-Author Pov-
Aashraf melemparkan beg sekolahnya di sofa ruang tamu rumah keluarganya yang diimport dari Perancis itu, lalu menjatuhkan tubuhnya pula pada sofa tersebut untuk melepaskan segala kepenatan yang diikuti oleh Zaquan.
'Selesa' Luah batin Aashraf. Dia hanya membiarkan saja Zaquan yang turut berbaring di sofa yang berdekatan dengan dirinya. Dia malas nak ambik tahu tentang abang-abangnya. Hatinya masih lagi rasa sakit dengan perangai ke dua abangnya yang membiarkan saja Zach membawa dirinya kebelakang sekolah tadi.
"Bang.." Zaquan memanggil Aashraf.
Tiada sahutan.
"Ooo.. bang?" Aashraf hanya buat bodoh saja dengan panggilan Zaquan buat kali kedua itu.
Zaquan mulai naik angin sedikit kerana Aashraf tidak menyahut panggilannya. Dia bangun dari pembaringannya dari sofa tersebut lalu melihat Aashraf yang masih terbaring dengan matanya yang merenung lampu kristal yang tergantung di siling ruang tamu tersebut.
"Dengar ke tak Along panggil ni?" Zaquan menjentik telinga Aashraf yang sedang mengelamun itu. Aashraf mengaduh kesakitan kerana telinganya dijentik oleh Zaquan. Sebenarnya tak sakit manapun. Aashraf ni je yg manja sangat tak boleh kena sakit sikit. Gedik.
"Heishh!! Along nak apa?" kata Aashraf tidak puas hati sambil mengusap-usap telinganya yang mulai kemerahan.
"Tadi waktu rehat ada hal apa dengan Zach?" Soal Zaquan kepada Aashraf yang membuatkan mood Aashraf tambah down.
"Bukan urusan Along." jawab Aashraf acuh tak acuh.
"Ouhh macam tu ye skarang. Dah pandai dah kurang ajar dengan orang yang lebih tua sejak berkawan baik dengan Zach tu." Aashraf terkejut dengan tohmahan yang dilemparkan oleh Zaquan kepada dirinya.
Aashraf memandang Abang sulungnya dengan dahi yang berkedut. Dan pada ketika itu lah dia baru perasan bahawa Zafran tidak ada bersama mereka di ruang tamu itu. Mungkin terus masuk ke dalam bilik untuk mandi dan solat. Dia kan suka buat hal sendiri. Tapi Aashraf tidak heran akan hal itu. Yang membuatkan dia heran sekarang ni adalah kata-kata yang baru diucapkan oleh Zaquan tadi.
"Apa Along merepek ni? Bila masa pula Abang berkawan baik dengan si setan besar tu? Bertegur pun tak pernah inikan berkawan baik pulak" sangkal Aashraf.
"Yelah tu bang. Dengan orang lain boleh lah abang tipu, but not me!" Aashraf memampangkan wajah peliknya saat mendengar Zaquan berkata sedemikian. Zaquan yang seakan mengerti akan raut wajah adiknya itu menyambung kata-katanya lagi.
"Zach sendiri yang bagitau Along waktu bertembung dengan dia dekat depan bilik guru disiplin tadi. Ouhh.. jadi patutlah malam semalam sibuk dok tanya pasal Zach tu. Bila tanya kenapa, tau pulak menipu kata kenal dia dari kawan lah, itu lah, ini lah. Dah pandai dah sekarang.." Zaquan memandang adiknya dari atas sampai bawah.
Aashraf menggeleng kepalanya untuk menafikan apa yang diperkatakan oleh Zaquan itu adalah sama sekali tidak benar.
'Sial! Betul lah tekaan aku waktu rehat tadi. Dia cuba nak dekat dengan along untuk memburukkan aku' kata Aashraf dalam hati.
"Itu bukan apa yang.."
"Sudahlah bang. Dah terang lagi bersuluh. Malas nak bahas dah. Lebih baik masuk bilik dan solat daripada buang masa kat sini. Dan Kau jangan lupa solat jugak!" Zaquan memotong percakapan Aashraf lalu terus masuk ke biliknya, tapi sebelum itu sempat juga dia mengingatkan adiknya untuk solat.
Aashraf terdiam seketika.
'Ahh sudah.. Nampak Along macam kecewa je dengan aku. aku tak tipu dia lahh!! . setan bosar tu yang tipu dia.. Ishhh asal nak merajuk dengan aku pulak. Sepatutnya aku yang merajuk dengan dia dan angah sebab biarkan Zach tu sesuka hati bawa aku entah kemana. Lagipun apa lah plan si setan tu sebenarnya nak buat kat aku dengan abang-abang aku? Nak rosakkan hubungan kami ke? Eeee geramnya akuuu.. tunggu kau besok Zach!' luah batin Aashraf.
Dia meramas hujung bajunya yang terjuntai dari dimasukkan kedalam seluar. Aashraf betul-betul geram dengan pria jangkung itu sekarang ni.
.
.-Blue Boy Bar-
Zach hanya duduk di kerusi bar disitu sambil melihat kawan-kawannya yang lain sedang leka menari-nari mengikut rentak irama music yang diputar. Lelaki itu tidak ada mood untuk ikut kawan-kawannya menari walaupun telah diajak berkali-kali. Dia juga tidak ada mood untuk mencari mangsa buat pemuas nafsunya pada malam itu.
Zach memandang iphone 6snya. Matanya tak lepas daripada memandang number telefon seseorang yang diberikan oleh Aashraf siang tadi. Ibu jarinya terus bergerak-gerak seperti berkira-kira sama ada mahu chat dengan pemilik number itu ataupun tidak.
Sam berhenti daripada menari dan datang kearah Zach yang sedang duduk di sofa bar tersebut sambil memandang skrin iphonennya.
"bro, dengar cerita malam ni Galang balik Malaysia." Sam menepuk bahu Zach membuatkan lelaki itu tersedar dari lamunannya yang terus menerus memandang number Zaquan di handphonennya. Lelaki itu cepat-cepat menekan butang lockscreen supaya Sam tidak perasan contact Zaquan yang terpampang di skrin handphonenya tadi. Dia tidak mahu kawan-kawannya tau akan isi hatinya.
"Galang balik malam ni? ouh baguslah. aku pun rindu dengan dia" sejujurnya memang Zach rindu akan rakannya yang seorang itu. Maklumlah mereka jarang sekali meluangkan masa bersama-sama.
"tu lah. tak sabar nak jumpa dia besok kat sekolah" kata Sam yang hanya dibalas senyuman oleh Zach.
"hai gays"
Sapa seseorang disitu membuatkan senyuman Zach tiba-tiba mati saat mendengar suara lelaki yang amat dikenalinya itu. Dia memandang lelaki yang sedang berdiri dihadapannya sekarang ini bersama senyuman yang boleh membuatkan hati pria jangkung itu terbakar saat melihatnya.
Sam yang berada di sebelah Zach juga turut mematikan senyumannya saat melihat lelaki itu datang.
"If you come here for have fun, then go on with your intentions. Don't disturb us," Kata Sam. Zach yang berada disebelahnya tidak mempedulikan lelaki tersebut. Dia lebih suka melayan minuman keras kegemarannya daripada melayan lelaki tak guna dihadapannya itu.
"ok I will not disturb you guys. I just want to remind you Sam.. Tolong berhati-hati bila duduk disebelah pembunuh. dan kau si pembunuh, segeralah bertaubat!" telinga Zach berdesing saat mendengar setiap kata-kata pedas yang keluar dari mulut lelaki itu. Dia mulai bangun dan mencengkam kolar baju lelaki itu.
"This is the last warning for you Daniaelle. Sekali lagi aku dengar kau cakap macam tu, I will not hesitate to kill you!" Zach melepaskan cengkamannya pada kolar baju lelaki yang bernama Daniaelle itu dengan kasar lalu beredar keluar meninggalkan bar itu. Hatinya sangat panas mendengar kata-kata Daniaelle tadi.
Sam yang memanggilnya dari tadi tidak diendahkannya. Hatinya masih sakit apabila mengingat kembali tuduhan yang dilemparkan oleh lelaki itu.
'bukan aku yang bunuh kawan kita tu!! bukan aku yang bunuh Nadem lah sialll!!!!' jerit Zach dalam hati yang hanya mampu didengarinya sendiri.
Zach memandu kereta BMW X6 miliknya yang berwarna hitam metalik itu untuk pulang kerumah. Dia harus tidur. Dia mahu melupakan kejadian yang berlaku di bar tadi.
Telefonnya yang berdering sejak dari tadi hanya dibiarkan saja. Zach tidak peduli apa-apa dah. Apa yang dia tahu sekarang ni adalah dia harus sampai ke rumah secepat yang mungkin untuk masuk ke dalam biliknya lalu tidur, setelah itu bila dia bangun keesokan harinya, semuanya kembali seperti biasa.
itu lah apa yang berada dalam fikiran pria jangkung itu sekarang ni.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔
Genç KurguWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! -Aashraf- Dia melipat kembali sepucuk surat pemberian daripada lelaki itu. Sejurus dengan itu air matanya mengalir dengan begitu deras buat kesekian kalinya. Hatinya benar-benar rapuh setiap kali membaca...