-Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu-
Aku dan keluargaku selamat sampai di Kelantan. Kami balik kesini naik aerop je (aeroplane). kalau naik kereta, memakan masa yang agak lama. kira-kira 8 jam begitu lah. jika naik flight just 1 jam lebih dah sampai dah. Bertolak tadi pun pada pukul 9:00p.m. Rasanya Walid dah masak kot dengan perangai aku yang jenis tidak suka duduk lama-lama dalam kereta. That's why kitaorang balik ke sini naik flight je. so dari situ aku dah boleh nampak yang Walid memang dah rancang benda ni dari awal lagi untuk paksa aku balik kesini. Mana tidaknya, siap booking tiket untuk aku sekali. geram aku dibuatnya. Dah lah kat sini bosan sial.
Aku memandang wajah Umi dan Walid yang sedang bergambar dengan Kak Lisa. Happy betul aku tengok wajah mereka berdua. yelah anak mereka yang dah hampir 16 tahun tak balik kampung akhirnya balik jugak mana tak happynya. Aku memutar bola mataku.
Fuck!
"Walid, where's your driver? Asal lambat sangat datang? bodoh betul tak tau jalan ke?" soal aku pada Walid. Serius aku tengah bosan sekarang ni. Tak ada benda nak buat.
"Sabarlah sayang. Nanti sampai lah tu." pujuk Walid padaku. Aku bercengkak pinggang sambil menayangkan wajah tidak puas hati memandang Walid.
"Hah see? dah sampai dah" Kata Walid lalu pergi kearah sebuah kereta Toyota Alphard yang berwana putih itu. Aku melangkahkan kakiku pergi ke arah lelaki yang sedang bercakap dengan Walid.
"maaf lambat Tan sri tadi ada.."
"bodoh asal kau lambat? lama aku tunggu, sial!" Aku memotong percakapan driver kami yang sedang meminta maaf pada Walid.
"Astagfirullah adik! tak baik cakap macam tu!" marah abang Zuldfan padaku. Umi dan Walid hanya menggelengkan kepala mereka mendengar aku mengeluarkan kata-kata kesat itu.
Aku tidak mengendahkan kata-kata abang aku itu. Aku terus masuk ke dalam kereta dan memejamkan mataku sambil tangaku disilangkan didada. penat aku dengan semua ini!
"maaflah. Adik saya tu mood dia memang tak ok sikit harini" Aku mendengar suara abang aku yang meminta maaf pada driver kami dari kelantan itu.
"tak apa. Memang saya sudah maklum dengan perkara ini lagi daripada Tan Sri." Aku tersenyum simpul mendengar kata-kata yang keluar dari mulut driver tersebut. Haha kan betul aku cakap. Walid memang dah masak dengan perangai aku.
.
.Aku merenung siling bilikku. selama 16 tahun aku sudah tidak jejakkan kaki disini, aku baru tahu yang keluarga aku ada rumah persinggahan mereka di Kota Bharu, Kelantan ini. Kata Walid, seeloknya aku dan keluargaku bermalam saja dirumah persinggahan kami ini. Bukan apa, Walid tidak mahu kalau berangkat juga pulang ke Pasir Mas malam ini akan menganggu orang rumah yang mungkin telah tidur pada ketika itu. Mana tidaknya, kalau bertolak juga malam ini dari Kota Bharu ke Pasir Mas boleh tahan lama juga masa perjalanan. lebih kurang 1 jam. sebab itulah Walid membuat keputusan supaya kami sekeluarga bertolak ke Pasir Mas besok hari saja. senang, tak nak susahkan sesiapa. macamlah aku kesah dengan semua tu.
Aku tidak dapat melelapkan mataku. Terlalu banyak perkara yang merunsingkan mindaku sekarang ini. Salah satunya tentang sejarah hitam yang berlaku dalam hidup aku ketika berada di kampung dahulu. Sejarah dimana penyebab utama aku tidak menjejakkan kaki disini hampir 16 tahun. Yang telah menjadikan diri aku sedemikian rupa.
Psiko.
Pendendam.
Songsang.
Agama.
Dikeranakan dendam, aku melanggar hukum agama. Dikeranakan dendam, aku melanggar fitrah alam. Dikeranakan dendam, aku menjadi seorang yang menyukai kaum sejenis. Dan dikaranakan dendam, aku mengalami masalah mental. Ye, Aku seorang pesakit mental. Namun begitu, aku cuba untuk menafikan kenyataam tersebut.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔
Teen FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! -Aashraf- Dia melipat kembali sepucuk surat pemberian daripada lelaki itu. Sejurus dengan itu air matanya mengalir dengan begitu deras buat kesekian kalinya. Hatinya benar-benar rapuh setiap kali membaca...