Bab 24

5.6K 176 49
                                    

-Daniaelle Pov-

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

-Daniaelle Pov-

Sehabis pulang dari sekolah aku terus bergerak menuju ke sebuah tempat yang terletak agak jauh dari orang ramai. Aku pergi ke sebuah tempat yang aku jadikan ia sebagai tempat untuk aku melepaskan segala tekanan dalam sebuah hutan.

Aku kini berdiri dihadapan sebuah gereja.

Ye, tempat yang aku maksudkan untuk melepaskan segala tekanan aku adalah di sini. Di sebuah Gereja yang sudah lama dan usang yang telah lama ditinggalkan. Disini aku boleh buat apa saja yang aku suka kerana tak ada siapa yang tau.

Aku melangkahkan kakiku memasuki gereja tersebut. Walaupun masih siang tapi keadaan dalam gereja ini agak gelap. Tingkap-tingkap disini di penuhi dengan ranting pokok dari luar sana. Sebab tu cahaya kurang masuk dalam gereja usang ini.

Bagi orang mungkin ianya nampak seperti menyeramkan. Tapi tidak bagi aku. Aku suka keadaan seperti ini. Tenang.

Aku memasuki pula salah sebuah bilik yang terdapat dalam gereja usang ini. Disitu aku lihat 2 orang manusia yang diikat pada kerusi usang Itu. Siapa lagi kalau bukan Haiman dan Alan.

Selepas aku bawa mereka dekat sini pada pukul 5 pagi tadi, aku terus pulang kerumah dan buat aktiviti harianku seperti biasa iaitu sambung tidur dan pergi ke sekolah. Tapi nasib umi dan walid tidak perasan aku keluar senyap-senyap pagi tadi tanpa pengetahuan mereka.

Pulang saja sekolah aku memang menyimpan niatku untuk datang kesini. Dan disini lah aku sekarang. Berdiri dihadapan 2 manusia yang telah berjaya menaikkan api kemarahanku.

Aku melihat Haiman dan Alan cuba melepaskan diri mereka dari ikatan tersebut.

Mereka tidak nampak aku.

Mereka tidak dapat bersuara.

Sebab aku tutup mata dan mulut mereka daripada buat bising dan buat sesuatu perkara diluar jangkaanku.

Aku datang mendekat kearah mereka dan buka ikatan kain yang menutupi mata mereka. Aku lihat mata mereka pejam celik-pejam celik menyesuaikan cahaya dalam ruang bilik ini. Mungkin sebab mata mereka terlalu lama ditutup dengan kain hitam that's why bila buka kain tersebut mata mereka kurang menyesuaikan cahaya dalam bilik ini untuk beberapa saat.

Aku lihat mereka memandangku dengan pandangan terkejut. Lah? Kenapa nak terkejut? Aku bukannya makan orang.

"Hi guys. Kenapa tak datang sekolah tadi?" tanyaku dengan soalan bodoh tahap dewa itu.

"Kau tau, cikgu sibuk tanya kat aku pasal apa korang berdua tak datang. Aku tak tau nak jawab apa. So aku cakap 'i don't know' je" kataku setelah mengambil tempat duduk dihadapan mereka.

"Mmgghmm.. Mmgghhmm.." Aku lihat kedua manusia ini seperti ingin cakap sesuatu kepadaku tapi tak dapat. memanglah sebab aku tutup mulut diorang pakai tape. Aku bangun dari dudukku dan mencabut tape tersebut dari mulut mereka.

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang