Bab 25

4.8K 168 9
                                    


-Author pov-

Setelah pulang dari rumah keluarga Aashraf, Zach mengambil keputusan untuk pulang kerumahnya kerana ingin berehat. Ditambah pula kepalanya masih terasa berdenyut-denyut dek kerana pukulan kayu besbol dari Haiman malam semalam.

Zach menuju ruang tamu rumahnya untuk menonton televisyen. Dia berasa sangat bosan ketika itu. Maklumlah maknya tidak ada dirumah sekarang. Ada kerja sikit dekat Sabah. Kalau Maknya ada pasti lelaki itu tidak berasa bosan sekarang kerana dia boleh berbual kosong dan bermanja dengan Maknya. Mahu keluar bersama rakan-rakannya, tidak boleh kerana kepalanya masih sakit. Jadi Zach mengambil keputusan untuk berehat saja dirumah.

Zach membuka channel tv3. Pada mulanya dia bosan untuk menonton berita tersebut namun, ada sesuatu yang menarik perhatian pria jangkung itu.

"Berita tergempar. Dua orang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemui mati dalam keadaan yang amat mengerikan di sebuah gereja usang siang tadi. Salah satu mangsa dipercayai mati ditikam bertalu-talu di seluruh anggota badannya. Manakala seorang lagi mati akibat kepala dan badannya terpisah dua." kata pembaca berita tersebut.

"Setelah dibuat bedah siasat, mangsa yang bernama Muhd Haiman Zikri b. Tan sri Ahmad Daud bersama seorang lagi rakannya iaitu Alan Alfred Wong yang berbangsa cina mendapati kedua mayat diseksa dahulu sebelum dibunuh dengan kejam." kata pembaca berita itu lagi sambil menunjukkan gambar berukuran passport Haiman dan Alan.

Zach terkejut dengan apa yang didengar dan dilihatnya saat wajah Alan dan Haiman terpampang di kaca tv.

"Kini kedua mangsa dibawa kerumah ahli keluarga masing-masing untuk dikebumikan. Sehubungan dengan itu, pihak polis masih mencari pembunuh yang membunuh kedua mangsa tersebut. Sehingga kini, tiada bukti yang menunjukkan bahawa pembunuh tersebut meninggalkan kesan atau jejaknya di tempat kejadian.." Zach menutup televisyen tersebut dan mencapai handphonenya. dia mencari-cari contact seseorang lalu menekan tanda 'call'.

"Hallo.." jawab seseorang di seberang telefon.

"Wan, sorry ganggu.. bagi aku cakap dengan Aashraf kejap. Penting ni!" Zach memotong ayat Zaquan. Ikutkan hatinya, Zach tidak mahu ganggu Zaquan. Hanya saja jika handphone Aashraf tidak rosak dan retak ketika berada di kondo Haiman, pasti dia akan call lelaki manis itu. Eh tapi tak guna juga sebab Zach bukannya ada number Aashraf.

"Ouh kejap-kejap." Zaquan berasa pelik mendengar suara Zach yang seperti tergesa-gesa ingin bercakap dengan adiknya. Dia cepat-cepat menyerahkan handphonenya pada Aashraf. Kini handphone telah bertukar tangan.

"Hah kenapa tiba-tiba call?" soal Aashraf setelah Zaquan memberi handphone kepadanya.

"Err.. Aku nak bercakap dengan Aashraf bukan dengan kau." kata Zach yang berasa pelik dengan suara manusia di seberang handphonenya.

"aku lah Aashraf." kata Aashraf pula.

"Lahh ingatkan perempuan mana tadi. Suara macam perempuan."

"Hmm.. dah habis menghina dah?😒" kata Aashraf dengan bengang.

Walaupun mereka bercakap di handphone, namun Zach masih boleh bayangkan wajah Aashraf yang seperti tidak suka dikata sebagai perempuan itu.

"Sorry-sorry.. Buat apa sekarang?" soal Zach dengan ayat spontan.

Aashraf menjauhkan handphone Zaquan dari telinganya. Dia memandang pelik handphone tersebut.

'Apahal tiba-tiba jadi caring kat aku ni?' kata Aaahraf dalam hati. Dia kembali meletakkan handphone tersebut di telinganya.

"Aku tengah mengaji. Kau sibuk ganggu kenapa?" kata Aashraf jujur.

"Aku pun tak hingin kacau kau. Macam takdek life je. Ni Ada tengok berita tak tadi?" soal Zach

"Tengah mengaji nak tengok apanya?"

"Ouh Sorry.. Nak cakap yang Haiman dan Alan dah mati." kata Zach dengan nada bersahaja. Dia memang tidak kesah dengan kematian Alan dan Haiman sebenarnya cuma terkejut dengan cara kematian mereka saja.

"APA!!?? " Aashraf terjerit saat mendengar khabar dari Zach bahawa Haiman dan Alan telah mati.

"Iye..tadi keluar berita.. "

"Diorang kat mana sekarang? Macam mana boleh mati? Ya Allah siapa yang bunuh mereka?" bertubi-tubi soalan yang dilemparkan oleh Aashraf kepada Zach. Mana tidaknya, lelaki manis itu berasa sangat terkejut atas kematian 2 manusia yang telah buat perkara buruk terhadap dirinya. Ditambah pula dia tidak akan melupakan wajah Haiman dan Alan yang telah memperkosa dirinya dalam kotak fikirannya.

"Banyak tanya kau ni.. Sekarang ni kau pergi siap-siap aku datang rumah kau sekarang. Kita pergi sama-sama tengok Alan lepastu baru Haiman" perintah Zach kepada lelaki manis itu.

"Ok" Aashraf terus menamatkan panggilan tersebut. Nampaknya dia terpaksa menangguh mengaji bersama keluarganya memandangkan lelaki manis itu harus bersiap-siap untuk menjenguk jenazah Haiman dan Alan dirumah masing-masing.

.
.

"Adikkk!!" Laung Puan Aliya memanggil anak bongsunya iaitu Daniaelle yang berada dalam biliknya.

"Ye ada apa umi, walid?" soal Daniaelle setelah keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu saat dipanggil oleh uminya.

"Mari sini sayang." Arah Puan Aliya seraya menepuk tempat di sofa sebelahnya untuk menyuruh Daniaelle duduk diantaranya dan suaminya.

"Ada apa umi?" kata Daniaelle setelah mengambil tempat duduk diantara umi dan walidnya.

"Nanti apa yang walid cakap jangan terkejut ye?" kata ayahnya pula, Dato' Nickman Abdullah.

"Memangnya ada apa?" soal Daniaelle kepada umi dan walidnya walaupun dia sudah tahu apa yang ibu bapanya bakal beritahu kepadanya.

"Alan dan Haiman mati, sayang. Kena bunuh. kata Dato' Nickman kepada anak bongsunya.

"Whatt!!? No! Tak mungkin!" kata Daniaelle lalu bangun dari tempat duduknya dan mengadap kedua wajah ibu bapanya. Dia harus berlakon untuk menutup rahsianya. Lagipula dia sudah tahu akan hal ini terlebih dahulu dalam berita di handphonenya.

"You should believe it. Its true."

"No! ITS NOT TRUE!!"

"Tadi dekat berita cakap sendiri, sayang.. Umi dengan walid pun macam tak percaya." kata uminya pula.

"Kita pergi rumah Haiman ye? Jom?" ajak Dato' Nickman kepada Anak bongsunya dan isterinya.

Saat dikata begitu, Daniaelle hanya mengangguk mengiyakan saja cadangan Walidnya. 3 beranak itu kemudiannya pergi ke rumah keluarga Haiman untuk menziarahi jenazah lelaki itu.

Disisi Daniaelle, ikutkan hatinya dia malas mahu pergi kerumah 2 orang manusia yang telah menikam belakangnya itu. Ditambah pula 2 org lelaki itu telah melakukan perkara yg tidak senonoh kepada prettyboynya. Hanya saja kerana dia tidak mahu menampakkan bahawa dirinya bersalah atau menjadi siasatan polis dalam kes ini, dia terpaksa juga menghadirkan diri melawat 'kawan baik'nya itu. Hanya sekadar untuk buat 'syarat' sahaja.

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang