-Author Pov-
Aashraf tidak dapat melelapkan matanya kerana memikirkan tentang apakah rancangan yang akan dibuat oleh Zach untuk menghukumnya nanti. Dia menatap kosong siling biliknya sambil memikirkan perkara tersebut.
Sehabis solat maghrib dan isyak bersama keluarganya tadi, Aashraf memutuskan untuk masuk kebiliknya dengan alasan ingin tidur, walhal dirinya masih belum rasa mengantuk lagi ketika diajak untuk makan malam bersama keluarganya sehabis menunaikan solat isyak tadi.
Sejak di sekolah tadi, lelaki manis itu tidak senang duduk apabila memikirkan tentang masalah yang sedang dihadapinya sekarang ini. walaupun orang nampak di luaran Aashraf tersenyum dan bergelak ketawa, namun siapa yang tahu kalau jauh disudut hati lelaki manis itu dia berasa sangat risau dengan apa yang bakal berlaku pada dirinya sendiri di masa yang akan datang di sekolah tersebut.
Sejujurnya Aashraf tidak berasa takut berhadapan dengan Zach. Dia juga tidak kesah dengan hukuman yang bakal diterimanya kerana telah menganggu kerja lelaki itu.
Cuma satu hal yang membuatkan Aashraf tidak dapat melelapkan matanya sekarang ini..
Cuma satu hal yang membuatkan Aashraf jauh termenung seperti sekarang ini..
Cuma satu hal yang membuatkan Aashraf jadi risau sekarang ini
iaitu..
Hukuman yang Amber katakan pada dirinya di kelas tadi.
'Maybe he will make you as his sex slave'
Kata-kata Amber itu masih berlegar-legar dalam kepala otaknya. Aashraf berasa takut seandainya Zach benar-benar menjadikan dirinya sebagai hamba sex lelaki itu. Aashraf tidak mahu perkara itu berlaku. Dia tidak mahu kehilangan terunannya pada lelaki itu. Terdetik juga di benak fikiran Aashraf, kenapa Abang-Abangnya tidak pernah menceritakan hal ini kepada dirinya.
Aashraf bangun dari pembaringannya. Dia berasa pelik kenapa hanya dirinya seorang sahaja yang tidak mengenali siapakah lelaki yang digelar syaitan besar di sekolahnya itu. Dia tidak boleh berdiam diri. Aashraf ingin tau lebih jauh siapakah Zach. Dia bingkas turun dari katilnya dan keluar dari biliknya untuk pergi ke bilik Zafran. Hanya abang-abangnya sahaja yang lebih tau siapakah Zach Kerana mereka mungkin telah masak dengan sikap Zach yang sebenar.
Walaupun Aashraf telah mengetahui separuh tentang diri pria jangkung itu daripada Amber, namun dia masih berasa tidak puas hati. Sebegitu bahayakah lelaki yang bernama Zach itu sehingga membuatkan semua pelajar dan para guru takut kepadanya?
.
.Aashraf berdiri di hadapan pintu bilik Abang keduanya, Zafran. Aashraf mendengar samar-samar suara yang keluar dari bilik Zafran menandakan penghuni di dalam bilik tersebut belum lagi tidur. Dia mulai mengetuk pintu bilik abangnya.
Tokk Tokk Tokk!!
"Masuklah.. Tak berkunci." kata zafran disebalik pintu biliknya. Aashraf terus membuka pintu bilik Zafran setelah mendapat arahan dari Abangnya itu.
Aashraf melihat Zafran sedang terbaring bersebelahan dengan Zaquan yang sedang melayari Internet di laptop kepunyaan lelaki itu. Zaquan dan Zafran sedikit pelik melihat gerangan yang ketuk pintu tadi adalah Aashraf.
"Lahh tak tidur lagi bang?" soal Zaquan kepada lelaki manis itu yang sudahpun melabuhkan punggungnya di birai katil king saiz milik Zafran.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔
Teen FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! -Aashraf- Dia melipat kembali sepucuk surat pemberian daripada lelaki itu. Sejurus dengan itu air matanya mengalir dengan begitu deras buat kesekian kalinya. Hatinya benar-benar rapuh setiap kali membaca...