Bab 4

6.6K 210 4
                                    


-Aashraf Pov-

Otak aku tak habis fikir siapakah lelaki yang masuk kelas aku tanpa adab tadi. Kenapa semua orang nampak macam takut pada dia? Bahkan guru kelas aku juga. Famous sangatkah dia di sekolah ini? Kalau semua orang kenal dia, kenapa aku seorang sahaja yang tidak kenal siapa pun dia? Kenapa sebelum aku menjejakkan kaki disekolah ni, Along dan Angah tak cakap apa-apa pasal perkara ini pada aku?

Aku pandang Amber yang berada disebelah aku. Ada banyak perkara yang aku nak tanya pada dia. Pertanyaan aku tadi pun dia tak jawab lagi.

"Wehh Amber." aku memperlahankan suara ku memanggil Amber. Bukannya apa, Aku tak nak suara aku didengari oleh guru kelas aku yang sekarang ni sedang bercakap dihadapan.

"Yo?" Amber mengalihkan perhatiannya pada aku. Dia memandang aku untuk menunggu ayat aku selanjutnya.

"Kau tak jawab pun soalan aku tadi kan?"

"Soalan apa?"

"Yang pasal kau cakap aku ni kira macam dah menempah maut lah dekat sekolah ni.. Hah? Asal?"

Aku nampak Amber seperti mnundukkan sedikit kepalanya. Riak Wajahnya pun telah bertukar daripada nampak relax kepada nampak sedikit...sedih? Hah? Asal ni? Aduhh aku tak faham lahh.. Kenapa ni?

"Actually aku kesian tengok kau ni" nada suara Amber pun aku dengar dah lain macam. Aduhhh apasal ni wehhh!!

"Kenapa? Cuba lah bagitau Aku." Aku menggoyangkan lengan Amber kasar untuk mendesaknya supaya jangan buat aku tertunggu-tunggu dengan jawapannya.

"Untuk pengetahuan kau, dia tu digelar syaitan besar atau syaitan durjana kat sekolah ni. Nama dia tu Zachary Well Spensor. Tapi semua orang lebih kenal dia dengan panggilan Zach lah." aku mendengar dengan khusyuk apa yang diperkatakan oleh Amber.

"Dia tu tak suka kalau apa yang dia buat, orang lain ganggu. Macam kau tadi pergi tolong senior kita Julian yang form 4 tu." sambung Amber lagi. ouh jadi aku baru tau kalau orang yang aku tolong tadi namanya Julian. Sebaya dengan Along lah.

"Kenapa? Salah ke? Lagipon apa salah Julian tu sampaikan dia buat macam tu." Aku membela nasib Julian. Bukan apa, aku tak suka tengok orang yang ditindas ni. Rasa kasihan.

"Salah lah.. Kiranya kau ni macam dah ganggu line dia. Btw selain digelar syaitan durjana kat skolah ni, dia juga digelar 'king of gayboy' in this school". Aku kaku mendengar kata-kata Amber barusan tadi. Sumpah! Aku terkejut gila bila dengar ayat terakhir Amber. Gay tu bukan ke..lelaki suka lela.. Aku tidak dapat menghabiskan ayatku.. Mulut aku sedikit terbuka sebab tak percaya lelaki yang bernama Zach itu seorang gay.

Serius aku cakap, aku tak nampak ciri-ciri gay dalam diri dia. Aku tengok Dia ni jenis yang ganas, sentiasa bersikap kasar pada kawan dan mangsanya, Raut wajahnya tak nmpak langsung ciri-ciri orang yang suka sesama jenis. jadi tang mana yang gaynya? Atau diri aku ke yang tak pandai nak bezakan orang tu gay ataupun tidak?

"aku dah agak kau mesti terkejut dengan apa yang aku cakap tadi" Amber aku lihat sedang ketawa bila mlihat reaksi aku tadi.

"Unbelievable" itu saja ayat yang terkeluar dari mulut aku sekarang ni.

"So berbalik pada kisah kau yang kacau line dia tadi tu, aku rasa dia takkan berdiam saja. Percayalah cakap aku, nanti dia akan datang kat sini juga jumpa kau. Kalau bukan kat sini mungkin kat tempat lain. Dia akan bagi hukuman pada kau kerana mengganggu kerja dia" tiba-tiba aku rasa macam tak sedap hati mendengar kata-kata Amber.

"Hukuman? Contoh?" aku ingin tahu hukuman seperti apakah yang akan diberikan oleh Zach kepada setiap mangsanya.

"Apa-apa je lah.. Yang penting sesuatu yang agak.. sadist" aku menelan air liurku.

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang