tu. Aku mana ada sparekan dekat pejabat ni.
"Yang kau pandang aku macam tu dah kenapa?" Danial pandang Rania. Rania mengangjat muka.
"Saya pakai high heels la encik." Kata Rania. Nanti kalau kaki tersadung dekat tapak projek macam mana. Tak ke naya tu. Cedera parah pulak tak pasal-pasal.
Baru kerja dah masuk hospital pulak nanti. Aduhai nasib.
★★★

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...