Bab 65

3.9K 127 45
                                    

-Aashraf Pov-

Hari-hariku kini berjalan seperti kebiasaannya. Sejak daripada kejadian itu, aku dan Zach kini menjadi kawan biasa. sudah tidak ada lagi hubungan istimewa antara aku dan dia. Kenangan-kenangan indah yang pernah kami nikmati ketika dahulu dikuburkan dengan begitu sahaja. Sakit memang sakit. Tapi nak buat macam mana.. Ini untuk kebaikan diri kami masing-masing.

Aku tidak marah dengan keputusannya yang meninggalkanku pada 2 tahun yang lalu. Sebab aku mulai mengerti disebalik keputusan yang dibuat oleh Zach untuk putus dengan aku. Dia tidak mahu aku terus berada di dunia pelangi ini. Dia ingin melihat yang terbaik buat diri aku.

Aku bersyukur kerana ada dia. ye, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana rasa bersyukurnya aku kerana memiliki lelaki seperti dia dahulu.

2 tahun telah berlalu banyak yang berubah semenjak Zach mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan ini. Apa yang paling jelas terlihat sekarang ialah lelaki itu sudah memeluk islam sejak setahun  yang lalu. Aku dapat tahu semua ini pun daripada Amber. Aku tak tahu pula selama 2 tahun yang lalu,  Zach dan Amber masih lagi berhubung dan berjumpa. Cuma Amber tidak pernah menceritakan hal ini kepadaku kerana permintaan daripada pria jangkung itu untuk merahsiakan kewujudannya selama ini daripadaku.

Aku tahu semua ini pun sejak kejadian dirumah Zach tempoh hari. Amber telah menceritakan segala-galanya kepadaku dari A sampai Z. Sewaktu Aku tersadai di bawah pokok ketika hujan turun haritu, ternyata itu semua adalah rancangan Amber yang sengaja meninggalkanku dari syarikat wedding planner itu. Amber berbuat demikian untuk memulihkan semula hubungan aku dengan Zach, Namun tidak berjaya kerana lelaki itu tetap berkeras dengan pilihannya.

Sakit. itu yang aku rasakan.

Namun, aku tetap kuat mengharungi semua ini. Aku yang pilih jalan ini. jadi aku harus bertanggungjawab dengan setiap pilihan yang aku buat.

Amber kata, Zach memeluk islam bukan disebabkan aku, tetapi nalurinya yang menginginkan dia memilih jalan itu. Katanya lagi, aku hanya lah hantaran dari Tuhan untuk menyinarkan semula jiwanya yang kelam. Memang Zach pernah beritahu pada aku ketika dahulu sebelum aku wujud dalam hidupnya, jiwa lelaki itu terasa kosong, hatinya bagaikan sudah lama mati semenjak kematian Nadem dan perpisahannya dengan Daniaelle.

Semenjak itu, Zach bagaikan sudah hilang arah tujuan dalam hidupnya. Tidak ada lagi perasaan belas kasihan dalam diri lelaki itu apabila melakukan segala kejahatan yang dibuatnya ketika dahulu. Maka dari situ aku boleh nampak dengan jelas peranan Daniaelle dan Nadem dalam hidup Zach. Mereka berdua itu umpama sayap kanan dan kirinya. Jadi tidak hairan jika kedua sayapnya telah tiada, Zach hilang tempat bergantung dalam hidupnya.

 Jadi tidak hairan jika kedua sayapnya telah tiada, Zach hilang tempat bergantung dalam hidupnya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

(Zachary Well spensor)

(Zachary Well spensor)

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang