-5 tahun kemudian-
Tahun demi tahun semuanya berjalan seperti biasa. Banyak yang telah berlaku sejak peristiwa hitam dalam diri Aashraf terjadi. salah satunya, lelaki manis itu telahpun menamatkan zaman sekolah menengahnya dan menyambung pelajaran bersama Amber di New York University, mengambil jurusan reka fesyen. Dua ekor berok tu mana boleh dipisahkan. Asyik berkepit macam belangkas je.
Memang dari dulu lagi Aashraf meminati fesyen. Sifatnya lebih cenderung kearah situ berbanding kedua abangnya yang lebih meminati bidang business dan medic. Bak kata Aashraf 'lain orang lainlah citarasanya' Aku sebagai Author pun mengiyakan je lah.
Tambah pula, lelaki manis itu selama ini memang menjadi model untuk majalah di butik ibunya, Datin Nora untuk mempromot pakaian baharu yang direka oleh pereka fesyen ibunya. Jadi dia memang sudah sedia maklum tentang perkara basic dalam menjadi seorang fashion designer. Lagipula dengar khabar, Datin Nora akan memberikan butiknya kepada Aashraf jika lelaki manis itu telah menamatkan pelajarannya nanti.
Sejak berlakunya peristiwa hitam pada diri lelaki manis itu 5 tahun yang lalu, Aashraf kini lebih berhati-hati dalam mengikuti ajakan orang yang kurang dikenalinya. Dia tidak mahu peristiwa hitam itu berulang kembali. Walaupun Haiman dan Alan telah lama meninggalkan dunia ini, Aashraf tetap berasa malu jika fikirannya tiba-tiba teringat akan hal tersebut. Tragedi itu bagaikan selama-lamanya terpahat dalam kotak fikiran lelaki manis itu.
Turut tidak dilupakan, hubungan Aashraf dan Zach juga semakin baik. Sejak Aashraf meluahkan isi hatinya dimana dia sedih kerana Zach sentiasa bersikap kasar padanya, pria jangkung itu cuba untuk bersikap lembut terhadap Aashraf. Maksudnya disini dia tidaklah cakap bahasa kasar atau menengking lelaki manis itu lagi. Biasa-biasa je.
Zach, Sam dan Galang juga telah melanjutkan pelajaran mereka di New York University sama dengan Aashraf dan Amber, namun masing-masing mengambil jurusan yang berbeza. Zach mengambil jurusan business manakala Sam dan Galang pula ambil bidang architecture.
Sikap Zach juga perlahan-lahan berubah hari demi hari, tidak seperti dahulu yang suka membuli orang dan mendajal orang di sekelilingnya. Lagipula, Zach sedar niatnya untuk tiba-tiba berubah itu timbul sejak Aashraf muncul dalam hidupnya. Namun begitu, dia cuba untuk mengenyahkan perkara tersebut dengan membuat andaian perasan ingin berubah tersebut muncul dek kerana faktor umurnya yang semakin meningkat dan dewasa. Gelaran 'setan besar' perlahan-lahan lenyap setelah lelaki itu meninggalkan sekolah Maxwell.
Berbalik pada Aashraf tadi, dia dan Amber disana duduk di rumah lama milik keluarga Galang yang berada di Manhattan. itupun kerana lelaki itu yang beria-ria mengajaknya walaupun ditolak sekeras-kerasnya oleh Aashraf pada ketika itu. Bukan apa, dia segan kerana Zach turut tinggal di rumah lama milik keluarga Galang itu bersama Sam juga. Mungkin kerana dia belum biasa dengan Zach sejak peristiwa 5 tahun yang lalu walaupun Pria jangkung itu sudah berhenti mengganggu dirinya.
Lagipula rumah Galang dekat saja untuk sampai ke tempat pengajian mereka, kira-kira 1.5 km sahaja. Itu lah salah satu sebab yang membuatkan Asyraf menyetujui untuk tinggal di rumah Galang setelah penat dipujuk rayu oleh Amber atau lebih tepat dipaksa.
Dalam kes kematian Alan dan Haiman pula, ianya masih lagi menjadi misteri bagi keluarga Alan dan Haiman termasuk pihak polis kerana sehingga sekarang mereka belum menjumpai pembunuh yang membunuh kedua lelaki itu dan tanda-tanda pembunuhan itu dilakukan.
Kes tersebut di tutup kerana keluarga Alan dan Haiman meminta untuk berhenti melakukan siasatan atas sebab-sebab tertentu.
Manakala Daniaelle pula dapat menyambung pengajiannya di University Cambridge yang terletak di United Kingdom dalam jurusan medic, atau lebih tepat Verterinary Medicine Courses iaitu bidang perubatan yang membincangkan tentang pencegahan, rawatan penyakit, diagnosis, gangguan dan kecederaan kepada haiwan.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔
Teen FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! -Aashraf- Dia melipat kembali sepucuk surat pemberian daripada lelaki itu. Sejurus dengan itu air matanya mengalir dengan begitu deras buat kesekian kalinya. Hatinya benar-benar rapuh setiap kali membaca...