"Doktor dekat mana semua mayat penumpang jemaah Haji yang nahas dalam tragedi pesawat flynas terhempas itu?" Kata Aashraf dalam keadaan tidak cukup nafas. Sesampai sahaja di hospital, lelaki itu bergegas mencari doktor yang bertugas dalam kes pesawat terhempas tersebut.
"Mereka semua berada di Wad Kecemasan Zon Merah" Kata Doktor tersebut yang merupakan doktor dari jabatan kecemasan.
"buat masa sekarang berapa jumlah penumpang yang telah dijumpai dan dibawa ke Malaysia?" soal Zafran pula.
"Baru 97 orang daripada 124 orang"
"Boleh saya tengok mayat-mayat tersebut?"
"Saya minta maaf Dr. Zuldfan.. Saya mendapat arahan dari pihak atasan bahawa Pihak kami tidak dibenarkan mana-mana daripada ahli keluarga mangsa yang nahas dalam pesawat flynas XY5744 itu melihat mayat ahli keluarga mereka buat masa sekarang. Hal ini disebabkan keadaan masih menjadi gawat didalam bilik pembedahan kerana pihak kami sibuk mengenalpasti DNA daripada mayat-mayat tersebut." Kata Dr. Yahya kemudian berlalu daripada situ.
Aashraf terduduk di bangku hospital tersebut sambil termenung memandang kosong dinding hospital dihadapannya. Otaknya bercelaru. Hatinya risau. Jiwanya meronta. Ingin meluah tetapi tidak tahu pada siapa. Ingin menangis tetapi air mata tidak keluar sejak dari tadi. Yang sebenarnya lelaki itu penat. Penat diseksa perasaan sebegini.
.
.Aashraf meratapi tanah kubur yang berada dihadapannya ini. Matanya sejak tadi tidak henti-henti meneliti nama pada batu nisan tersebut.
AL FATIHAH
ZICKRY KHAIZURAN B. ABDULLAH
TARIKH LAHIR 23/11/1996
TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH
12 - Safar - 1443 (HIJRAH)
BERSAMAAN DENGAN 10/5/2022 (MASIHI)
AMIN.Lelaki itu seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku ketika ini. Benarkah Zach sudah tidak ada didunia ini? Benarkah Zach sudah meninggalkannya buat selama-lamanya? Adakah semua ini mimpi?
Perlahan-lahan air mata Aashraf menitis membasahi tanah perkuburan pria jangkung itu.
"kenapa cepat sangat awak tinggalkan dunia ini, Zach?" Aashraf mengesat air mata yang masih degil membasahi pipinya.
"kenapa!!?? Tolong jawab!!!??"
"Aashraf sudahlah tu!!" Amber membawa lelaki manis itu menjauhi tanah perkuburan disitu.
"Tak ada gunanya kau menangis lagi.. Zach takkan kembali!!" kata Amber sambil menangis. Gadis itu turut bersedih atas kehilangan kawan baiknya itu.
"NO!! DIA AKAN KEMBALI!! DIA AKAN KEMBALI BILA TENGOK AKU MACAM NI!!" Aashraf pergi semula kearah kubur Zach, namun sempat ditahan oleh Zaquan.
"Abang bawak mengucap!!" Kata Zaquan sambil cuba menenangkan adiknya.
"TAK LONGG!! TOLONG KATAKAN INI TIDAK BETUL!! TOLONG CAKAP BAHAWA MAYAT YANG ADA KAT DALAM KUBUR TU BUKAN ZACH!! ZACH ADA KAT MEKKAH KAN SEKARANG!! TOLONG CAKAP PERKARA YANG BETUL!!" Zaquan terpaksa memeluk tubuh Aashraf yang meronta-ronta bagaikan orang seperti kena rasuk itu untuk cuba menenangkan adiknya.
Sarah sejak dari semalam tidak henti-henti menangis apabila mendapat khabar dari pihak hospital yang mengatakan bahawa jenazah Zach telah dijumpai. Pada mulanya amat sukar baginya untuk menerima perkara tersebut, tetapi setelah dibuat ujian DNA dan melihat resultnya, ternyata benar bahawa mayat yang mereka jumpai itu adalah Zach. Gadis itu hampir pitam di hospital malam tadi saat mengetahui orang yang paling penting dalam hidupnya sudah tiada. Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah dia tidak tahu bagaimana untuk menerangkan perkara ini kepada Asyraf bahawa 'Daddy'nya sudah tiada. Amber mengusap belakang Sarah untuk menenangkan gadis itu. Sam dan Galang turut bersedih melihat keadaan Aashraf seperti itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔
Teen FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! -Aashraf- Dia melipat kembali sepucuk surat pemberian daripada lelaki itu. Sejurus dengan itu air matanya mengalir dengan begitu deras buat kesekian kalinya. Hatinya benar-benar rapuh setiap kali membaca...