Bab 62

4.5K 222 189
                                    

keesokan harinya..

-Zach Pov-

Sudah tiba masanya untuk aku pulang kerumahku. Cukuplah sehari sahaja aku bermalam dirumah Aashraf, sekadar untuk melepaskan rindu sahaja. Kini aku dan keluarga Aashraf berada dihadapan pintu utama rumah mereka untuk mengiringku pulang kerumah. Aashraf tidak menemaniku kerana dia masih berada dibiliknya sedang tidur. Agaknya penat kot malam tadi menyulam kasih sampai pukul 1 pagi😌😌. Itu sebab aku tak sampai hati mahu kejutkan lelaki manis itu bangun. Jadi biarlah dia berehat untuk pulihkan semangat dan kesihatannya semula.

"Saya balik dulu Aunty, Uncle.." Aku menyalam tangan ibu bapa Aashraf sebelum berangkat pulang kerumahku. Nak balik rumah pun sebenarnya aku tak ada mood. Masalah aku dan Mak aku sendiri pun belum selesai lagi.

"Terima kasih banyak-banyak Zach sebab dah banyak bantu kami sekeluarga sejak dulu lagi.. Uncle tak tahu macam mana nak balas jasa kamu.." balas Tengku Aqil, bapa kepada kesayangan aku ini.

"eh takpe uncle.. saya tak harapkan apa-apa balasan pun dari Uncle sekeluarga. Saya ikhlas membantu.. "

"Terima kasih banyak-banyak ye.."

"sama-sama. kalau macam tu saya balik dulu lah.. Terima Kasih dah tumpangkan saya bermalam dirumah uncle untuk satu hari"

" itu tiada masalah Zach.. Sekali lagi Uncle ucapkan banyak-banyak terima kasih ye.."

"sama-sama uncle.. Zaquan, Zafran aku balik dulu.." kataku kepada kedua Abang Aashraf tersebut. Zafran hanya melemparkan senyumannya seraya membalas ucapanku tadi, manakala Zaquan pula hanya mengangguk sahaja. Entah kenapa aku rasa ada yang tidak kena dengan cara Zaquan melayanku sejak bersarapan tadi. Dia banyak diam dan dingin. Lahh bukan sifat dia memamg macam tu ke? tapi.. Ah lantak lah aku malas nak fikir. Masalah aku dan Meh pun tak selesai lagi.

Aku terus melangkah kakiku masuk ke dalam kereta BMW M5 milik keluarga Aashraf. Bapa Aashraf suruh drivernya menghantarku pulang kerumah. Katanya tidak mahu membebankanku serta ingin membalas jasaku kerana telah menolong menyelamatkan anak mereka. Aku pun ok je lah.

Setelah itu, kereta terus meluncur laju menuju ke destinasi yang dituju, iaitu kerumahku. Dalam pada aku termenung memikirkan tentang keberadaan Daniaelle sekarang ini, tiba-tiba handphoneku berbunyi menandakan ada notifikasi dari Whatsapp masuk. Aku terus membuka aplikasi Whatsapp untuk melihat gerangan manusia yang pm aku.

'Mesti Aashraf' getus hatiku.

Zaquan
Malam ni kita jumpa kat tempat biasa jam 9 malam.

Senyumanku mati. Sangkaanku ternyata meleset sama sekali. Ternyata Zaquan yang message aku. Dan messagenya seperti ada sesuatu perkara yang penting untuk dibicarakan. Tapi tentang apa?

.
.

-Author Pov-

-Author Pov-

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang