Bab 26

5.2K 189 14
                                    

-Tanah perkuburan kristian-

Orang-orang yang berada di tanah perkuburan tersebut beransur-ansur pulang ke rumah masing-masing. Tidak terkecuali dengan keluarga Alan. Walaupun mereka sedih atas kematian salah satu ahli Keluarga mereka, namun mereka harus terima juga dengan apa yang telah berlaku. Lagipula, polis masih lagi mencari-cari pembunuh yang telah membunuh kedua lelaki itu.

Seorang lelaki berkemeja hitam, berseluar hitam, atau senang cakap berpakaian full black itu masih tidak berganjak dari kubur Alan. Dia masih lagi leka memandang kubur lelaki itu . Siapa lagi kalau tak lain dan tak bukan adalah Daniaelle.

"Be strong" kata Jazz kepada Daniaelle sambil menepuk bahu lelaki itu dan berlalu pergi meninggalkan tanah perkuburan tersebut.

"Tabah bro" kata Ridhwan pula.

"Yeahh.. You kena terima perkara ini. Kami juga turut bersedih atas kematian mereka" Kelly mengusap lembut bahu Daniaelle dan berlalu dari situ diikuti oleh Ridhwan.

Daniaelle tidak Peduli akan kata-kata dari rakan sekelasnya itu. Dia masih fokus memandang nama Alan yang tertera pada batu tersebut. Semua orang mungkin akan berfikir bahawa Daniaelle sedang melayan perasaannya atas kematian Haiman dan Alan disebabkan semua orang sangka bahawa mereka bertiga adalah kawan baik. Tetapi tidak bagi Daniaelle. Lelaki itu sedang mengelamun memikirkan bagaimana dia hendak berhadapan dengan Aashraf. Dia sangat malu pada Aashraf kerana Alan dan Haiman telah menconteng arang dimukanya.

Suasana di tanah perkuburan kristian tersebut telah menjadi sunyi sepi. Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang mendung menampakkan lagi suasana yang suram ditanah perkuburan tersebut. Namun begitu, Daniaelle masih tidak berganjak dari tempatnya.

"Daniaelle.." panggil seseorang.

Daniaelle tersedar dari lamunan saat mendengar suara tersebut. Dia mengukir sebuah senyuman mendengar suara itu. Suara itu amat dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan Aashraf.

Daniaelle memusingkan badannya kebelakang untuk melihat Aashraf. Saat itu senyumannya mati apabila melihat seseorang yang berada disebelah Aashraf sekali.

"Kau buat apa kat sini?" soal Daniaelle kepada lelaki yang berada disebelah Aashraf iaitu Zach.

"Kalau kau datang sini nak ketawakan aku baik kau berambus dari sini!" sambung Daniaelle lagi.

"Siapa yang nak ketawakan kau? Kau je yang berfikiran macam tu" balas Zach dengan tenang lagikan dingin.

"Bukan kau memang tunggu saat-saat ni ke? Saat dimana kejatuhan aku? Seperti sekarang."

"Kau cakap apa ni? Kejatuhan? Stop pretending to hide something. Kau ingat aku tak tau? Kau yang bunuh Alan dan Haiman kan?" Aashraf yg berada di sisi Zach terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Pria jangkung itu.

"Kau cakap jangan serupa bangsat, anjing! Kau cakap macam ni sebab kau nak tutup kesalahan kau kan? Kesalahan di mana kau yang membunuh Nadem!!" Daniaelle mula naik angin. Bukan naik angin kerana takut rahsianya terbongkar. Tapi cuba untuk buat orang disekelilingnya tidak salah sangka padanya.

Telinga Zach berdesing saat mendengar tuduhan yang keluar dari mulut Daniaelle itu. Zach cuba bersabar untuk tidak memperbesarkan masalah. Ikutkan hatinya, ingin saja dia menumbuk muka Daniaelle yang bermulut lancang itu. Namun otak warasnya masih lagi berfungsi. Dia sedar bahawa sekarang mereka berada di tempat mana. Tidak manis jika mereka bergaduh ditempat seperti ini.

Aashraf memandang pelik kearah kedua lelaki yang berada dihadapan dan disisinya. Dia terkejut juga dengan apa yang baru saja Daniaelle katakan tadi kepada Zach.

"Kalau betul aku yang bunuh Nadem mana buktinya? Kau tunjuk sekarang kat aku!" cabar Zach kepada Daniaelle. Matanya tajam memandang anak mata Daniaelle. Dia berasa sangat sakit hati.

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang