-Author Pov-
Aashraf berasa tidak sedap hati apabila melihat wajah Sam yang tiba-tiba berubah apabila melihat keadaannya dengan Zach pagi tadi di atas katil mereka. Memang telah diperjelaskan oleh Zach bahawa dia tidak melakukan apa-apa pada lelaki manis itu dan Sam hanya mengiyakan saja tanda dia percaya. Namun Aashraf seperti dapat merasakan bahawa Sam masih tidak puas hati dengan apa yang dilihatnya.
Bunyi gelas terjatuh mengejutkan Aashraf daripada lamunannya tentang lelaki itu tadi. Lelaki manis itu tidak sedar bahawa dia tersinggung gelas kaca yang berada dihujung meja makan ketika sibuk mengelap meja tersebut sambil memikirkan tentang Sam tadi.
Aashraf kemudian mencangkung dan cepat-cepat mengutip kaca-kaca yang berkecai di lantai tersebut. Dia takut nanti Galang marah kalau lelaki tu tahu pasal benda ni.
Bunyi derapan tapak kaki seseorang sedang berjalan laju datang kearah Aashraf yang sedang leka mengutip kaca yang pecah itu.
"Sayang you tak ada apa-apa ke?" soal Zach cemas kepada Aashraf iaitu buah hati tercintanya. ketika Zach sedang mengerjakan assignmentnya, dia terdengar bunyi seperti gelas pecah di dapur dan disebabkan itu pria jangkung itu datang ke dapur kerana dia tahu pada ketika ini Aashraf sedang berada didapur untuk kemas-kemas apa yang patut.
"tak..tak ada apa-apa" kata Aashraf gugup. Dia seperti rasa bersalah jika Zach berada di dapur berdua-duaan dengannya sekarang. Dia takut Sam lihat perkara ini dan berfikir perkara yang bukan-bukan lagi.
Walaupun Aashraf sudah dimaklumkan bahawa Sam menyukai Zach, namun dia tidak mahu lelaki itu membenci dirinya jika dia dapat tahu Aashraf dan Zach bercinta. Lelaki manis itu belum sedia untuk memaklumkan perkara ini pada housematenya. Bagi Aashraf, biarlah Zach saja yang beritahu akan hal ini pada mereka nanti.
"mari sini I tolong"
"eh takpe!" Aashraf menolak tangan Zach daripada menolongnya.
"nanti tangan tu luka. dah jangan membantah" Aashraf terpaksa membiarkan saja Zach memungut gelas kaca yang pecah itu.
"what happened ni guys?" Aashraf dan Zach dikejutkan dengan suara Galang yang tiba-tiba muncul dihadapan mereka.
"ni Aashraf tak sengaja buat gelas rumah kau pecah" kata Zach yang langsung tidak memandang wajah kawan-kawannya. pria jangkung itu masih fokus mengutip kaca dihadapannya.
Aashraf melihat Sam yang berada di sebelah Galang hanya memandangnya dengan pandangan dingin. Lelaki manis itu tidak berani memandang wajah Sam lama-lama.
"Galang saya minta maaf sebab tak sengaja buat gelas rumah awak pecah"
"its ok. small matter aja. lu kenapa? gak sehat? sana istirahat aja. biar gua yang bantuin Zach urusin benda ini" kata Galang lalu mengambil penyapu yang tidak jauh darinya untuk membersihkan sisa-sisa serpihan kaca tersebut.
"takpe-takpe saya boleh buat" kata Aashraf lalu mengambil penyapu tersebut daripada Galang. Dia tidak mahu orang lain bersusah payah disebabkan kecuaian dirinya sendiri.
"cuba dengar apa yang Galang tu cakap. biar kami yang selesaikan benda ni. pergi berehat sekarang"
"tapi.."
"pergi!"
Nak tak nak Aashraf terpaksa menurut kata-kata Zach. Abang besar dah bersuara, takutlah dia😂😂
Aashraf berjalan meninggalkan 3 orang manusia yang berada di dapur tersebut. Tapi sebelum tu Aashraf sempat memberikan senyuman pada Sam seperti mana hari-hari yang sebelumnya namun kali ni, Sam hanya buat tidak tahu dengan senyuman Aashraf dan sibuk melihat Galang dan Zach yang sedang membersihkan lantai rumah mereka. Dari situ, lelaki manis itu terasa dengan sikap Sam yang berkelakuan dingin terhadapnya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔
Teen FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! -Aashraf- Dia melipat kembali sepucuk surat pemberian daripada lelaki itu. Sejurus dengan itu air matanya mengalir dengan begitu deras buat kesekian kalinya. Hatinya benar-benar rapuh setiap kali membaca...