-Author Pov-
Apabila kapal terbang yang dinaiki oleh Aashraf dan Zach telah selamat mendarat ke tanah air mereka, dengar arahan pramugari, kesemua penumpang yang menaiki kapal terbang tersebut berjalan keluar dari pesawat untuk menuju ke bangunan terminal. Aashraf menghembuskan nafas kelegaan setelah penerbangan yang mengambil masa selama 20 jam 5minit itu akhirnya selamat mendarat di lapangan terbang KLIA. Penerbangan mereka selamat tiba pada jam 10 malam.
Setelah selesai itu dan ini, mereka terus menuju ke arah pintu keluar. Dari kejauhan Zach melihat Puan Rania yang dikenali sebagai emaknya sedang berdiri bersama seorang gadis yang menunggu kepulangannya. Zach terus berlari anak untuk mendapatkan emaknya.
"hah tulah contoh anak yang dah '10 tahun' tak jumpa maknya.. tak menyabo" kata Amber yang melihat Zach berlari pergi kearah maknya.
"biarin lahh.. bilang aja lu jealous" kata Galang pula.
"ehhh takdek kuasa nak jealousnya.. Dah lah aku blah dulu.." kata Amber yang berkira-kira hendak meninggalkan KLIA tersebut.
"Kau tak nak jumpa mak Zach dulu ke?" soal Aashraf pula.
"Kalau Adik kembar aku tu mulut tak macam celaka dah lama aku pergi jumpa mak Zach. Masalahnya dia dah tunggu kat dalam kereta sekarang ni. Kalau lambat sikit mula lah mulutnya yang serupa lahanat tu membebel. ok lah aku cau dulu. Jumpa pada hari birthday kau nanti" kata Amber kemudian berlalu dari situ setelah meminta diri daripada Galang, Sam dan Aashraf untuk meninggalkan KLIA tersebut.
"Ok lah Aashraf kami pun kena pergi jugak ni.. maaflah sebab tak dapat berjumpa dengan Mak Zach. Nanti tolong cakap kat Zach eh? Saya dengan Galang nak cepat ni. ok bye!" kata Sam kemudian berlalu dari Airport tersebut bersama kekasihnya setelah meminta diri dari Aashraf.
Setelah itu Aashraf terus pergi kearah Zach dan maknya bersama senyuman manisnya.
"mana yang lain?" soal Zach secara tiba-tiba apabila dia hanya melihat Aashraf seorang sahaja yang datang kearahnya.
"semua dah balik. Masing-masing nak cepat katanya" balas Aashraf.
"Hampehh..😑" kata Zach tidak puas hati.
"ini siapa disebelah kamu ini sayang?" soal Puan Rania secara tiba-tiba kepada anak tunggalnya itu.
"ouhh.. ini kawan Zach, Meh. Dia juga pulang Malaysia untuk jenguk keluarganya.. kenalkan Aashraf namanya.. Aashraf? this is my mother"
"hi aunty.." Aashraf menyalam kedua belah tangan Puan Rania seraya memperkenalkan dirinya kepada emak Zach.
"haii.. hmm manis kamu ini.. comel pun ada.." puji Puan Rania kepada Aashraf membuatkan raut wajah lelaki manis itu seperti kurang selesa dengan pujian tersebut. Aashraf? memang tak suka kalau orang puji dia dengan perkataan manis dan comel itu..😂
Zach yang mulai mengerti akan perubahan riak wajah kesayangannya itu mulai mencairkan suasana.
"Meh jangan panggil dia manis atau comel.. dia nda suka dibilang begitu.."
"eh manada" sangkal Aashraf walaupun kenyataannya memang begitu. Dia tidak suka orang pujinya dengan perkataan 'comel'.
"yelahh tu.. abis tu kenapa muka tiba-tiba berubah jadi tak suka?" kata Zach seraya menyakat Aashraf dihadapan Emaknya dan gadis tersebut.
"MANA ADA!!😤😤" kata Aashraf sambil menyepak kaki Zach membuatkan pria jangkung itu mengaduh kesakitan. Aashraf tidak mempedulikan keluhan Zach itu. Bukan sakit pun dia sepak. Gedik je lebih Zach tu😂
"Dah tu Zach.. nda usah terkinja-kinja disini. Ni Meh nak kenalkan Zach pada seseorang" kata Puan Rania bersama senyuman yang tidak pernah lekang pada wajahnya sejak dari tadi.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔
Teen FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! -Aashraf- Dia melipat kembali sepucuk surat pemberian daripada lelaki itu. Sejurus dengan itu air matanya mengalir dengan begitu deras buat kesekian kalinya. Hatinya benar-benar rapuh setiap kali membaca...