BAB 63

20.5K 757 38
                                    

KETIKA sibuk berbincang, sempat juga Amir dan Mia bergosip. Rania sekadar menadah telinga mendengar. Kalau ada hal yang kelakar, dia cuma gelak je.

Tapi dia tengok, Mia dan Amir ni memang cocok la. Gurau sama-sama. Gosip sama-sama. Gaduh pun sama-sama. Hadeh. Pendek kata memang sweet lah. Tak macam dia dan Danial.

"Eh, Mia. Kau ulang balik apa yang aku cakap tadi." Arah Amir, marah apabila melihat Mia tidak mencatat apa yang dikatakannya tadi. Buat penat je dia terangkan panjang lebar, satu apa pun Mia tak tulis.

Giginya yang tersusun rapi ditayangkan. Mia tak salin apa pun dari tadi. Dia sibuk layan handphone senyap-senyap. Amir datang menghampiri Mia.

Telinganya yang dilindung dek tudung ditarik oleh Amir. Mia jadi geram. Lengan Amir yang berotot dicubit. Rania tergelak kecil melihat adegan tersebut.

Ini ke yang orang kata gaduh-gaduh sayang. Tapi Amir dan Mia bukannya bercinta. Adeh. Apa la yang aku merepek ni.

Tiba-tiba Samsungku berbunyi tanda mesej masuk. Kalau bukan ahli keluarga, celcom la tu. Celcom ni terhegeh-hegeh betul la. Orang tak layan, masih nak terhegeh-hegeh.

Tapi jangkaan Rania meleset seratus peratus. Bukannya Celcom yang mesej. Danial rupanya yang mesej. Aih. Sia-sia je dia mengutuk Celcom tadi.

I love the feeling I get when I see your smile. -Bos Pelik-

Dahi Rania berkerut serta-merta. Senyumannya mati terus. Ayat mana dia ciplak ni. Mula la lehernya dipanjangkan. Nak cari kelibat Danial punya pasal. Kiri kanan dia pandang. Lantak la rakan sekerja yang lain nak tegur ke nak gosip ke nak kutuk ke. Terserah.

Rania berdecit.

Usha aku dari tadi rupanya.

Mana si Danial ni. Tak nampak pun. Sekali lagi telefonnya berbunyi tanda mesej masuk. Terus mata yang sibuk mencari susuk tubuh Danial jatuh menghadap telefon.

Kau cari aku eh. -Bos Pelik-

Rania mencebik. Entah kenapa, dia rasa macam Danial tengah bercakap dengan angkuh menerusi mesej ni. Menyampah Rania dibuatnya.

Sekali lagi telefonnya berbunyi. Danial lagi yang mesej. Menyampah mana pun, mata dia tetap juga membaca mesej yang tertera.

Kemas barang kau. Lunch dgn aku hari ni. -Bos Pelik-

Rania memandang Mia dan Amir yang masih sibuk bergaduh. Jam yang terpampang di skrin telefon dipandang. Haah la. Dah waktu lunch.

Serta-merta Rania bangun dari duduknya. Terus pergaduhan antara Mia dan Amir terhenti. "Dah lunch hour. Saya keluar lunch dulu lah ye." Kata Rania bersahaja lalu mengemaskan barang-barangnya.

Mia memandang Rania yang sudah melangkah pergi. Dikerjanya Rania yang dah pun berada di hadapan lif. "Lunch dengan saya la Raisya." Ujar Mia yang turut sama berdiri di sebelahnya.

Rania mengetap bibir. Danial ajak lunch. Mia pun ajak lunch. Hm. "Mia, hari ni tak boleh la. Saya lunch dengan abang saya." Auta Rania.

Abang dia konon. Sah-sah la si Ryan tu sibuk gila dekat hospital. Takkan dari Putrajaya nak lunch dekat KL. Pelik. Pelik.

Dia pun pelik. Kenapa dia sanggup nak tipu Mia padahal dia lunch dengan Danial. Mengaku je la. Apa salahnya kan. Haih. Kau ni Rania.

Mia menunduk. Nampak sangat wajah ceria dia berubah kecewa. "Takpe la kalau macam tu." Mia terus berlalu masuk semula ke dalam bilik mesyuarat.

Hek eleh. Pergi ke arah Rania sebab nak ajak lunch je rupanya. Rania dan Danial lunch di restoran yang selalu Danial kunjungi selain restoran abah Rania.

Mr. Charming [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang