-Author Pov-
New York
9:30 malam.
Keadaan di dalam rumah Galang pada malam ini sungguh tenang dan damai. Aku cakap macam ni sebab sebelum-sebelum ini mau seperti kiamat keadaan dalam rumah tu bila kelima manusia disitu berkumpul dalam satu rumah. huru-hara lah senang cerita. Ada je yang nak didajal oleh mereka antara satu sama lain😂
Tapi malam ini masing-masing buat hal sendiri. Sam dan Galang terpaksa pulang lewat malam untuk menyiapkan assignment mereka di rumah rakan-rakan mereka.
Zach pula sedang mengurungkan dirinya di dalam bilik untuk lebih concentrate pada assigment yang harus disiapkannya setelah ditangguh-tangguh sejak kebelakangan ini. Haa.. tu lah bahananya(balasannya) kalau asyik tangguh kerja je Zach..😂😂
Manakala Amber pula sedang menonton movie Happy Death Day di ruang tamu sambil makan kacang yang ditemani oleh Aashraf yang duduk tidak jauh dari tempatnya. Lelaki manis itu malah lebih khusyuk melayan handphonenya sambil menggigit-gigit jari dan membuat pelbagai reaksi wajah apabila melihat skrin handphonenya. Hoi Aashraf kau tengok apa hah?😈😈
Pada ketika ini masing-masing sedang fokus dengan kegiatan masing-masing.
Selang beberapa minit, Zach keluar dari biliknya untuk pergi kedapur membuat kopi bagi menghilangkan rasa mengantuk yang menguasai dirinya ketika ini.
Sedang Zach berjalan melintasi ruang tamu untuk pergi ke dapur, tiba-tiba namanya dipanggil oleh kesayangannya😳
"errmm Zach.." panggil Aashraf membuatkan langkah pria jangkung itu automatik berhenti. Amber yang sedang fokus menonton movie Happy Death day itu, sekali sekala memandang 2 ekor manusia disitu.
"ye sayang ada apa?" soal Zach pada lelaki manis itu.
"I nak tanya..lelaki boleh mengandung ea?"
"HAHH!!??" kata Zach dan Amber secara serentak apabila mendengar soalan maut dari Aashraf itu.
Zach yang pada ketika itu sedang mengantuk sudah mulai segar semula matanya apabila soalan tadi meluncur dari mulut lelaki manis itu. Manakala Amber pula yang sedang fokus melihat scene pembunuhan yang akan berlaku dalam movie tersebut, terus hilang fokusnya apabila telinganya dapat menangkap pertanyaan cerdik pandai Aashraf itu.😂
"err.." mata Zach memandang kearah Amber seraya meminta pertolongan kepada gadis itu bagi menjawab soalan Aashraf itu tadi disebabkan dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan kesayangannya itu.
Amber yang seakan mengerti dengan cara pandangan mata Zach itu hanya menggelengkan saja kepalanya memberi maksud bahawa dia juga tidak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan lelaki manis itu.
"ye..ye..?" Kata Aashraf sambil mengangkat-angkat keningnya dan mempamerkan wajah tidak bersalah.
"Ermm.. Asal kau tak search internet je, Syaf?" soal Amber secara tiba-tiba membuatkan Aashraf mengalihkan pandangannya pada gadis tomboy itu.
"Awak jangan lah fikir aku ni bodoh sampai ke tahap gitu..Sebelum aku nak tanya soalan ni pun aku ada buat research juga.. Tapi masalahnya aku tak puas hati dengan apa yang aku baca dalam internet tadi" jelas lelaki manis itu panjang lebar.
"ouhh jadi yang kau dok sibuk gigit-gigit jari dan buat pelbagai reaksi muka tu disebabkan kau tengah buat research tentang male pregnant lah?"
"iyelahh.. awak ingat aku tengok apa? porno?😒"
"yelah manalah tau.. kau pun mana boleh percaya bila dah satu bilik dengan Zach" kata Amber dalam nada selamba badaknya.
"eh gampangnya lah budak ni..😑😑"
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔
Teen FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! -Aashraf- Dia melipat kembali sepucuk surat pemberian daripada lelaki itu. Sejurus dengan itu air matanya mengalir dengan begitu deras buat kesekian kalinya. Hatinya benar-benar rapuh setiap kali membaca...