Bab 19

5.1K 194 8
                                    

Zach menjatuhkan tubuh di atas katil biliknya. penat baru balik dari main bola keranjang. Dia memandang kipas siling yang berputar memberikan kesejukan dan keselesaan di dalam ruang biliknya dengan pandangan kosong. Tiba-tiba otaknya kembali teringat akan hal disekolah tadi dimana dia ternampak Aashraf pulang bersama dengan pelajar Riveraseas.

Otaknya ligat berfikir sejak bila Aashraf ada kenalan dengan pelajar Riveraseas? Zach sebenarnya tidak kisah jika Aashraf rapat dengan pelajar dari sekolah tersebut, cuma dia takut kalau lelaki manis itu berkawan dengan geng Daniaelle. Hatinya memang rasa lain macam bila nampak Aashraf ikut orang tersebut siang tadi. Dia juga tidak tenteram apabila memikirkan tentang lelaki manis itu.

Zach cepat-cepat mengenyahkan segala pemikiran tentang Aashraf. baginya, Aashraf bukanlah sesiapa dalam hidupnya. Jadi wajarlah jika lelaki manis itu bebas untuk pulang dengan siapa yang dia mahu. Tidak ada kena mengena dengan hidup dan matinya.

Zach malas mahu fikir tentang kejadian siang tadi. Dia bingkas bangun dari pembaringannya lalu menuju kedalam bilik air yang berada dalam biliknya. Lelaki itu ingin menenangkan fikiran dan hatinya daripada memikirkan tentang Aashraf yang pulang dengan pelajar Riveraseas itu.

Selang 20 minit membersihkan diri dalam bilik mandi , Zach keluar dari bilik air tersebut dengan tuala yang melilit di pinggangnya. Dia menuju kearah katil dan mencapai iphonenya.

Zach lihat banyak notification masuk dari salah satu grup whatsappnya. Dia melihat chat dari grup tersebut dan membacanya satu persatu.

Sam
guys Aashraf hilang

Galang
hah?serious lo?

Sam
yelerr.. takkan aku nak tipu

firdaus
Aashraf mana ni?

Sam
Adik Zaquan dan Zafran tu lah. Yang gaduh dengan Zach haritu.

Galang
lu tau dari siapa dia hilang?

Sam
dari Amber.

Zafran bagitau kat Amber yang Aashraf sampai sekarang tak balik rumah. Dia ingatkan Aashraf lepak kat rumah Amber.

firdaus
lepastu?

jap. sejak bila kau rapat dengan kawan baik Aashraf tu?

Sam
Amber sendiri kata Aashraf mana ada lepak kat rumahnya. Dia pun tak tau kemana Aashraf pergi sebab diorang tak balik sama-sama

dah lama dah kenal.

Galang
so sekarang gimana?

firdaus
tak buat laporan polis ke doh?

Ooooo..

Sam
tengah buat lah tu. kesian aku bila Amber cakap mak dia tak henti-henti nangis

firdaus
kesian pula aku dengarnya.

Galang
kita tolong cari sama-sama lah. risau juga gue jadinya ni.

Firdaus
aku ok je. ajak Zach sekali

Sam
lol nak ajak Zach? dia bukan kesah pun dengan budak Aashraf tu

Firdaus
oh ha'ah lah aku lupa hahaha

Sam
besok kita pergi rumah Zaquan

Galang
ok.

firdaus
k👌

Zach seperti tidak percaya dengan apa yang dibacanya barusan tadi. Dia mulai berfikir adakah kehilangan Aashraf berpunca dari lelaki manis itu pulang bersama pelajar Riverasea yang ia nampak siang tadi?

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang