Bab 2

8.6K 229 18
                                    


-Author Pov-

"Woww anak ibu nampak smart lah pakai uniform sekolah menengah ni" puji Datin Nora sambil menghulurkan secawan milo panas kepada anak bujangnya yang sorang itu . Siapa lagi kalau bukan Aashraf.

"Ishh manada bu.. Biasa-biasa je.." Aashraf menyambut huluran tersebut dengan tersipu malu saat dipuji oleh ibundanya yang tercinta. Aashraf memang macam tu.  Pantang kena puji sikit mula lah hidungnya jadi kembang seluas alam.

"Ha'ah yelah. Dah besar anak ayah yang sorang ni. Tak sangka dah masuk Form 1." kata sang ayah yang sedang makan mee goreng yang dimasak oleh isterinya yang tercinta.

Zafran bersama 2 adik perempuannya hanya memandang saja 3 beranak itu.  Langsung tidak ada niat untuk menyampuk.  Mereka malah fokus pada rezeki yang terhidang dihadapan mata mereka.

"Umur dah meningkat, tinggi badan abang bila nak meningkat pula?" sampuk zaquan tiba-tiba bersama dengan sengihannya.

"Ayah tengok along ni! Nak pertikaikan ketinggian badan abang pula. Tau lah diri tu tinggi tak payah lah berlagak" Aashraf buat-buat merajuk untuk menagih simpati pada ayahnya

"Bukan nak berlagak.  Abang pun nampak sendirikan kalau Along dengan Angah memang tinggi. Abang sorang je yang pelik sikit dari kitaorang" semua penghuni yang berada di meja makan itu tergelak mendengar kata-kata zaquan.

Sifat zaquan ni tidaklah segarang atau sedingin seperti apa yang diperkatakan oleh Aashraf sebelum ni. Ada masa-masanya saja dia akan 'act like a big brother in this house' pada adik-beradiknya. Mungkin kerana wajahnya yang bengis itu membuatkan adik-adiknya sentiasa fikir Along mereka ni garang.

"Dah lah jom gerak pergi sekolah sekarang.  Lambat nanti" Aashraf mula bangun dari duduknya , berkira-kira untuk meninggalkan ruangan makan tersebut

"Lahh merajuk ke?" soal Zaquan kepada Aashraf

"Mana ada."

"Habistu nak cepat-cepat pergi sekolah apesal?"

"Abang kan pelajar berdisiplin bukan macam Along.  Namanya je pengawas sekolah tapi hmm.."

"Jangan fitnah k.."

"Dah-dah.. Abang makanlah dulu.. Takkan minum milo je?"

"Takpelah bu.. kalau abang makan kat rumah nanti kenyang, nanti tak dapat rasa makanan kat kantin huhuhu"

"Pulak dahh.. Ok lah kalau macam tu. Belajar rajin-rajin"

"Iye bu.. Dah Along, Angah jom cepat. Nanti lambat" Aashraf berlalu dari ruang makan tersebut setelah habis berbicara.

"Budak pendek ni tak tau menyabar betul lah!" Marah Zaquan kemudian lelaki itu bingkas bangun dan mencuci tangannya di dapur lalu mengambil begnya dan menyalam tangan ibunya diikuti oleh Zafran.

Setelah itu ketiga beradik itu pun pergi kesekolah bersama dengan ayah mereka kerana jalan untuk ke hotel Tengku Aqil sejalan dengan sekolah anak-anak bujangnya, jadi disebabkan itu dia akan sentiasa menghantar anak-anak bujangnya ke sekolah. Cuma kalau waktu balik tu tidaklah kerana sibuk dengan kerja di hotelnya.  Jadi anak-anak bujang Tengku Aqil akan pulang dengan drivernya, mnakala 2 orang puterinya lagi pergi kesekolah bersama drivernya yang seorang lagi. Mereka tu masih sekolah rendah.

.
.

"Ok dah sampai" Tengku Aqil memberhentikan keretan Mercedez Benz C-classnya tepat-tepat dihadapan sekolah anaknya.

"Abang betul ke nak uruskan pendaftaran abang sendiri?" Tengku Aqil menanya kepada anak terunanya yang seorang itu yang duduk disebelahnya. Bukannya apa,  risau dia melihat anaknya yang baru hendak masuk form 1 itu nak daftar sendiri.  Katanya tak nak menyusahkan mak bapak.

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang