Bab 9

5.4K 199 12
                                    

Sesampai sahaja Aashraf disekolah, dia terus pergi berjumpa dengan Zach yang sedang berborak dengan rakan-rakannya di tempat 'Student Parking Lot' tersebut.  Manakala Zaquan dan Zafran pula terus memasuki kelas mereka masing-masing.

Tentang perkara semalam ianya hanya dibiarkan berlalu begitu saja, tetapi tidak bagi Aashraf. Dia harus berjumpa dengan Zach untuk meminta penjelasan dari lelaki itu. disebabkan lelaki itu, Aashraf dan Zaquan langsung tidak bertegur sejak kejadian di ruang tamu semalam.

Dalam hal ini bukannya Aashraf tidak taju sifat Alongnya itu. Zaquan seorang yang pantang kalau ada orang cuba menipu dirinya. Dan sekarang telah terjadinya salah faham dimana Zaquan menyangka bahawa Aashraf menipu dirinya, walhal Zach sendiri yang menipu lelaki itu.

Aashraf semakin mempercepatkan langkahnya menuju ke arah Zach dan kawan-kawannya yang sedang memerhatikannya dari jauh.

"Woahh look who's coming here?" Erick melihat dari kejauhan Aashraf yang sedang datang kearah mereka dan memandang mereka satu persatu dengan tatapan tajamnya.

"Alololo muka tu tak payah lah nak garang sangat. Nampak makin comel. Geram lah bodoh!" kata Firdaus diselangi dengan ketawa dari rakan-rakannya setelah lelaki manis itu berdiri dihadapan Zach and the gang.

Aashraf tidak mempedulikan kata-kata bodoh yang keluar dari mulut rakan-rakan lelaki itu. Dia hanya fokus pada Zach yang turut ketawa melihatnya.

"Oi Zach! Apa yang kau nak sebenarnya dari aku ni?" Aashraf terus menyoal lelaki itu tanpa basa basi. Dia malas nak duduk lama-lama disitu. Bukannya dia tidak tau kalau kawan-kawan Zach dari tadi asyik benar memandang tubuhnya yang mungil itu. Kalau pandangan biasa tak apa lah lagi, ini pandangan seperti 'orang yang dahagakan seks' sahaja.

"Kan aku cakap aku nak body kau" kata Zach dengan seringaiannya yang membuatkan Aashraf menjadi semakin muak melihat lelaki dihadapannya ini .

"Jangan merepeklah setan! Aku tak main-mainlah!" Kata Aashraf dengan nada suaranya yang sedikit ditinggikan.

"Jadi kau ingat aku main-main?" Zach mulai memandang wajah Aashraf dengan pandangan tajamnya sehingga membuatkan lelaki manis itu terdiam seketika.

'Zach tidak pernah main-main dengan kata-katanya,'

Otak Aashraf tiba-tiba teringat kembali dengan kata-kata Amber yang pernah memaklumkan kepadanya sebelum ini tentang pria jangkung itu. Aashraf memandang wajah Zach yang kini memandangnya tanpa reaksi.

"Aku tanya elok-elok kat kau ok? Sebenarnya kau nak apa dari aku ni? Apesal kau cakap benda tak betul kat Abang aku? Kata yang kita ni kawan baik? Dia dah salah faham tau tak? Maksud aku, ada lah benda yang dia salah faham pasal aku tu, tapi ia memang berpunca daripada kau!" Kata Aashraf selembut yang boleh kepada Zach supaya lelaki itu bagi kerjasama terhadapnya.

"Jadi? Ada kau nampak muka aku macam kesah? Tak ada kena mengena dengan hidup dan mati aku pun"

"At least tak payah nak menabur fitnah, anjing!" semua kawan-kawan Zach terkejut mendengar ayat yang diucapkan oleh Aashraf tadi. Lelaki manis itu memanggil Zach dengan panggilan Anjing? Ye, Mereka memang tidak salah dengar.

Wajah Zach tiba-tiba berubah saat mendengar kata-kata Aaahraf tadi. Dia pun tidak menyangka Aashraf akan berkata sedemikian terhadapnya. Wajah Zach yang putih itu sudah mulai menjadi kemerahan menahan rasa malu, marah dan geram. Selama dia bersekolah disini, ini adalah kali pertama ada seorang pelajar yang berani bercakap kasar pada dirinya.

Aashraf seperti tidak percaya dengan apa yang baru diucapkannya tadi. Mungkin kerana terlalu marah dengan sikap lelaki itu, oleh disebabkan itu dia tidak sengaja mengeluarkan kata-kata tersebut dari mulutnya, walhal lelaki itu tidak bermaksud langsung untuk memanggil Zach dengan panggilan anjing.

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang