Bab 20

5.4K 175 4
                                    

Zach masih menunggu Daniaelle dan 2 lagi kawannya keluar dari Zouk Club tersebut. Dia melihat jam di tangannya yang telah menunjukkan pukul 12:45 a.m. Sesekali lelaki itu tersenguk-senguk kerana mengantuk menunggu Daniaelle dan kawannya keluar dari Club itu.

"aduhh mengantuk lah pulak.. ni kalau lagi 15 minit diorang tak leluar dari Club tu aku balik je. Nasib kau lah Aashraf." kata lelaki itu sambil menggosok-gosok kedua matanya untuk menghilangkan rasa kantuk yang menguasai matanya sekarang.

"tapi kalau aku tak teruskan mengekori mereka, kesian pula dengan mak Aashraf tu. menangis je... Hati aku pun tak tenang.. Heishhh serabut fikiran!!"

Zach bercakap-cakap seorang diri dalam keretanya. Dia mengeluarkan iphone 6snya untuk menghilangkan rasa mengantuk dengan bermain game yang terdapat dalam handphonenya.

Tidak lama kemudian Daniaelle, Haiman dan Alan keluar dari Club tersebut. Zach yang perasan akan kehadiran mereka yang telah keluar dari Zouk Club tersebut hanya memerhatikan 3 orang lelaki itu.

Zach melihat Haiman Dan Alan berjalan sedikit terhuyung-hayang memasuki kereta porsche cayenne milik Daniaelle yang pada ketika itu telah siap sedia untuk meninggalkan tempat hiburan tersebut.

Zach memberhentikan kegiatannya daripada terus bermain game. Dia kembali menghidupkan enjin keretanya untuk terus mengekori kereta Daniaelle yang telah bergerak meninggalkan Zouk Club itu.

.
.

Daniaelle memberhentikan keretanya di bangunan kondominium yang diduduki oleh Haiman. Memang telah dimaklum sejak awal lagi oleh Haiman kepada Daniaelle kalau pulang sahaja dari Zouk Club terus hantarnya pulang bersama Alan ke kondominium persinggahan milik keluargannya. Daniaelle yang jenis tidak banyak tanya hanya mengikut saja kehendak hati 2 orang rakannya itu.

"Woii woii.. Haiman.. Alan.. Wake up.. Dah sampai ni.. Blah cepat!" Daniaelle mengejutkan Haiman dan Alan yang tidur-tidur ayam dalam keadaan sedikit mabuk itu.

"hmm..nanti lah.." kata Haiman lalu menjatuhkan kepalanya di bahu Daniaelle.

"heish ketepi lah! keluar cepat!" Daniaelle menolak kepala Haiman dari bahunya dengan kasar.

Nak tak nak Haiman terpaksa juga akur dengan perintah kawannya itu. Dia membuka pintu kereta dan keluar dari kereta tersebut. Daniaelle melihat Alan yang masih terbaring di tempat seat belakang pula.

"oi setan keluar cepat. penat aku cakap benda yang sama je" Daniaelle menepuk kasar peha Alan untuk mengejutkan lelaki itu bangun.

"nanti-nanti lah"

"otak kau! dah berambus." Alan berdecit tanda kesal. Dia juga keluar dari kereta milik Daniaelle dan jalan terhuyung-hayang meninggalkan lelaki itu.

Daniaelle yang melihat kawan-kawannya memasuki lif dalam keadaan terhuyung- hayang hanya buat bodoh saja.

"mabuk-mabuk pun menyusahkan orang" kata Daniaelle lalu meneruskan perjalanannya untuk pulang kerumah.

Daniaelle pulang tidaklah dalam keadaan mabuk. niatnya malam itu keluar dengan Haiman dan Alan adalah kerana dia ingin melepaskan tekanan yang melanda pada dirinya saat ini. Oleh disebabkan itu, lelaki itu pergi ke pusat hiburan untuk meredakan tekanannya. Niatnya datang kesitu hanya ingin bersuka-ria bersama manusia-manusia disitu dan bukannya ingin minum minuman keras sehingga boleh memabukkan dirinya.

Disudut lain pula, Zach yang sudah lama perhatikan 3 orang lelaki tersebut dari jarak yang agak jauh mulai jadi keliru sama ada mahu sambung mengekori Daniaelle ataupun Haiman dan Alan.

Zach juga berasa pelik kenapa Daniaelle menghantar Haiman dan Alan di sebuah kondominium dan bukannya di rumah mereka masing-masing. Dia mengerutkan dahinya memikirkan sesuatu

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang