Bab 15

5.3K 171 35
                                    

-Daniaelle Pov-

Aku memarkingkan kereta di garaj milik keluargaku. Aku tidak terus keluar dari kereta tersebut. Aku memikirkan kebodohanku yang baru saja aku lakukan pada Aashraf sewaktu di Tasik Titiwangsa tadi.

Waktu aku hantar lelaki manis itu pulang kerumahnya, dia langsung tidak bercakap apa-apa padaku. Bahkan ketika aku mengucapkan selamat malam kepadanya sebelum dia keluar dari keretaku, dia hanya mengangguk saja. Langsung tiada senyuman yang terukir pada bibir manisnya.

Fuck!

Aku hentakkan kepalaku pada stereng kereta.

"Kau bodoh Daniaelle!"

suara itu.. Suara itu muncul lagi. Ia membuatkan aku tambah stress.

"Kau diam lah!" aku menghantukkan kepala ku berkali-kali pada stereng kereta.

"Habislah kau sekarang dia akan jauhkan diri dari kau"

suara itu tak habis-habis nak jatuhkan semangat aku. Aku meramas rambutku. Serabut!

"Lupakan je lah dia. Terima hakikat dia tak layak untuk kau!"

"Diam!"

"Kau bodoh sangat tak tau menyabar"

"Aku cakap diam lah, Sial!!"

"Kau suruh aku diam?Aku tak buat bising pun. Orang lain bukan dengar apa yang aku cakap, kau sorang je yang dengar. Jadi buat apa aku nak diam!?"

suara itu terus menghentam aku. Aku tak boleh macam ni!

"Fuckkkk!!"

Aku terus keluar dari kereta, dan pada saat itu lah suara tersebut sudah pun hilang. Ye, hilang buat sementara waktu sahaja. Nanti dia akan kembali lagi.

Aku masuk ke rumahku yang mulai terasa sepi itu. Hmm mungkin walid dan umi telah masuk tidur. Aku melangkahkan kakiku menaiki tangga.

"Dari mana saja?"

Langkahku tiba-tiba mati. Niatku untuk naik tangga menuju ke bilikku terbatal. Ini lagi satu hal yg membuatkan aku tambah stress duduk kat rumah ni. Ada saja pengganggu disini.

"Dah pukul berapa dah ni baru nak balik? Dahtu keluar dengan siapa tadi? Kenapa tak bagitau Atok?" aku hanya membuat muka. Orang tua ni jangan sampai aku bunuh dia. Aku balik awal salah, balik lambat pun salah. Dia nak apa sebenarnya ni. Memangnya dia siapa nak aku bagitau kemana aku pergi, dengan siapa aku keluar. Aku tak pernah anggap dia atok aku.

Aku memusingkan tubuhku kebelakang untuk mengadapnya dengan tatapan menyampah.

"Kau boleh diam tak orang tua? Tak payah nak uruskan hal aku! Dengan siapa aku nak keluar ke, pukul berapa aku nak balik ke, kau tak payah nak sebok lah!! Uruskan je kubur kau tu nak mampos tak lama lagi nanti!" aku tengking orang tua dihadapan mataku ini. Dia nak terasa? Mamposlah dia. Peduli apa aku. Dah lah fikiran aku tengah serabut sekarang ni. Dia pulak pergi tambah kan lagi, makin serabut aku dibuatnya.

"Astagfirullah Daniaelle. Mengucap cu. Kenapa cakap macam tu kat Atok? Ya Allah, bukakan lah pintu hati cucuku ini" aku lihat 'atok' aku tu telah menadah kedua tangannya ke udara. Babi betul! Ingat aku akan terharulah? Lancau lah dia.

"Dah la orang tua. Kau tak payah lah nak berdoa bagai. Ini diri aku, tak ada siapa yang boleh ubah!"

"Mengucap Daniaelle."

"What? mengucap konon. kau dengar sini orang tua tak sedar diri. Tau sebab apa korang jarang nampak aku duduk kat rumah ni? Sampaikan mak ayah aku marah-marah aku sebab keluar je? Itu sebab kau dengan bini kau tu sibok tinggal kat sini!! Kata nak tinggal kat sini seminggu je, sekarang dah lebih 3 bulan, bodoh! Bila nak berambus?" aku tengking orang tua dihadapan aku ini. Aku boleh nampak air mukanya berubah. Berubah kepada kesedihan, kekecewaan dan macam-macam lagi. seperti apa yang aku katakan sebelum ni, I don't care with this fucking oldman!

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang