-Author Pov-
Zaquan sedang menunggu seseorang disebuah restoran yang tidak jauh dari jarak rumahnya. Keadaan dalam restoran tersebut sungguh lengang walaupun jam baru menunjukkan pukul 10:35 malam. Walau bagaimanapun, lelaki itu suka akan suasana seperti itu. Sunyi sepi dan tak terlalu ramai orang.
"Sorry i'm late" kata orang itu kepada Zaquan yang sedang leka menatap layar Ipadnya.
"Its ok. Have a sit" lelaki itu melabuhkan punggungnya setelah dipersilakan duduk oleh Zaquan.
Seorang pelayan datang mengambil order mereka dan setelah itu berlalu dari situ.
"you know the reason why i want to meet you tonight, Zach?" kata Zaquan seraya memecah kesunyian antara mereka berdua. lelaki yang dipanggil Zach itu hanya mengangguk kepalanya.
"Aku tahu.. Pasal Aashraf, kan?" Zaquan melemparkan senyuman hambarnya kearah pria jangkung itu kerana tekaannya tepat sekali.
Lagipula bukannya Zach tidak tahu mengapa Zaquan tiba-tiba mahu berjumpa dengannya. Mesti disebabkan Aashraf, adiknya. Kalau tidak apa lagi? Selama ini mereka berdua mana pernah berjumpa dan makan bersama. Selalu sibuk dengan hal masing-masing. Di sekolah tadi sebelum mereka pulang, Zaquan datang kearah Zach dan mengatakan bahawa dia ingin berjumpa dengan lelaki itu malam ini di Restoran Habibi. Dan ye,Sekarang lah masanya.
"Firstly, saya nak minta maaf sebab bertindak rude pada anda siang tadi" Zaquan memandang wajah Zach seraya menunggu respond dari lelaki itu.
"Its ok. Memang patut pun kau buat macam tu sebab nak protect adik kau" Zach terpaksa menyimpan hasratnya untuk berkata perkara yang sebenar. Ikutkan hatinya ingin saja dia memaki hamun pada Zaquan tentang Aashraf tapi dia tak tergamak pula. Sayang kat Zaquan lah katakan..
"Sebenarnya apa masalah anda dengan adik saya?" Zach hanya membiarkan pertanyaan Zaquan tergantung begitu dahulu kerana pelayan restoran itu menghantar makanan dan minuman yang mereka pesan tadi. Setelah pelayan tersebut berlalu dari situ, mereka pun menyambung perbualan yang tergantung tadi.
"Kau tau tak yang adik kau tu dah ganggu kerja aku?"
"Memangnya dia ganggu apa?"
"Ada lah takkan aku nak bagitau kau"
"Kalau macam tu maafkan saja dia. Dia kan baru masuk tahun ni. Mana tau semua tu"
"Heh! senanglah kau cakap." Zach hanya tersengih mendengar ucapan Zaquan tadi.
"Aku nak minta maaf." Zach mempamerkan wajah peliknya saat Zaquan tiba-tiba meminta maaf pada dirinya. Bahasa lelaki itu juga sudah berubah daripada bahasa formal kepada bahasa pergaulan.
"Sebab?"
"Sebab Aashraf. Aku nak minta maaf dari pihak Aashraf. Kalau dia ada salah apa-apa dekat kau maafkan lah dia. Aku tak nak dia ada apa-apa masalah dekat sekolah"
"Kenapa kau yang beria minta maaf. Lagipun kalau dia ada masalah sekalipun dia boleh handle sendiri kan. Dia bukannya budak kecik lagi"
"Aku ni abang dia. Takkan aku nak berdiam diri je. Walaupun perangai dia tu tak seberapa nak semenggah, aku sebagai abang dia tetap nak tengok yang terbaik untuk dia. Aku harap kau tak payahlah ganggu dia. kalau nak berkawan tu tak ada masalah lah." Zach terdiam seketika. Dia tidak menyangka bahawa Zaquan seorang abang yang sangat bertanggungjawab terhadap adik-adiknya. Hatinya tersentuh mendengar kata-kata lelaki itu tadi. Walaupun Zach anak tunggal, namun dia dapat merasakan betapa dalamnya kasih sayang lelaki tersebut terhadap adik beradiknya.
"Actually Aashraf tak ada salah apa pun dekat aku. Cuma tu lah aku ni jenis yang pantang kalau ada orang kacau kerja aku. Kau tak payah lah minta maaf bagai bagi pihak dia. Pasal budak kecik tu lupakan je lah. Aku takkan ganggu dia. Buang yang keruh ambil yang jernih." Zaquan ketawa mndengar kata-kata terakhir dari Zach itu. Sekali lagi pria jangkung itu memandang lawan bicaranya dengan pandangan pelik.
"Kenapa? Apa yang kelakar?" Zach megerutkan keningnya.
"Kau panggil Aashraf budak kecik jugak ke? Kelakar.. " Zaquan terus ketawa. Dia sangkakan hanya dirinya sorang sahaja yang memanggil lelaki manis itu dengan panggilan 'budak kecik', ternyata ada orang lain juga yang memanggil adiknya dengan panggilan sebegitu.
"Ok.. so apa yang kelakarnya?" Zach masih bingung kenapa Zaquan ketawa bukan main lagi.
"Because I also call him with that name." kali ni Zach pula ikut ketawa. Dia ketawa bukan kerana kata-kata Zaquan itu, tapi dek kerana terpesona melihat wajah tampan Zaquan yang tak henti-henti ketawa. Parah Zach ni..
Zaquan berhenti ketawa dan kembali fokus pada topik asal mereka.
"Tadi kau kata buang yang keruh ambil yang jernih kan?" soal Zaquan pada Zach. lelaki itu hanya mengangguk menjawab pertanyaan Zaquan.
"So kita bersahabat?" Zaquan menghulurkan tangan kananya untuk memulakan persahabatan dengan Zach. Dia boleh nampak disebalik diri Zach yang samseng itu, dia seorang yang baik dan mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Oleh disebabkan itu, Zaquan tidak teragak-agak untuk memulakan persahabatan dengan lelaki itu.
Zach hanya memandang kosong huluran tangan Zaquan itu tanpa ada niat untuk menyambut huluran tersebut. Fikirannya teringat akan sesuatu. Dia tidak mahu perkara yang lama berulang kembali.
"A.. Apa kata kita jadi kawan biasa saja? Aku tak nak ada apa-apa hubungan persahabatan antara kita." senyuman Zaquan mati. Tangan yang dihulurkannya tadi sudah kembali diletakkan di atas meja semula. Zaquan memandang wajah Zach seperti tidak percaya dengan kata-kata lelaki itu.
"Kenapa? Ada masalah ke?"
"Tak ada apa-apa. Cuma aku lebih selesa dengan hubungan sebagai kawan biasa saja"
"Ouh.. Ok.. Kita kawan"
Zach hanya tersenyum dan mengangguk menyetujui kata-kata Zaquan. Bukannya Zach tidak mahu menjalin hubungan persahabatan dengan Zaquan. Hanya saja dia belum sedia menerima orang baru di dalam hidupnya. Walaupun orang itu adalah Zaquan, crushnya.
"Aku kena balik sekarang. Kita jumpa kat sekolah nanti. K bye" Zach melangkahkan kakinya meninggalkan Zaquan setelah membayar bil makanan mereka.
Zaquan yang masih duduk ditempatnya hanya tersenyum kerana masalah adiknya telahpun selesai. Ternyata apa yang disangkakannya sungguh diluar jangkaan Zaquan. Dia sangkakan Zach seorang yang susah untuk dibawak berbincang dan ternyata tidak. Lelaki itu malah jenis yang bertolak ansur. Zaquan bangun dan meninggalkan Restoran Habibi itu untuk pulang.
.
."Sahabat selamanya?"
"Sahabat selamanya!"
"Tiada siapa yang boleh pisahkan kita"
"Ye. Hanya maut yang boleh pisahkan kita"
3 sahabat itu tersenyum kegembiraan dan peluk antara satu sama lain.
.
."Nadem.." Zach meracau-racau memanggil nama tersebut saat tidur.
"Maafkan aku Deem.." Tangan lelaki itu meramas-ramas selimut tidurnya.
"NADEEEEMMMMM!!!" Zach terbangun dari mimpinya. Wajahnya berpeluh. Jantungnya berdegup laju. Seluruh tubuhnya berpeluh walaupun suhu dalam biliknya dingin kerana aircond.
Zach melihat jam disisi katilnya.
3:00 a.m.
Zach mengusap wajahnya untuk mengenyahkan segala kekusutan dalam otaknya.
Dia mengeluarkan foto yang berbingkai perak dari dalam laci bersebelahan katilnya. Ditatapnya 3 orang lelaki yang tersenyum kegembiraan di dalam foto tersebut.
Dia sangat merindui saat-saat di dalam foto itu. Seandainya masa boleh diundur, pasti dia ingin kembali pada waktu itu. Lama Zach menatap wajah Daniaelle, Nadeem dan dirinya dalam foto tersebut yang berlatarkan pemandangan di tasik Titiwangsa. Tanpa Zach sedari, air mata lelakinya tumpah mengenai foto yang dipegangnya.
"I wish I could turn back the time.. I'm sorry.." Zach kembali sambung tidurnya sambil membawa foto tersebut kedalam dakapannya. Dipeluknya dengan begitu erat seperti tidak mahu dilepaskannya sampai bila-bila. Dia tidur bersama dengan linangan air mata yang masih mengalir di wajahnya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔
Fiksi RemajaWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! -Aashraf- Dia melipat kembali sepucuk surat pemberian daripada lelaki itu. Sejurus dengan itu air matanya mengalir dengan begitu deras buat kesekian kalinya. Hatinya benar-benar rapuh setiap kali membaca...