Galang-Sam Ver."Sam please don't go" Galang mempercepatkan langkahnya untuk mengejar Sam. Dia bertekad untuk meluahkan apa yang dipendamnya selama ini pada Sam. Galang sudah tidak peduli. Biarlah waktu sekarang ni sesuai ataupun tidak, dia tetap ingin meluahkan isi hatinya pada lelaki yang dicintainya itu.
"SAM!!" Galang menarik tangan Sam lalu membawa tubuh lelaki itu mengadapnya.
"Kau nak apa? Tak cukup ke dengan kekejaman yang korang dah lakukan pada aku!?" kata Sam dengan suara tangisannya. Buat pertama kali dalam sejarah hidup Galang, ini adalah kali pertama dia melihat Sam menangis selama 6 tahun mereka menjadi kawan baik.
"Lu bilang kejam? Gua gak pernah kejam sama lu, Sam. Zach juga gak pernah kejam sama lu" kata Galang lembut seraya menenangkan keadaan Sam yang sekarang ini.
"Kau tak payah nak back up dia. Aku ni dari dulu sampai sekarang tak pernah berhenti mencintai dia. 8 tahun bukan lama, Lang. Aku banyak bersabar dan jaga hati dia. Bila aku tengok dia berfoya-foya dengan lelaki lain dekat Club, kau ingat aku tak cemburu? Bila aku tengok dia cium dengan lelaki lain sana sini kau ingat hati aku tak terluka? Dan bila dia fuck lelaki lain selain diri aku, kau ingat hati aku tak sakit menahan semua ini? Aku masih lagi mampu bersabar sebab aku sangat cintakan dia." air mata Sam semakin banyak keluar disaat dia meluahkan kekecewaan yang ditanggungnya 8 tahun yg lalu.
"Jika Zach tu ada masalah, aku sentiasa ada disisinya menemani diri dia dan mendengar segala luahan hatinya. Jika dia gembira pun aku sentiasa ada disisi dia untuk merasai kegembiraannya juga. Kau tau aku buat macam ni sebab apa? Sebab aku nak dia sedar kalau aku ni bukan saja sekadar seorang kawan baiknya. Tapi lebih daripada itu," Sam mengesat air matanya, menghapus butir-butir air mata yang membasahi pipi mulusnya.
Galang masih diam tidak berkata apa-apa. Dia sedang mengumpul segala keberaniannya untuk meluahkan isi hatinya pula pada Sam nanti. Tapi, buat masa sekarang biarlah Sam saja yang meluahkan kekecewaannya terlebih dahulu.
"Dan tadi waktu dia bagitau kita bahawa dia dan Aashraf sedang menjalin hubungan sekarang, kali ni aku betul-betul tak dapat bendung lagi perasaan aku, Lang! Sebab tu aku berubah jadi macam ni! Aku tak faham macam mna dia boleh jatuh cinta pada budak tu! Kenapa dia hanya nampak Aashraf? Sedangkan ketika dia susah dan senang dulu, Aashraf tak pernah ada disisinya. Ye, aku tau sebab mereka memang macam anjing dan kucing waktu dulu sebab itu tak rapat. Tapi, kenapa aku yang selalu ada dihadapan matanya, langsung dia tak nampak? Kenapa budak Aashraf tu jugak!?? Dia langsung tak peka dengan semua ni!! Disebabkan aku dah tak tahan nak hadapi semua ni, aku ambil keputusan untuk keluar saja dari rumah kau, Lang!" Kata lelaki itu separuh menjerit kerana menahan perasaannya yang bercampur-campur.
Galang menarik nafasnya lalu dihembus perlahan-lahan. Rasanya sudah tiba saatnya dia pula yang harus mengambil giliran untuk meluahkan perasaannya pulak.
"Lu bilang Zach gak peka sama perasaan lu, tapi lu sendiri juga gak peka sama perasaan orang yang udah lama menyukai lu" kata Galang setenang yang boleh. Dia tidak harus terburu-buru meluahkan isi hatinya pada Sam. Nanti lain jadinya.
"Hah? Maksudnya?" Sam mula memandang wajah Galang dengan pandangan aneh. Dia pelik dengan kata-kata lelaki itu.
"Tuh kan gua udah bilang apa tadi. Lu langsung gak peka, Sam. Saking cintanya lu sama Zach sampe-sampe lu gak sadar kalo gua udah lama mencintai diri lu" wajah Sam tiba-tiba berubah mendengar ayat terakhir Galang itu. Galang mencintai dirinya? Sam benar-benar tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh rakan baiknya itu tadi.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔
Fiksi RemajaWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! -Aashraf- Dia melipat kembali sepucuk surat pemberian daripada lelaki itu. Sejurus dengan itu air matanya mengalir dengan begitu deras buat kesekian kalinya. Hatinya benar-benar rapuh setiap kali membaca...