MEREKA meneliti IC Amsyar. Berkali-kali mereka desak. Baru la Amsyar serahkan IC dia. Kalau tak didesak, takdenya Amsyar nak serahkan. Banyak kali juga mereka melihat IC Amsyar.
IC dan wajah Amsyar dipandang silih berganti. Amsyar ni memang adik mereka. Tak terkata betapa terkejutnya mereka berdua. Mereka berbincang dengan Ryan untuk membawa Amsyar pulang.
Ryan benarkan. Dia percaya yang Amsyar ni adik Raiyan dan Danial kerana dia pun ada meneliti juga IC mereka. "Mesti ibu terkejut sangat, kan." Raiyan mengangguk. Bersetuju dengan adiknya.
Siap main rock-paper-scissor lagi sebab nak tentukan Amsyar naik kereta dengan siapa. Adik bongsu, adik kesayangan tu. Siapa la tak sayang.
Seperti yang mereka jangka, memang Datin Daniya dan Dato' Danial Tyler terkejut besar. Anak bongsu kesayangan yang mereka sangka sudah mati tiba-tiba muncul.
Menangis-nangis Datin Daniya kerana terharu. Dato' Danial Tyler dalam hati ada taman. Takde la nak menangis-nangis macam isteri dia.
Amsyar ada la ingat sikit-sikit. Datin Daniya dah tahu yang Amsyar hilang ingatan. Jadi, Datin Daniya pun tunjuk la macam-macam yang mungkin boleh bagi memori anak bongsu dia kembali.
Dua hari Raiyan dan Danial tidak masuk ke pejabat. Excited la tu dah jumpa adik mereka semula.
Empat hari kemudian...
TERKEJUT Rania apabila ternampak seorang hamba Allah yang sedang duduk bersantai di lobi. Dia masuk ke pejabat pun ikut pintu yang dekat dengan lif. Memang figura seorang lelaki yang dia amat kenali. Amat? Lah sangat.
Baru je kenal sebenarnya. Danial Amsyar yang baru perasan kehadiran Rania terus bangun dari duduknya. Tersenyum senyum dia melihat Rania. Cantik sangat kut 😂.
"Lama tak jumpa Rania." Rania tersenyum nipis. Tambah anggukan sedikit.
"Amsyar, sihat?" Danial Amsyar mengangguk. He's so handsome when he's smiling. Rania berkata di dalam hati. Tak tahu bagaimana nak kata, memang adik-beradik Danial semuanya handsome.
Amsyar menunduk. Senyum-senyum je dari tadi. Nak matikan senyuman manis dia la tu. Kemudian dia mengangkat kepala semula. "Jom ikut saya."
Rania mengerutkan dahinya. Dia baru je masuk kerja. Punch card pun belum lagi dah diajak keluar pula. Baru teringat yang dia belum punch card. Sibuk sangat melayan Amsyar tadi.
Habis la. Buatnya ada nombor yang tertulis dengan warna merah dekat kad dia. Jam ditilik. Fuh. Sempat lagi ni. "Ikut? Hm, sekejap ya." Rania terus menuju ke kaunter pertanyaan untuk punch card.
Amsyar hanya memerhati. Selesai punch card, Rania mendapatkan Amsyar semula. "Dah? Jom, ikut saya." Rania mengetap bibir. Nak ikut ke tak nak ikut ya.
"Saya ada kerja la. Baru je masuk kerja, dah nak kena keluar. Baik saya tak payah masuk kerja je." Rania mengeluh.
Amsyar menggigit bibir bawahnya. Tapi dia baru je nak bawa Rania keluar. Jalan-jalan ke, kalau boleh.
Amsyar membuat muka. Mulakan lakonan, Amsyar. Dengan muka sedih pulak tu, minta simpati daripada Rania sedikit. "Boleh la."
Rania menyilangkan tangannya. Kemudian dia menggeleng. "Saya dah kata dekat Along. Oopps, I mean Raiyan. Untuk bawa awak keluar." Memujuk nampaknya si Amsyar ni.
Rania menjongket kening. "And?" Nak tahu juga apa jawapan yang diberikan oleh Raiyan.
Amsyar memandang lantai. "And?" Rania mengulang soalannya. Amsyar tak faham kut maksud di sebalik ayatnya. Rania tersenyum kecil.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Charming [C]
RomanceScenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read tu xD hahahahaha tu je. Apa yg payah nya xD Highest Ranking [#3 in Romance] Wonderful Cover cr...