Hye guys sorry lambat update. Ada banyak benda nak buat sampai kadang-kadang terpaksa tangguh nak sambung buat cerita ni. Tapi apapun nah ambik! sekali 4 bab aku update sebagai tanda rasa bersalah aku pada korang. Author harap korang semua suka lah😢
-Author Pov-
-Malaysia-
Setelah selesai mengebumikan jenazah Encik Ismail, kesemua ahli keluarga Daniaelle pulang kerumah Encik Ismail semula. Mereka semua duduk berkumpul diruamg tamu rumah yang gah ini bersama kesedihan yang masih menemani mereka. Manakala Daniaelle pula hanya berpura-pura menenangkan uminya yang masih bersedih diatas kematian Encik Ismail bagi mengelakkan diri disyaki apa-apa nanti.
"cepat betul arwah pergi meninggalkan kita. 3 tahun yang lepas arwah Mak yang tinggalkan kita dulu, dan sekarang arwah Ayah pulak yang ikut mak." kata ibu saudara Daniaelle yang dikenali sebagai Mak Ngah dengan suara yang serak.
"tu lahh.. secara tiba-tiba je ayah pergi.. mesti ada something ni.. Doktor tak cakap apa-apa ke punca kematian ayah?" soal Umi Daniaelle pada semua penghuni yang berada di ruang tamu tersebut.
"Assalamualaikum" kesemua penghuni yang berada di ruang tamu tersebut mengalihkan perhatian mereka kearah pintu utama untuk melihat gerangan manusia yang memberi salam tadi.
Kesemua ahli keluarga Daniaelle berasa pelik dengan kehadiran beberapa anggota polis yang tiba-tiba datang kerumah mereka. Manakala Daniaelle pula hanya tersengih melihat kedatangan anggota polis tersebut. Disebelah anggota polis pula, berdirinya bapa Daniaelle iaitu Tan Sri Nickman Abdullah.
"walaikumsalam. ye? ada apa datang kemari?" soal bapa saudara Daniaelle yang hanya dikenali sebagai Pak Long.
"nick kenapa polis tiba-tiba datang ni?" soal bapa saudara Daniaelle pula yang dikenali sebagai Pak Tam.
"ha'ah. kenapa ni bang?" soal Umi Daniaelle kepada suaminya. Tan Sri Nickman hanya diam sahaja, tidak menjawab pertanyaan dari ahli keluarganya itu. Dia bingung kerana tidak tahu bagaimana harus memulainya.
"bawak bertenang semua.. macam ni.. saya dan rakan-rakan saya datang kesini adalah arahan daripada Tan Sri Nickman dan Encik Hafzan." kata salah seorang anggota polis yang dikenali sebagai Inspektor Zaidi kepada penghuni diruang tamu tersebut.
"hah? kenapa pulak ni bang?" soal ibu saudara Daniaelle yang hanya dikenali sebagai Maksu kepada suaminya, Encik Hafzan.
"err macam ni tuan-tuan dan puan-puan semua. Doktor Hamzaid ada bagitahu kepada Tan Sri Nickman punca Encik Ismail meninggal bukanlah disebabkan beliau sakit tua ataupun penyakit serangan jantungnya datang menyerang tapi disebabkan.." Inspektor Zaidi berjeda lama pada kata-katanya.
"tapi disebabkan apa?" soal Zuldfan yang tiba-tiba membuka mulut ingin tahu.
"Encik Ismail terminum racun yang berbisa ketika beliau sedang minum ubat yang diberikan. Dan kemungkinan besar ini adalah kes pembunuhan yang sengaja dilakukan." jelas inspektor Zaidi.
"HAHHH??!!" semua penghuni diruang tamu tersebut berasa terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Inspektor Zaidi tadi. Tetapi tidak bagi Daniaelle. Dia hanya menyembunyikan sengihannya apabila mendengar ucapan dari Inspektor Zaidi.
"bunuh? sape pulak yang nak bunuh ayah ni?"
"jangan nak merepek.. siapa yang berani nak buat kerja gila tu?"
"jangan nak main-main pasal benda ni boleh tak? ingat kelakar ke?"
luah ketidakpuasan hati sanak - saudara Daniaelle apabila kenyataan tersebut keluar dari mulut Inspektor Zaidi.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔
Teen FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! -Aashraf- Dia melipat kembali sepucuk surat pemberian daripada lelaki itu. Sejurus dengan itu air matanya mengalir dengan begitu deras buat kesekian kalinya. Hatinya benar-benar rapuh setiap kali membaca...