Bab 30

5.1K 168 16
                                    

-Author Pov-

Zach memasuki bilik Galang dan melihat Aashraf yang masih memakai tuala yang melilit di pinggangnya sedang duduk di atas katil sambil membelakanginya.

Zach tidak dapat mengalihkan pandangannya saat melihat tubuh putih Aashraf yang tidak mengenakan apa-apa kain selain tuala yang melilit pada pinggangnya. Buat kesekian kalinya, Zach menelan air liur seraya menahan nafsu yang sedang bergelojak dalam dirinya saat melihat tubuh lelaki manis itu yang begitu seksi dihadapan matanya.

Aashraf yang sedang leka bermain handphone masih tidak sedar akan kehadiran Zach yang telah memasuki biliknya dan Galang itu. Manakala Zach pula cuba mengenyahkan segala pemikiran kotor yang sejak tadi bermain dalam mindanya.

"ehem!" Zach berdehem dan cuba act cool untuk menyedarkan lelaki manis itu akan kehadirannya dalam bilik ini.

Aashraf menoleh kebelakang dan terkejut melihat Zach yang telah masuk kedalam biliknya. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya diatas katil dan berdiri dihadapan Zach yang sedang memandangnya tanpa riak.

Zach dapat lihat riak wajah Aashraf yang terkejut saat melihat kehadirannya dalam bilik itu.

"Zach? apa kau buat kat sini?" soal Aashraf pelik. Dia tertanya-tanya kenapa Galang belum masuk ke dalam bilik mereka. Aashraf juga bertambah pelik melihat Zach hanya diam tidak menjawab pertanyaannya.

"ermm..mana Galang?" soal Aashraf lagi.

Pertanyaan Aashraf itu juga tidak diendahkan oleh Zach. Pria jangkung itu malah datang mendekat kearah Aashraf menyebabkan Lelaki manis itu terpaksa berundur kebelakang untuk mengelakkan diri Zach daripada terus mendekati dirinya.

"kenapa kau di-"

belum sempat Aashraf mengabiskan kata-katanya, tubuhnya ditolak oleh Zach diatas katil dengan agak kasar. Aashraf jatuh terlentang dia atas katil menyebabkan kain tuala yang melilit dipinggangnya terselak sedikit sehingga menampakkan peha putihnya.

Zach yang ternampak peha Aashraf yang sedikit terdedah itu cuba buat lagak seperti biasa walaupun hatinya mulai tak keruan melihat pemandangan dihadapan matanya itu.

"what's wrong with you?" kata Aashraf dengan nada takutnya. Yelah dia takut kalau Zach akan apa-apakan dirinya. Walaupun Zach merupakan orang yang telah berjaya mencuri hatinya, namun dia bukan lah jenis lelaki murahan yang senang-senang menyerahkan harga dirinya pada orang lain walaupun orang itu merupakan insan yang dia cintai.

Zach hanya diam tidak menjawab pertanyaan Aashraf, sebaliknya lelaki itu datang kearah katil dan memaksa tubuh lelaki manis itu membelakanginya. Kini posisi Aashraf sedang meniarap di hadapan Zach.

"Zach.. Jangan apa-apakan aku.." Kata Aashraf dengan perasaan takut yang menyelubungi dirinya saat tangan Zach mulai menyentuh belakang badannya.

"diam!" kata Zach dalam nada keras.

"please.. don't rape me." Zach terkejut dan merasa sedikit marah dengan ayat yang keluar di mulut lelaki manis itu. Dia sedar memang dirinya sangat jahat dan teruk, tapi dia bukanlah lelaki bajingan yang suka mengambil kesempatan pada diri seseorang. Saat dia mendengar perkataan itu keluar dari mulut Aashraf, Zach berasa sedikit terkilan dan marah pada lelaki manis itu.

"Aashraf, boleh tak kau berhenti berfikir perkara yang bukan-bukan tentang diri Aku??!!" Zach sudah mulai meninggikan suaranya.

"kau ingat aku ni apa? perogol bersiri? atau sejenis manusia macam Haiman dan Alan tu?" sambungnya lagi.

"Jangan sebut nama tu lagi. mereka dah tak ada! Lagipun aku dah maafkan mereka. please jangan bagi aku ingat peristiwa tu lagi" kata Aashraf sambil menutup kedua telinganya kerana tidak sanggup mendengar nama 2 orang manusia yang telah lama meninggalkan dunia ini. Dia trauma akan hal itu.

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang