Bab 58

5.1K 149 83
                                    

p/s: Author mengsyorkan dengar lah lagu kat atas tu sambil baca bab ni.. biar ada feeling sikit😌😌😅

-Aashraf Pov-

"Aashraf ambik handphone ni" Aku memandang pelik kearah Daniaelle yang tiba-tiba memberikan handphonenya pada aku. Dia nak aku buat apa? Suruh aku telefon family aku ke? Aku tak mampu nak berfikir dengan lebih jauh lagi. Demam yang aku rasai sekarang ini pun masih belum sembuh-sembuh lagi. Tadi pun baru sahaja Daniaelle beri aku sarapan dan makan ubat.

"untuk apa?" Aku memandang wajah Daniaelle yang dari tadi menghulurkan handphonenya kepadaku.

"I nak you call seseorang" Aku pelik dengan kata-katanya itu. Dia nak aku call seseorang?

"siapa?"

"Zach"

Aku tersentak seketika apabila nama itu meniti dibibir Daniaelle. Tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja aku merasakan semangatku jatuh apabila teringat lelaki itu. Air mataku seperti hendak keluar tapi aku cuba untuk bertahan supaya ianya tidak jatuh. Namun begitu aku tidak boleh menafikan perasaanku sekarang ini. Aku sangat merindukan Zach. Tapi kenapa Daniaelle suruh aku call lelaki itu?

"untuk apa you suruh I call dia?" soalku ingin tahu.

"I nak you call dia dan cakap you nak putus dengan dia"

"Apa??" soalku tidak percaya. Adakah aku tidak salah dengar? Daniaelle minta aku call Zach untuk minta putus? No!! Aku mencintai Zach! Tak mungkin aku nak minta putus pada lelaki itu. Aku tau pasti sekarang ni lelaki itu sedang berusaha mencari keberadaanku.

"you tak dengar ke? nak I ulang lagi sekali? CALL ZACH DAN CAKAP KAU NAK PUTUS DENGAN DIA!!" Aku sedikit terkejut apabila Daniaelle tiba-tiba menengking kearahku. Ya Allah kenapa masa aku tengah sakit ni juga dia minta aku melakukan hal ini. Sumpah aku tak kuat. Aku rasa nak menangis tapi aku terpaksa tahan.. Aku tak nak tunjuk bahawa diri aku lemah dihadapan Daniaelle..

"cepatlah! kau ingat aku ada masa ke dengan benda bodoh ni?"

"tapi Daniaelle.."

"Since kau dah berjanji akan ikut apa yang aku cakap, tak payah nak merungut atau banyak cekadak lagi.. Dengar je ataupun nasib keluarga kau pulak yang akan mati nanti" ugut Daniaelle membuatkan aku berasa sungguh terkilan dengan sikapnya.

"Daniaelle sampai hati you.."

"ye memang aku sampai hati pun..cepat ambik phone ni dan call dia!!" Mahu tidak mahu aku terpaksa juga akur dengan kata-katanya. Dengan tangan yang lemah dan menggigil aku gagahkan juga untuk mengambil phone Daniaelle di tangannya.

Hatiku menjadi gundah gulana disaat jari jemariku menekan-nekan number Zach pada handphone Daniaelle. Ya Allah tolong kuatkan aku dalam menghadapi semua ini. Tolong kuatkan hatiku disaat Zach merayu kepadaku nanti. Kuatkan hatiku juga untuk mengatakan kata putus kepadanya.

Dengan hati yang berat aku menekan tanda 'call' untuk menelefon Zach. Aku memandang wajah Daniaelle. Dia memandang wajahku seperti tiada perasaan bersalah. Aku memejamkan mataku seketika seraya menunggu panggilanku dijawab oleh Zach. Ya Allah kuatkan hatiku!

"hello..sape ni?" Aku mulai tersedar dari duniaku disaat suara Zach memecah gegendang telingaku. Ya Allah aku sangat merindui suara lelaki ini.

"Hello..?" Aku hanya mendiamkan diri tidak menjawab sapaannya itu. I rindu you Zach!! I tak nak putus dengan you sayang! Kuatkan hatiku Tuhan!

"hello? jangan main-main please..orang tengah pening kepala dengan pelbagai masalah ni" Air mataku automatik jatuh apabila dia berkata begitu. Aku tak kuat.. Apatah lagi bila mendengar rungutannya tadi.. Kesian Zach terpaksa menanggung semua ini. Cepat-cepat aku matikan panggilan tersebut dan memandang wajah Daniaelle semula.

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang