3 bulan telah berlalu dan aku macam tak sangka hari-hari aku disekolah berjalan seperti biasa. Tiada masalah lagi seperti sebelum-sebelum ini. Banyak perkara telah berlaku sejak kejadian aku dan Zach bergaduh haritu.
Salah satunya yang paling aku suka adalah dia dah tak ganggu aku lagi. Yeapppyy!!
Tapi aku pelik juga lah. Takkan dia kalah macam tu je. Ni mesti ada yang tak kena. Lagi satu, kami kalau terserempak di sekolah pun masing-masing buat bodoh. Seperti tidak pernah ada apa yang berlaku diantara kami berdua sebelum ni. Tapi perkara macam ni memang jarang gila berlaku.
Pernah juga lah kami bergaduh teruk setiap kali kalau kitaorang berjumpa. Tapi tak ada lah teruk mana pun. Setakat bertikam lidah dan memaki hamun itu je. Tak ada lah sampai nak angkat tangan seperti kes dekat tempat parking lot student hari tu. Selalu yang meleraikan pergaduhan antara aku dan Zach tu, kalau bukan Amber, si gang Zach tu. Tapi yang peliknya lagi, sehabis sahaja pergaduhan kitaorang dileraikan, tak ada pula dia nak datang kat aku cari pasal ke apa. Aku pun kadang-kadang sampai terfikir dia tu betul-betul dah tak berdendam ke dengan aku?
Alahh Aashraf yang kau sibuk fikir pasal dia kenapa?
Tak dek lah.. Cuma..
Cuma apa? Rindu cakap je. Tak payah nak sembunyi.
Manada lah!! Hisshh malas aku fikir benda ni lagi dah.. Serabut kepala otak je!
Tau pun.
Aku ni tak habis-habis cakap dengan perasaan aku je kalau fikirkan pasal Zach tu. Tapi seronok juga kalau cakap dengan perasaan sendiri. Seolah-olah diri ini serasa difahami oleh seseorang. Buwekk! Apa yang aku merepek ni.
Ok back to the story, hubungan aku dengan Galang pun menjadi rapat since aku jadi guru drummer dia. Ternyata sangkaan aku terhadap senior aku tu pun salah. Nak tau apa sangkaan aku pada dirinya? Aku ingatkan dia akan buli aku jugak. Tak pun nak jerat aku untuk masuk ke dalam perangkap Zach. Ternyata mana ada semua tu. Aku ni je berkhayal lebih.
Lagipun selama 3 bulan aku datang ke rumahnya untuk ajar dia main drum, aku tak pernah pulak nampak Zach ada kat rumahnya untuk lepak-lepak ke apa. Dulu waktu awal-awal aku ajar dia main drum ada lah juga Amber temankan aku dirumah Galang tu tapi setelah itu dah tak ada dah. Dia sibuk dengan hal dia aku pun sibuk dengan hal aku. Lagipun hari final untuk competition musical sekolah kami dah nak dekat dah so, memang sibuklah aku nak ajar Galang ni. Tapi nasiblah dia cepat belajar. Dan Alhamdulillah lah Galang tak pernah ambil kesempatan terhadap diri aku yang kecil lagikan lemah ini untuk pemuas nafsu dia. Astagfirullah apa yang aku merepek ni lagi, Ya Allah.
Sejak aku lihat adengan Galang dan Zach berciuman di bilik muzik haritu, aku memang dah doubt dia pun sejenis macam Zach. Songsang. Sebab tu aku berani cakap yang tadi tu. Tapi hati aku masih rasa sedih kalau mengingat kembali kejadian mereka berdua haritu. Macam sekarang ni. Hiks..
Hubungan aku dengan Daniaelle pun bertambah rapat. Masih ingat Daniaelle? Alaahh lelaki yang tiba-tiba kiss pipi aku time aku tunggu Pak Samad datang jemput aku dan Along balik. Dia tu baik gila. Kalau keluar pergi makan ke, atau jalan-jalan ke, dia yang belanja aku. Terasa diri ini istimewa pulak di mata dia.
Tapi kadang-kadang aku rasa serba salah jugak sebab asyik dia je yang belanja aku itu ini. Sekali sekala aku nak juga belanja dia tapi dia tak bagi. Alasan sebab dia lagi tua dari aku so dia rasa bertanggungjawab lah kiranya. Alahh Lantaklah yang habis duit dia, bukan duit aku. Jahat betul aku ni.
Sekarang ni pun aku tengah siap-siap sebab nak pergi keluar dengan Daniaelle tu. Katanya dia nak bawak aku kat tempat favouritenya. Tak tau lah kat mana.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔
Teen FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! -Aashraf- Dia melipat kembali sepucuk surat pemberian daripada lelaki itu. Sejurus dengan itu air matanya mengalir dengan begitu deras buat kesekian kalinya. Hatinya benar-benar rapuh setiap kali membaca...