Amber dan Aashraf melabuhkan punggung mereka diruang tamu setelah habis pulang dari kelas mereka yang berlangsung sehingga malam.
"Ahhh penatnya.." keluh lelaki manis itu.
Dalam pada mereka sedang melepaskan kepenatan di sofa empuk tersebut, Aashraf dan Amber dikejutkan dengan suara herdikan seseorang dari bilik Zach-Sam. Aashraf dan Amber saling berpandangan dan bingkas bangun menuju ke bilik Zach. Mereka ingin melihat apa yang telah terjadi.
Aashraf sejak tadi sudah rasa tidak sedap hati apabila terdengar suara herdikan seseorang dari dalam bilik Zach. Dia yakin pemilik suara tersebut adalah Sam.
Sesampai dihadapan pintu bilik Zach, Amber dan Aashraf melihat Galang, Sam dan Zach sedang berdiri memandang antara satu sama lain. Suasana dalam bilik tersebut kelihatan begitu tegang.
"apa yang kau cakap ni Sam? kau cintakan aku?" soal Zach tidak percaya apabila Sam mengherdiknya dengan mengatakan bahawa lelaki itu mencintai dirinya.
"Kenapa kau tak pernah sedar dengan semua ini ,Zach?" kata Sam yang tidak menghiraukan pertanyaan pria jangkung itu.
Zach tidak tahu ingin berkata apa apabila dia tidak menyangka bahawa orang yang sangat dekat dengannya telah memendam perasaan terhadap dirinya hampir 8 tahun. wow lama ye..kalah Aashraf😂😂
"kenapa kau tak pernah nampak aku dekat depan mata kau?kau nak tau, selama ni aku tak pernah berputus asa untuk meraih perhatian daripada kau tapi, itu semua hanyalah sia-sia." luah kekesalan Sam terhadap Zach yang hanya berdiri mematung tidak percaya dengan apa yang berlaku.
Aashraf memandang sayu 3 orang manusia itu. Kini Perasaan bersalah mulai menyelubungi diri lelaki manis itu. Dia sudah mengagak sebelum ini bahawa perkara seperti ini pasti akan berlaku dimana Sam akan meluahkan segala apa yang dipendamnya selama ini terhadap Zach. Tapi di tidak pernah expect perkara ini akan berlaku dalam masa yang singkat. Tiba-tiba Aashraf merasakan dirinya seperti seorang perampas.
Manakala Amber pula hanya memandang ketiga manusia itu dengan pandangan pelik. Dia masih bingung dengan apa yang berlaku.
"apahal ni Syaf?" Soal Amber kepada Aashraf yang pada ketika itu masih leka menyaksikan 3 orang manusia itu. Amber yang merasakan pertanyaannya bagaikan angin lalu di telinga Aashraf mulai menyedari sesuatu.
"aku tak rasa kita patut teruskan benda ini. Lets forget about it, Sam. Aku tak nak masalah ni bertambah besar" Kata Zach yang cuba untuk mengelakkan permasalahan ini diperbesarkan.
Sam hanya tersengih mendengar kata-kata Zach itu.
"senangnya kau cakap macam tu. kau tau tak aku ni dah lama suka kat kau sejak kita berumur 15 tahun even time tu kau sekolah dekat riveraseas dan aku di sekolah Maxwell?" semua terdiam kaku seperti tidak percaya mendengar kata-kata Sam itu. Zach seperti susah hendak percaya dengan kata-kata lelaki itu walaupun dia tahu Sam tidak berbohong kalau bercakap soal hati dan perasaan.
"kalau kau nak tau juga, aku ni dah lama perhatikam kau, Zach. Walaupun kita berlainan sekolah ketika itu tapi itu tidak menjadi penghalang buat aku untuk terus mencintai kau. Tapi aku tau kau tak pernah sedar pun akan kewujudan aku time tu. kau sibuk dengan dunia kau dimana hanya ada keluarga kau, Daniaelle dan Nadem saja." mendengar saja kata-kata terakhir yang keluar dari bibir indah Sam itu membuatkan wajah Zach tiba-tiba berubah. Berubah menjadi ketat. Dia tidak suka jika isu itu dibangkitkan semula.
"but since Nadem meninggal and kau gaduh besar dengan Daniaelle pasal kematian Nadem dan mngambil kputusan untuk berpindah dekat Maxwell, time tu aku try untuk dekatkan diri aku pada kau. aku tau kau mengalami tekanan bila orang yang kau sayang tinggalkan kau dan Daniaelle yang membenci diri kau.."
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔
Genç KurguWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! -Aashraf- Dia melipat kembali sepucuk surat pemberian daripada lelaki itu. Sejurus dengan itu air matanya mengalir dengan begitu deras buat kesekian kalinya. Hatinya benar-benar rapuh setiap kali membaca...