Bab 32

6.3K 166 14
                                    

-Zach Pov-

Aku mengalihkan pandanganku ke luar tingkap yellow cab. Tanpa aku sedari bibirku mengukir sebuah senyuman bahagia yang telah lama luput dalam hidupku selama 6 tahun yang lalu. Ye, perasaan bahagia ini sudah lama tidak aku rasai sejak ibu bapaku bercerai, ditambah pula dengan kematian Nadem iaitu sahabat baik aku sendiri.

Aku lihat Aashraf sedang tidur nyenyak di ribaanku ketika ini. Aku memerhatikan setiap sudut diwajah manisnya. Sempurna. Sangat sempurna. Aku mengusap lembut rambutnya dengan penuh rasa cintaku terhadapnya.

Kalau korang tanya macam mana aku boleh terjatuh cinta pada budak yang selalu bagi masalah dalam hidup aku ni, aku pun tak tau nak cakap apa. Dia bukan tipikal lelaki yang aku suka tapi, dek kerana sifatnya yang cukup sempurna untuk melengkapkan hidup aku, aku buang segala perasaan itu. Wajahnya yang comel itu kira bonus lah bagi Aku.

Kehadiran Aashraf melengkapkan segala kekurangan dalam hidupku. Dari dialah aku banyak belajar erti kehidupan, kekeluargaan, kasih sayang dan sebagainya.

Tanganku mulai menyusuri wajah manisnya. Aku memegang lembut matanya. Betul kata Uncle James. Aashraf mempunyai mata yang cantik. Bulu matanya sangat menggodaku. Aku kemudian membelai pipinya yang lembut, lalu belaianku itu turun ke bibir manisnya. Aku mengusap bibirnya yang indah itu menggunakan ibu jariku.

Senyuman aku semakin melebar saat mengingat kembali bagaimana aku mencium bibirnya di bow bridge tadi. Jujur aku kata dia sangat innocent. Dia langsung tidak tahu bagaimana untuk membalas ciuman seseorang. Ketika aku melumat bibirnya, Aashraf hanya mendiamkan dirinya. Aku tau dia cuba untuk membalas ciumanku namun gagal. Bukan kerana aku terlalu ganas, tapi disebabkan dia masih tidak biasa.

Aku tersenyum sendirian. Duhai hati, kenapa lah kau biarkan aku jatuh cinta pada seorang lelaki yang amat innocent ni. Aku tau Aashraf bukan sekadar inginkan sebuah ciuman tapi lebih daripada itu. Aku ok je kalau dia nak buat benda tu but at the same time aku rasa bersalah kerana tidak sanggup untuk mengotorkan otaknya yang masih suci tu.

kenapa aku kata suci? tengok cara aku cium dia pun dah cukup. Dia langsung tak tau nak membalas ciuman aku seperti mana pasangan bercinta sedang berciuman. so dari situ aku boleh agak dia tak pernah tengok benda-bnda yang berkaitan tentang P.O.R.N.

Jariku masih seronok bermain dengan bibirnya. Aku tergelak kecil melihat Aashraf yang langsung tidak sedar dan memberi apa-apa respond saat jari aku bermain pada bibirnya. Penat sangat agaknya. Mana taknya, pagi-pagi lagi aku dah ajak dia pergi ke central park. Singgah pergi breakfast kejap kemudian pergi muzium jumpa Uncle aku. Selepas kami meluahkan isi hati masing-masing di bow brigde tu, aku mengajaknya untuk jalan-jalan di sekitar central park pulak. jadi memang penat lah budak kesayangan aku ni.

"You've arrived your home now, sir." Aku dikejutkan dengan suara pemandu yellow cab yg memberitahu aku bahawa kami sudah sampai dirumah Galang. Aku terus memberi wang saku kepadanya dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

Aku memerhatikan Aashraf yang masih nyenyak tidur di ribaanku. mcam mana aku nak keluar kalau dia masih tidur ni. Nak tak nak aku terpaksa mengejutkannya untuk bangun walaupun aku tak sampai hati untuk ganggu tidurnya.

"Aashraf wake up. kita dah sampai rumah" aku menggoncang lembut tubuhnya supaya dia bangun. Aashraf hanya menggeliat lalu kembali tidur di ribaanku. aduhh budak ni aku suruh bangun bukan suruh perbetulkan posisi tidurnya.

Nak tak nak aku kena angkat Aashraf untuk keluar dari teksi ni. tak baik buat orang menunggu kan.. Aku mengetepikan kepalanya dari ribaanku supaya aku boleh keluar dahulu. setelah itu aku mendukung tubuh kecilnya ala-ala 'bridal style' kemudian sekali lagi aku mengucapkan terima kasih kepada pemandu yellow cab yang menghantar kami pulang tadi dan terus memasuki rumah Galang.

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang