Bab 3

6.9K 216 6
                                    

-Author Pov-

Setelah Aashraf selesai dengan hal pendaftarannya, lelaki itu sibuk mencari dimana keberadaan kelasnya. Ketika dia melalui satu lorong, dia melihat semua pelajar sedang berkumpul disitu.

Aashraf pergi ke tempat tersebut untuk menyaksikan apa yang sedang berlaku. Dia terkejut melihat seorang lelaki diikat pada tiang sekolah dengan mulut yang diikat dengan kain. Aashraf melihat orang di sekelilingnya yang hanya menjadi pemerhati sahaja melihat lelaki tersebut. Dia pelik kenapa dalam ramai-ramai yang menyaksikan hal ini, tiada seorang pun yang hendak tolong lelaki itu.

"Heyy! why don't you guys help him?" Aashraf bertanya kepada salah seorang pelajar perempuan disitu. Perempuan itu dan kawan-kawannya tidak berani menjawab apa-apa. Aashraf berasa sangat kasihan pada lelaki tersebut.

Tanpa berfikir panjang Aashraf terus datang mendekati lelaki itu lalu membukakan ikatan tali tersebut dan kain yang melekat pada mulutnya. Semua yang menyaksikan perkara tersebut memandang lelaki manis itu dan lelaki tersebut tidak percaya. Mereka kemudian cepat-cepat beredar dari situ meninggalkan Aashraf dan lelaki itu serta-merta. Bukannya apa, mereka takut nanti orang yang ikat lelaki tu datang , pasti mereka yang akan dipersalahkan kerana membiarkan Aashraf melepaskan lelaki itu.

"Why you help me? Kau tak takut ke dengan apa yang bakal terjadi dekat diri kau nanti?" kata lelaki yang kena ikat tadi kepada Aashraf.

Aashraf memandang pelik mendengar kata-kata lelaki tersebut.

"What? is it wrong if I help you?"

"Yeahh it's wrong!"

"But why?" Aashraf pelik dengan lelaki yang berada dihadapannya ni. Bukannya mahu berterima kasih pada dirinya, malah marah-marah dirinya lagi ada lah.

"Kau pelajar baru ke kat sini?"

"ha'ah. Aku baru form 1. Nama aku Aashraf." kata Aashraf dengan nada yang ceria bersama senyuman manisnya.

pelajar lelaki itu terus memegang kedua bahu Aashraf dengan kasar.

"Baik kau tinggalkan sekolah ni sebab nyawa kau dalam bahaya sekarang!" Dia lalu pergi meninggalkan Aashraf yang masih terpinga-pinga disitu.

Aashraf pelik melihat tingkah lelaki yang ditolongnya tadi. Dia malas mahu berfikir panjang lalu meneruskan pencarian dimanakah keberadaan kelasnya.

Tanpa lelaki manis itu sedari, ada seseorang yang sedang memerhatikannya sejak dari tadi di arah yang agak jauh dari orang ramai. Dia mengukirkan sebuah senyuman lalu mngeluarkan iphone 7nya untuk call seseorang.

"Hmm asal??"

"We've got a new chick haha.."

"Good. Masuk kelas sekarang kita discuss benda ni."

"beres." lelaki itu lalu memutuskan panggilannya setelah habis berbicara degan Zach.

.
.

Aashraf masuk kedalam kelas baharunya. Semua budak perempuan di dalam kelas tersebut tersenyum-senyum memandangnya. Aashraf hanya buat tidak tau sahaja dengan perkara tersebut . Dia duduk di belakang, hujung sekali di tepi tingkap.

Aashraf berasa bosan sebab belum dapat biasakan dirinya dengan pelajar-pelajar disini. Mana tidaknya, kawan-kawannya yang dulu di sekolah rendah seorang pun tidak bersekolah disini. Memanglah sebab dia dulu sekolah rendah di sekolah yang biasa-biasa saja. Yang jenis kerajaan punya. Dan sekarang dia bersekolah menengah di sekolah yang full swasta, memang terpisah lah dia bersama rakan-rakannya yang dulu.

"Hai. What is your name?" sapa seorang gadis cantik kepada Aashraf yang pada ketika itu sedang bermain handphone. Aashraf tersenyum mesra pada gadis tersebut

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang