Bab 10

5.8K 192 13
                                    

Tepat jam 6 petang ke-4 pelajar tersebut telahpun selesai melakukan kerja mereka. Sebelum pulang kerumah, pengetua sekolah mereka membuat pemantauan keatas kerja-kerja Zach, Aashraf, Zaquan dan Galang yang ditemani oleh Mr. Gerald. Beliau cukup berpuas hati dengan kerja 4 orang pelajarnya tersebut lalu barulah mereka dibenarkan untuk pulang kerumah.

.
.

Zaquan dan Aashraf duduk di sebuah bangku yang terletak dihadapan sekolah mereka untuk menunggu Pak Samad, iaitu driver mereka untuk menjemput mereka pulang. Manakala Zach pula telahpun pulang bersama Galang menaiki keretanya tadi.

"Bang, tunggu sini sekejap. Along nak pergi beli air kat pasaraya depan tu je. Haus sangat ni" Zaquan meminta izin dari adiknya sebelum berlalu dari situ. Aashraf hanya mengangguk saja lalu sambung bermain dengan hanphonennya.

Dalam pada Aashraf sedang kusyuk bermain dengan handphonenya, tiba-tiba dia disapa oleh seseorang.

"Hai?" sapa orang tersebut kepada Aashraf membuatkan lelaki manis itu sedikit terkejut lalu mendongakkan kepalanya melihat gerangan manusia yang menyapanya itu.

"Hai?" Aashraf membalas sapaan orang tersebut sambil mempamerkan wajah blurnya.

"You are.. Aqil Aashraf, right?" tanya orang itu kepada Aashraf bersama senyumannya.

"Ye..yeah. How do you know my name?" Aashraf berasa pelik melihat lelaki muda yang berwajah orang Inggeris itu telahpun melabuhkan punggungnya untuk duduk disebelahnya. Dia tidak tahu dari mana lelaki disebelahnya ini boleh mengetahui namanya.

"Tau kat Ig abang you yang Aqil Zaquan tu hahaha" kata lelaki itu ramah.

"Ouh yeke.. Ingatkan sebab kita satu sekolah ke apa hahaha" Aashraf cuba ketawa untuk mengelakkan rasa canggung disitu.

"Eh tak lah. I tak sekolah kat sini" Aashraf terberhenti dari ketawanya lalu memandang wajah lelaki itu dengan pandangan pelik.

"Maksudnya?"

"I sekolah dekat Riveraseas International High School" kata lelaki itu.

Riveraseas International High School merupakan salah satu sekolah yang sangat popular dalam bidang kokurikulum dan bidang akademik . Sekolah ini juga setanding dengan sekolah Maxwell International High School dimana kedua-dua sekolah ini sentiasa bersaing untuk mendapatkan tempat pertama sekolah yang terbaik di Malaysia dan di Asia Tenggara. Oleh disebabkan itu, tidak hairanlah jika pelajar Maxwell dan pelajar Riverasea ada yang saling bermusuhan antara satu sama lain. Tetapi tidaklah kesemuannya. Hanya sesetengah saja daripada mereka. Lagipula jarak antara sekolah RIHS dan juga sekolah MIHS tidak lah jauh sangat. Hanya 1km saja.

"Lahh patutlah macam tak pernah nampak kat sekolah ni" kata Aashraf lalu ketawa menambahkan lagi 'kemanisan' pada wajahnya.

"Hahaha comel" kata lelaki itu perlahan.

"Awak cakap apa tadi?" Aashraf berhenti ketawa dan memandang lelaki itu.

"Ha? Tak ada apa-apa lah. By the way nice to meet you" Lelaki itu cuba mengalihkan topik.

" Oh Nice to meet you too. Apa nama awak?" tanya Aashraf yang dari tadi bingung untuk memanggil nama lelaki kacak itu dengan panggilan apa.

"Ouh lupa nak bagitau. Nama I Nuffail Daniaelle. But panggil I Daniaelle je. It's more better than Nuffail."

"Lahh islam ke?" tanya Aashraf seperti orang bodoh.

"Err.. islam lah. You ni kelakar lah Aashraf" lelaki yang bernama Daniaelle itu ketawa mendengar soalan daripada Aashraf itu.

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang