Bab 23

5.6K 185 16
                                    

-Zach Pov-

"Ibu.!!" Aku lihat Aashraf memeluk ibunya saat kami telah sampai dirumah keluarganya. Aku tengok dia menangis dalam dakapan ahli keluarganya. Aku hanya tersenyum melihat keluarga bahagia dihadapanku ini.

Senyumanku mulai pudar apabila teringat sesuatu. Bila lah aku akan dapat merasai pelukan hangat dari Daddy dan Meh lagi. Otak aku terkenang memori 5 tahun dahulu.

Yang dulu tak sama macam yang sekarang. Meh dan Daddy bercerai kerana Daddy mengaku dirinya adalah bisexual. Daddy juga mengaku yang dia telah menjalin hubungan senyap-senyap di belakang Meh selama 2 tahun dengan seorang lelaki dari China.

Ketika itu aku baru berumur 12 tahun dan tak tau apa-apa tentang bisexual ini. Sehinggalah aku menginjak usia yang lebih dewasa dan membiarkan diri aku terjerumus dalam dunia songsang ini. Pada ketika itulah aku baru tau apa itu bisexual. Patut lah Meh anti gile pada kaum lgbt ni. kalau jumpa kaum seperti itu, Meh pasti akan menyumpah seranah orang seperti itu sampaikan aku sendiri pernah terasa dengan kata-katanya walaupun dia tujukan kepada orang lain. Tapi Meh tak pernah sedar kalau anaknya sendiri pun adalah salah satu dari kaum tersebut.

Walau apapun aku tak pernah membenci Daddyku kerana telah meninggalkan Meh. Aku juga tak pernah rasa jijik kerana mempunyai seorang ayah yang mengaku dirinya bisexual. Aku tau manusia tidak ada yang sempurna sebab tu aku terima Daddy seadanya. Lagipun Daddy tak pernah abaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah walaupun Daddy dan Meh telah berpisah. Itu adalah salah satu sebab yang membuatkan aku tetap sayang kepadanya..

Setiap kali aku balik ke German untuk menjenguknya, Daddy sentiasa menyambut kehadiranku dengan begitu gembira sekali bersama suaminya. Kenapa aku cakap begitu? Kerana Daddy aku telahpun bernikah dengan lelaki china yang aku katakan tadi. Mereka telah mendirikan rumah tangga selama 4 tahun. Tapi sayangnya aku tidak dapat hadir pada hari persandingan Daddy bersama suaminya kerana Meh tidak mengizinkan aku untuk pergi kesana. Katanya dia tidak mahu aku terikut jejak Daddy. Tapi sekarang aku .. Sudahlah.

"terima kasih banyak-banyak lah wehh sebab dah bawa adik aku balik ke pangkuan kami" Kata Zaquan sekaligus mengejutkan aku dari lamunanku tadi. Aku hanya tersenyum padanya.

"Uncle tak tau macam mana nak balas jasa baik Zach ni" Kata ayah mereka pula.

"takpalah uncle. sikit ja ni" Aku cuba menghilangkan rasa kekokku dihadapan mereka. kekok punya pasal sampai terkeluar bahasa sabah.

Aku lihat keluarga Aashraf tergelak sedikit. apa? apa yang kelakarnya? ah malas lah aku nak ambik tau.

"tak boleh macam tu. Kami rasa serba salah kalau tak balas budi kamu. tengoklah dahi kamu sampai kena balut tu. Risau aunty menengoknya" kata ibu mereka pula. Aku sedikit cair bila dengar ayat terakhir yang keluar dari mulut Mak Aashraf. seolah-olah prihatin dengan keadaanku.

"kalau macam gitu bagi Saya makan seja lah. Aku lapar sudah bah ni. dari tadi nda makan-makan.." Serius aku cakap aku memang lapar. bangun lambat pukul 9 pagi itupun Zaquan call aku berkali-kali tanya pasal adiknya. Bila bangun je aku tengok budak Aashraf tu pandang je aku dari atas katil. Bukan nak kejutkan aku. Tak guna betul. punya nak cepat hantar budak kecik tu balik ke pangkuan keluarganya sampai-sampai aku tak sempat nak bersarapan.

"bagus jugak lah kalau macam tu. kitaorang pun belum sarapan dari tadi. tunggu korang berdua lah sampaikan tak ada selera nak makan" kata Zaquan lalu mengajak kami semua pergi ke dapur.

"betul tu. abis makan nanti Zach cerita apa yang dah berlaku ye? dah jom kita pergi makan" Kami semua terus pergi ke dapur setelah ayah Aashraf mengabiskan kata-katanya.

ketika aku berjalan untuk pergi kedapur bersama mereka, tangan aku ditarik oleh seseorang. Aku lihat orang yang menarik tangan aku.

Aashraf.

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang